Pages

agoda.com INT Lazada MY

Surat Tawaran

Assalammualaikum w.b.t.

Kepada yang pernah baca entri-entri aku sebelum ini sudah tentu tahu tentang perancangan aku untuk meningkatkan tahap akademik daripada seorang pemegang ijazah sarjana muda ke peringkat Sarjana.  Alhamdulillah.  Kedua-dua universiti yang aku mohon menerima aku sebagai calon pelajarnya.  Universiti Kebangsaan Malaysia menawarkan kursus Sarjana Farmasi Klinikal manakala UiTM menawarkan kursus Master in Pharmacy Practice yang mana lebih aku minat sebenarnya.

Walaupun demikian, timbul pula dugaan dan cubaan daripada Allah.  Disamping aku dapat khabar gembira ini, dia tambahkan lagi kegembiraan itu dengan memberikan aku peluang ke Baitullah.  InsyaAllah, jika tiada aral, aku berkesempatan untuk mengerjakan haji bersama ibu dan adik perempuan aku pada tahun ini.  Sudah tentu aku akan memilih untuk mengerjakan haji dahulu dan menangguhkan dahulu pengajian aku.  

Ini adalah persoalan diantara cita-cita kerjaya vs matlamat rohani insan.  Memang agak ralat mulanya. Tapi setelah berjumpa dengan mereka yang lebih berumur dan mendengar nasihat, memang aku akan pilih untuk kerjakan haji dahulu.  Mungkin aku akan lebih tenang setelah rukum islam telah dilengkapkan.  InsyaAllah. Mudah-mudahan begitulah.

p/s : Jika anda ditawarkan jawatan dunia dengan peluang mengerjakan fadhu wajib haji, mana satu pilihan anda?..

4 comments:

  1. alhamdulillah. rezekikan. lagi2 dapat ke Baitullah.

    ReplyDelete
  2. mesti lah menjadi tetaminya terlebih dahulu. tahniah bro dapat dua dua tawaran...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..selamat menunaikan haji bro..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. InsyaAllah sahabat

    ReplyDelete