Pages

agoda.com INT Lazada MY

Impian Haji dan Umrah

Alhamdulillah, selesai sudah mengikuti kursus intensif ibadat haji, umrah dan ziarah yang diadakan di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.  Terkesima kerana hampir 1++ jemaah yang hadir.  Umur diantara 25 tahun hingga 82 tahun.  Seronok melihat bakal-bakal haji melontar soalan demi soalan untuk memahirkan lagi tentang ilmu ibadat rukun islam yang kelima ini. 

Pada aku, inilah kali pertama aku mengikuti kursus ini sebab terlepas peluang untuk berkursus mulai awal tahun ini atas sebab-sebab tertentu.  Tentulah rasa risau sebab ada ujian selepas kursus ini.  Apa yang buatkan aku rasa 'kecil' dan 'rendah diri' adalah kesungguhhan ustaz dan ustazah yang tidak putus-putus mengulang-ulang topik-topik yang sudah pun diterangkan pada kursus asas haji atau kursus bersiri.  Kaget dengan pantang larang ihram yang perlu dijaga dan mengapa dikenakan dam dan bagaimana haji atau umrah boleh tergantung.

Memang bukan main-main.  Hanya sebabkan aurat sahaja terdedah boleh menyebabkan semua amalan tidak sah dan tidak lepas daripada pantang larang ihram.  Kali ini, memang mencabar fizikal dan spiritual rasanya.  Untuk kali pertama aku rasakan ini adalah amalan yang sangat agung dan perlukan perhatian 100%. Tidak boleh suka-suka dan ambil mudah. 

Dan dengan perkembangan yang terjadi di Masjidil Haram iaitu projek pembesaran yang masih belum siap, dengan habuk dan debu yang mungkin lebih teruk daripada keadaan jerebu di Malaysia.  Makanya, memang persiapan kesihatan juga perlu dijaga dari sekarang.  Sebabkan aku pergi mahram kepada ibu, perlu pastikan keadaan tubuh badan dan akal dalam keadaan baik. InsyaAllah.  Sayu apabila melihat Jabal Rahmah di Padang Arafah. Tak tahu kenapa. Mungkin disinilah bermulanya titik temu Nabi Allah Adam dan Hawa selepas dicampak keluar dari Syurga.  Mungkin disebabkan erti rahmah itu yang bermaksud kasih sayang.  Cinta Abadi. Dan sesungguhnya cinta abadi hanya untuk Allah yang satu. Antara tempat mustajab untuk berdoa (famili dan jodoh).


Tetiba rasa tidak sabar untuk menyertai kursus perdana iaitu kursus terakhir sebelum berangkat ke Tanah Suci.  Katanya akan diadakan di Masjid Putra, yup, masjid yang memang banyak memori aku disana bersama arwah ayah aku.  Itu sebab aku suka ke sana sebab disatu sudut di tepi masjid itu ada memori aku bersama arwah ayah aku.  Semoga urusan pemergian haji, umrah dan ziarah aku bersama ibu dan adik dipermudahkan dan dilancarkan.  InsyaAllah.

Semoga aku dan famili serta seluruh umat Islam dirahmati dan diberikan hidayah oleh Allah S.W.T. 

p/s : Haji Tamattuk adalah ibadat yang dimulakan dengan umrah dahulu pada bulan haji dan selesai sudah ibadat umrah, niat mengerjakan haji dibuat pula.  Semoga impian ibu untuk mengerjakan Haji Tamattuk tercapai.  InsyaAllah.

4 comments:

  1. semoga perjalanan bro sekeluarga menunaikan haji dan menjadi tetamuNya dipermudahkan dan diberi kesihatan yang baik. tahun ni kouta jauh lebih rendah dari tahun lepas sebab pembesaran Masjidil Haram.

    ReplyDelete
  2. sy nak juga tapi tiada rezeki ..mesti usaha..ini impian semua muslim yang sejati utk ke sana

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah ada rezeki nak ke tanah suci masa muda ni..hehe

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah..thanks for the wishes

    ReplyDelete