Pages

agoda.com INT Lazada MY

Iklan Yang Menyentuh Hati

Saban tahun kita akan merayakan atau meraikan hari-hari yang istimewa samaada Hari Raya Aidilfitri, Raya Cina mahupun Deepavali.  Rakyat kita memang suka meraikan perayaan ini bersama-sama.  Yang paling indah apabila syarikat-syarikat korporat memeriahkannya lagi dengan iklan komersial yang penuh makna dan pengajaran.  Siapa yang tidak tersentuh melihat iklan raya dari syarikat Petronas?  Ok, anda seorang yang tidak cool. 


Tidak salah untuk rasa tersentuh lebih-lebih lagi di hari raya yang penuh rahmat dan kebaikan.  Sama-sama raikannya.  Oleh kerana ramai anak muda Malaysia kini telah semakin kreatif maka timbulnya bakat-bakat underground yang memang tidak dinafikan tahap kreatifnya.  Salah satu parodi yang aku paling suka waktu bulan Ramadan ini adalah parodi kasih sayang ayah kepada anak yang asyik-asyik bertanyakan soalan yang sama.  Berbeza dengan iklan Petronas yang sebenar di mana ayahnya sabar menjawab dan melayan karenah anaknya, parodi yang ini ada versi yang mencuit hati.

Ketawa besar aku melihatkannya. Lihatlah sendiri yer, jangan marah tau. Hehe

Yang ini pula adalah iklan asalnya.  Selamat Berpuasa dan Berhari Raya untuk semua.
Soalan:  Adakah lelaki yang melakonkan watak ayah itu adalah orang yang sama???

5 comments:

  1. Banyk pengajaran yang boleh diambil iktibar selain daripada menjadi bahan hiburan setiap hari..hehe

    ReplyDelete
  2. hahahaha.. yang parody tu memang kelakar.. hehehe.. tapi mesej yang disampaikan memang terbaik.. :)

    ReplyDelete
  3. Hehe..itula.terbaik parodi tu.

    ReplyDelete
  4. Memang menyentuh hatikan..lawak.

    ReplyDelete
  5. iklan juga memainkan peranan dalam memberikan mood raya semasa kita beraya

    ReplyDelete