Pages

agoda.com INT Lazada MY

Tips Terakhir Journey Performed Visa (JPV) Pembantu Rumah Asing

Assalammualaikum W.B.T kepada semua yang sudi singgah dan baca entri di blog peribadi ini.  Semalam adalah entri yang bersifat emosional dan hari ini adalah entri untuk menutup semua Tips-tips berkaitan dengan  permit Pembantu Rumah Asing (PRA).  Jika ada yang belum tahu cara-caranya boleh semak dipautan ruangan Tips sebelah kanan anda.

Surat Kelulusan + Contoh resit


Ada soalan dari pembaca yang bertanyakan kepada saya yakni selepas membuat pemeriksaan FOMEMA kepada bakal PRA, apakah langkah yang seterusnya?

Jawapannya mudah sahaja.

Akhirnya
Hanya bawa passport bakal PRA anda dan terus ke kaunter Imigresen untuk dicetak permitnya.  Anda akan diberikan nombor dan rekod FOMEMA bakal PRA anda akan disemak silang dengan kelulusan yang telah diberikan oleh Jabatan Imigresen.  Jika pemeriksaan itu lulus, anda dikehendaki membayar kos lebih kurang RM 1110.  Kos Levi + Visa adalah lebih kurang RM 1010.  RM 100 tambahan adalah untuk kos bakal PRA anda yang telah tinggal lebih masa daripada tempoh visa yang asal.  Saya pernah beritahu bahawa selepas kita mendaftar untuk mohon JPV ini dengan Jabatan Imigresen, kita akan diberikan surat terima permohonan daripada pihak Jabatan Imigresen.  Dengan surat tersebut, bakal PRA anda sudah boleh tinggal dengan anda dan seterusnya bekerja.  Sekiranya ada rush atau semakan dilakukan oleh pihak berkuasa, anda boleh tunjukkan surat tersebut dan akan dilepaskan.  Sebab permohonan anda sedang berjalan.  Walaupun visa melancong bakal PRA anda telah tamat tempoh.

Mudah bukan. :)  Semoga bermanfaat.

Jika tuan-tuan dan puan-puan mahukan Tips Lengkap pasal Pembantu Rumah boleh Klik SINI

2 comments:

  1. Wahh bro ni nampak gayanya ada pengalaman lebih bab ni..hehe

    ReplyDelete