Pages

agoda.com INT Lazada MY

Buat pahala dari blog

Soalan
Assalammualaikum w.b.t.  Diharapkan semuanya sihat sentiasa.  Alkisahnya, pagi semalam aku dapat emel dari salah seorang pembaca entri panduan permohonan Journey Performed Visa untuk majikan yang ingin dapatkan permit pembantu rumah asing.  Alhamdulillah, ramai yang sudah manfaatkan dengan ilmu yang dikongsikan.  Itula dia contoh untuk kita buat pahala daripada blog, InsyaAllah.  Kadang-kadang ilmu yang dikongsikan jika bermanfaat dan menyelesaikan masalah seseorang membuatkan kita peroleh pahala dan rahmat darinya. Tapi biarlah dengan niat ikhlas untuk membantu.
InsyaAllah


Lagipun ilmu ini hak Allah juga.  Kita kongsikan, mereka lakukan dan berjaya menyelesaikan masalah mereka. Dan mereka mendoakan kesejahteraan kita semula.  Mudah bukan.  Dan itulah salah satu sebab utama mengapa aku buat blog.  Agar ada yang dapat manfaatkan apa yang dikongsikan disini. Berikut adalah screenshot salah satu contoh pembaca blog ini yang merasakan tips yang dikongsikan amat berguna.

Semoga anda semua juga mendapat manfaat daripada entri di blog ini.  Lagi pautan entri untuk menyelesaikan masalah pembantu rumah asing (PRA) anda.


p/s: Jika kita tulis entri gosip artis, fikirkanlah 'tanggungan' kita nanti.  Nauzubillah.

11 comments:

  1. insyaAlah banyak mana ilmu yang kita kongsikan, takkan luak malahan akan berkembang lagi.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. Selagi penulisan yang baik dibaca, selagi itu pahala berjalan. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. pahala pahala. saya pun ada juga dapat email pertanyaan pasal apa yang saya share di blog. dengan senang hati saya tolong jawab

    ReplyDelete
  4. Hehe..ni lah kegunaan blogger kan..emmm

    ReplyDelete
  5. fomema heee..pekerja asing saya faham sikit2 tapi suami ar bukan saya nghee...tpi dlm belog saya byk gak keyword yang tersangkut ada juga siap2 call syukur sgt bila ilmu kita org gunakan sebaiknya..

    tahniaha dmin sb membatu orang dikala memerlukan

    ReplyDelete