Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Alternatif Kepada PTPTN : Ini Tindakan Aku

Assalammualaikum W.B.T kepada anda semua.  Semoga hari ini menjadi hari yang lebih baik daripada semalam.  Aku masih lagi bercuti.  Dalam tempoh bercuti hampir seminggu ini (memang seminggu pun) aku sempatlah aktif blogwalking dan mencari maklumat-maklumat terbaru tentang isu panas yang hangat di perkatakan di alam maya ini.


ISU PTPTN dan CCRIS

Ini adalah isu yang mana hangat diperbincangkan pro dan kons nya.  Ada yang setuju dan ada yang rasa ditindas.  Mengapa ini semua berlaku?  Tanya saja diri kita sendiri.  Adakah kita telah berlaku adil terhadap diri dan sesama masyarakat.  Ada yang langsung malas bayar dan harapkan kerajaan Barisan Nasional diambil alih oleh kerajaan baru sekaligus memansuhkan pinjaman PTPTN.  Ada yang bertanggungjawab membayar walaupun sedikit tapi terpaksa berhadapan kemungkinan nama dimasukkan ke dalam CCRIS jika gagal membayarnya dengan cantik. Paling haru, DSR peminjam akan turut terkena tempias sekaligus menyukarkan mereka untuk membuat pinjaman yang lain di masa hadapan seperti pinjaman perumahan, kenderaan dan peribadi.

Daripada sudut positif, kekangan ini mungkin mendatangkan kebaikan.  Bila ramai anak muda Melayu tahu akan kesukaran dan kekangan sebegini di masa hadapan, mereka perlu belajar bersungguh-sungguh untuk menukarkan pinjaman tersebut kepada biasiswa.  Mana tahu satu hari nanti, ramai anak muda Melayu dan bangsa lain dapat meningkatkan mutu taraf akademik universiti tempatan.  Ramai dapat anugerah Naib Canselor kemudian universiti terpaksa perketatkan lagi kriteria anugerah Naib Canselor tersebut sekaligus terpaksa meningkatkan kualiti dan standard pengurusan, pentadbiran dan akademik universiti.  Secara tidak langsung, kualiti universiti kita akan lebih baik berbanding universiti di Asia Tenggara terutamanya kemudian mungkin peringkat Asia dan dunia.  Bila mana taraf universiti kita sudah setaraf universiti tersohor dunia, maka pelajar-pelajar antarabangsa lebih berminat belajar di sini memandangkan kestabilan dan kos hidup yang agak murah berbanding universiti lain.  Demand telah ramai, servis perlu dipertingkatkan, maka peluang kerja mungkin akan bertambah.  Ramai graduan yang lambat mendapat kerja tetap boleh mencuba nasib sebagai pensyarah atau sebagainya.  Lagipun negara perlukan rakyat yang bukan sahaja kaya tetapi perlu bijak dan pandai agar mentaliti kelas ketiga dapat diubah sebelum negara diisytihar sebagai negara maju menjelang tahun 2020.

Itu yang aku harapkan.

Daripada sudut negatif, mungkin kekangan ini agak menyesakkan jiwa-jiwa peminjam.  Tekanan perasaan mungkin dialami. Konflik dalaman dan masyarakat sekeliling mungkin meningkat.  Namun, hutang tetap hutang.  Kita perlu lebih rasional.  Fikirkan masa depan generasi akan datang yang lebih memerlukan pinjaman tersebut.  Bayarlah mengikut kemampuan.  Jika tidak, pohonlah kepada Baitulmal atau badan-badan kebajikan lain agar hutang anda dapat dikurangkan.  Tak mencuba tak tahu.

Perkara ini aku dah jangkakan dari awal lagi.  Ianya lebih kepada tanggungjawab.  Aku sempat berhutang dengan PTPTN sebelum ini.  Dan dari awal aku faham yang ini bukanlah 'hadiah' kerajaan kepada aku, ianya adalah hutang yang merupakan tanggungjawab aku untuk dibayar.  Habis sahaja belajar, terus aku bayar selepas mendapat gaji tunggakan selama 3 bulan.  Tak mengapalah sebab ketika itu masih bujang, makan pun tak banyak sangat, sewa rumah di Tanjung Agas Muar dulu pun cuma RM 80 sebulan. Kerja di Hospital Pakar Sultanah Fatimah memang menguntungkan. Ramai staf yang baik berikan makanan dan minuman.  Aku hanya makan pau Tanjung Agas sebagai makanan malam. Besar dan mengenyangkan.  Itu mungkin nasib aku.  Yang penting ketika itu duit lebih aku simpan untuk persiapan walimatulurus aku.

Bila sudah berkahwin dan ada anak, mindset aku terus untuk tidak bergantung kepada PTPTN.  Sebabnya mudah, kena bayar.  Aku taknak anak-anak aku terdesak kena bayar, silap hari bulan aku pulak kena bayarkan.  Daripada aku bayar kepada PTPTN, lebih baik aku menabung.  Setiap anak setiap bulan aku peruntukkan lebih kurang RM 300.  Jika mereka sekarang yang sulung berumur 4 tahun dan kedua 7 bulan.  Darapkanlah, RM 300 x 12 x 16 tahun (anggaran anak pertama masuk Universiti pada uur 20 tahun) = RM 57,600.  Nilai ini mungkin lebih sebab aku mencarum pada umur dia 2 tahun.  Yang anak kedua semenjak dia lahir sahaja telah aku carum(menabung) sebanyak RM 300 jugak.

Kelihatan memang ramai yang tidak mampu.  'Kelihatan' sahaja.  Tak cuba tak tahu lagi.  Jika dilihat anggaran belanja PTPTN sepanjang pengajian lebih kurang RM 60,000. So, jimat dah kat situ.  Tak payah bayar interest bagai.  Dalam masa yang sama, kita perlu encourage anak kita untuk jadi pelajar yang bijak dan boleh mencapai anugerah Naib Canselor agar pinjaman PTPTN tu tadi boleh ditukarkan kepada biasiswa ataupun mohon terus biasiswa. Kat sini kita dah ada extra RM 60k untuk setiap anak, dah boleh buat downpayment aset seperti rumah atau kereta jika perlu.  Ianya lebih menggembirakan.  Tidaklah kita menyumpah-nyumpah kerajaan dan berharap kerajaan yang mengenakan sekatan ini akan digantikan oleh kerajaan baru.  Apa jadi kalau kerajaan baru pun sama turut kenakan kekangan ini untuk dapatkan kembali revenue negara? Sama sahaja sakit hatinya kan.

Berbalik kepada isu caruman tersebut, seperti yang aku pernah kongsikan kepada rakan pembaca sebelum ini, aku ada rakan yang menjual produk dinamakan Hong Leong Assurance Income Builder, ianya lebih kepada konsep menambung sambil mencarum.  Dalam masa yang sama kita boleh dapat dividen setiap tahun. Seperti aku, aku hanya perlu bayar RM 300 selama 6 tahun untuk kedua-dua anak aku, yang mana jika aku simpan sahaja aku hanya boleh peroleh RM 19,000 namun dengan income builder ini, aku dah boleh goyang kaki selepas 6 tahun tersebut dan jumlah yang aku boleh keluarkan ketika umur anak aku masuk universiti (20 tahun) adalah lebih kurang RM 42,000.00.  Kalau aku sambung menyimpan untuk mereka selepas 6 tahun di bank yang berasingan maka jumlahya akan lebih hampir kepada RM 80,000.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut dan berminat boleh baca entri lama aku INI.  Dan aku boleh aturkan janji temu anda dengan rakan aku itu untuk tujuan penerangan dan sebagainya.  Aku kesian melihatkan ramai antara kita yang lebih suka mengeluh daripada bertindak atau berusaha memperbaiki keadaan.  Aku tidak katakan ini adalah cara terbaik, tapi ini adalah cara aku uruskan masa depan anak-anak aku.  Jika apa-apa terjadi kepada aku, automatik masa depan (pelajaran) anak-anak aku sudah ada jaminan. Malah lebih lagi sebabnya ia juga bertindak seperti insuran.  Aku tak pasti masih adakah produk ini, namun yang aku pasti Maybank juga ada produk sebegini.  Namun disebabkan aku kenal rakan aku tu, tak salah tolong rakan bukan.

Ini hanya alternatif.  Perlu diingat, aku dah pastikan ianya patuh syariah sebelum mula mencarum. Sebab rakan aku itu Cina, dan aku nak dia sensitif isu halal haram sesuatu pelaburan untuk Muslim.  Yang penting adalah keberkatan.  At least, aku dah bertanya dan pastikan instrumen mana yang mereka laburkan.  Terpulang kepada anda untuk membuat keputusan.  Sekiranya berminat boleh emel pada aku di halif83@gmail.com.

10 comments:

  1. Macam biasa, panjang tp mmg puas hati baca...


    thanks bro berkongsi..cukup2 membuka mata dan memberi motivasi utk aku tambah lg tabungan anak2...

    ReplyDelete
  2. Itula. kena menabung dari sekarang. masa kita muda dan tak sakit ni la ikat perut sket. dah tua nanti mungkin kita pun perlukan duitutk rawatan kesihatan kita.

    ReplyDelete
  3. suka ayat "bukanlah 'hadiah' kerajaan kepada aku", kalau awal2 dah faham takdelah ada segelintir duk enjoy.

    ReplyDelete
  4. Tp ramai yang suka ambil kesempatan. bila dah ditarik balik keputusan tu lagi la diorg seronok dan kerajaan nampak lemah dalam setiap keputusan yg diambil.

    ReplyDelete
  5. sebenarnya, macam nak setuju je dengan saranan KJ tu tapi tulah kerajaan xkan buat sebab nanti rakyat mogok.hahaha! ptptn dah abis bayar. org kite ni spesies sayang kuar duit utk bayar hutang pdhal kewajiban. hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula. paling sedih byk alasan diberi. apa beza pinjaman ptptn dgn pinjaman dgn bank yg ada interest/keuntungan. sama sahaja. tp pinjaman bank boleh pulak byr. sebab apa? sebab takut CCRIS la.

      Delete
  6. Assalamualaikum, salam perkanalan. Nak follow blog ni, tapi tak nampak butang follow pula.

    ReplyDelete
  7. Follow je guna facebook fanpage

    ReplyDelete
  8. hutang tetap kena bayar. tak nak bayar hutang, jangan buat hutang. simple je sebenarnya. tapi ramai ambil lewa.

    ReplyDelete
  9. Yup, setuju. hutang = bayar.

    ReplyDelete