Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Tergugat Iman Kalau Macam Ini

Assalammualaikum w.b.t


Fuh, lega.  Selepas tenant selamat memasuki rumah yang pernah aku iklankan di entri ini, ada pula berbagai kerosakan antaranya paip air dan sinki dapur yang rosak stop valve nya.  Paip air tu pula meternya yang meragam.  Kos pembaikan adalah lebih kurang RM 330.  Tak mengapa la, aku bayarkan dulu. Untuk keselasaan tenant juga.
Fuh, melepas!

Alkisahnya, tenant yang menyewa tu setuju untuk bayar RM 850/sebulan.  Tapi ada pula yang menawarkan untuk menyewa rumah tu RM 1400/sebulan.  Student Medic pula tu.  Tapi syaratnya, mereka nakkan perkakasan asas dalam rumah tu.  Maknanya aku kena laburkan duit untuk beli katil, tilam, kerusi dan meja untuk mereka which is akan membuatkan budget aku  lari selari larinya. Hehehe

So, tak mengapa la dik, abang dah sewakan pun pada caller yang tanya abang 20 minit selepas iklan abang di up oleh Mudah.my.  Kadang-kadang kita jangan terlalu tamak, lagipun diorang nak menyewa bulan 10, katakan aku dah sediakan semua perkakasan seperti yang diminta, at last bulan 10 dah ada hostel pula, tak ke haru nanti. Hmm...mungkin akan ada hikmahnya.  Kalau nak ikutkan hati, memang nak sewakan tinggi.  Tapi bersyukurlah dengan apa yang ada ini.  Hopefully, tenant tak culas waktu pembayaran sewa setiap bulan sudah.

18 comments:

  1. salam ada rumah sewa hee...mesti sama baya anak sedara saya amik kursus medic hee..musim pelajar bt pratikal bagai...

    ReplyDelete
  2. pergh...sekali 600 dia nak kasi lebih ;)

    http://www.suterablogger.com

    ReplyDelete
  3. macam-macam dugaan kan. sabar je lah. ^_^

    ReplyDelete
  4. hehe..kalau sabar macam ni dapat pahala tak?

    ReplyDelete
  5. Saya pernah menyewakan rumah saya, betul-betul banyak dugaannya. Ada sekali tu tenant kata dia outstation, sekali jumpa dia masa nak masuk rumah. Macam-macam. Banyakkan bersabar.

    ReplyDelete
  6. hehe..sabar itu separuh dr iman

    ReplyDelete
  7. Pandai budak-budak tu offer eh.. Seb baik kuat gak iman Halif.. hehehe

    ReplyDelete
  8. wahh..boleh tergugat imannya ye..

    ReplyDelete
  9. kalau ramai sangat 1 rumah, bahaya jugak. ada risiko2. tapi buatlah pilihan bijak. hehehe

    ReplyDelete
  10. Emm ada juga yang bagi tawaran mcm tu?emm saya tak ada pengalaman lagi dalam bidang ni..harap bro buat yang terbaik yer..hehe

    ReplyDelete
  11. Macam-macam ragam bakal penyewa. Harap mereka dapat menjaga rumah dengan baik.

    ReplyDelete
  12. apa2 pun rezeki dah tu..;) permintaan sewa sekarang memang mantap, masuk jer mudah tak sampai sari dah kena delete iklan tu...

    ReplyDelete