Pages

agoda.com INT Lazada MY

Awek Tenant Yang Nakal (Part 2)

Kepada sesiapa yang beranggapan bahawa penyewa perempuan lebih bertanggungjawab menjaga properti anda, baik anda fikir semula.  Ini adalah susulan daripada pengalaman aku sewaktu memeriksa rumah selepas sahaja penyewa perempuan aku sebelum ini keluar.  Lebih kurang je mereka ini, asalkan properti itu bukan harta dia, memang tidak dijaganya sangat.  Ingatkan perempuan ini lebih pembersih, tapi rupa-rupanya tidak.  Pengotor juga.  Lihat je la gambar di bawah, pintu di pecah, kipas tidak dibersihkan, lantai penuh habuk.  Sinki tidak dicuci dan sebagainya.  Nasib la dengan sebab-sebab ini aku boleh ambil deposit 2 bulan mereka.  Kira hangus.  Tapi lecehnya, aku nak kena cuci dan mob la lantai segala bagai.





Lain kali simpan kunci dik, Jangan di pecahnya tombol
Ini adalah lumrah jika menjadi pemilik rumah sewa.  Berbalik kepada sambungan entri Awek Tenant Yang Nakal (Part 1), penyebab utama mereka keluar daripada rumah itu adalah tiada persefahaman di antara mereka.  Rupa-rupanya penyewa utama telah mensublet salah sebuah bilik dirumah itu dengan kadar sewa yang agak mahal.  Penyewa bilik yang terdesak tu seorang yang konservatif pula.  Bagusla pada pendapat aku.  Jika bukan kerana dia yang buat laporan polis tentang kegiatan penyewa utama, maka rahsia mereka tidak aku ketahui.

Kipas ni yang paling azab
Semuanya ada hikmah sebenarnya.  Dapat juga aku cari penyewa baru.  Harapnya dapatlah aku selesaikan kemasukan penyewa baru sebelum aku berangkat ke Tanah Suci.  Setakat ini dah lebih 13 orang bertanya, semuanya aku hold dulu sebab nak beraya dahulu katakan.  Hampir separuh adalah agen yang bertanya, mereka ini memang cekap, asal ada iklan baru up di Mudah.my, mereka akan offer perkhidmatan mencari penyewa dan sebagai komisyennya, anda perlu sediakan sebulan sewa kepada mereka.  Okla, pada aku. Jika aku yang finalise kan dahulu penyewa aku siapa, maka mereka tiada komisyen, tapi bakal penyewa yang di cari oleh mereka lagi bagus, why not. Rezeki aku mungkin sebahagiannya milik mereka juga.

Yang penting rumah tu tidak kosong. Alhamdulillah semuanya nampak seperti dipermudahkan. Thanks Allah.

p/s :  Iklan kemasukan untuk penyewa baru boleh semak di website mudah.

6 comments:

  1. Ha'a, pengalaman saya bagi sewa rumah pada perempuan dan lelaki memang macam tu. Dulu, sy ingat penyewa perempuan ni pembersih, tapi salah. Lagi kotor dari lelaki. Dan sesetengah rumah pula, penyewa lelaki lagi bersih. Memang kena pilih dulu penyewa sebelum bagi duduk.

    ReplyDelete
  2. Itula pasal. Jangan percaya sgt yg semua pompuan pembersih.

    ReplyDelete
  3. haha..betul tu. Tak semua perempuan rajin mengemas.

    ReplyDelete
  4. Ada yg lagi dasyat daripada lelaki. sbr jela

    ReplyDelete
  5. lelaki perempuan sama jer bro...bergantung pada hati masing2 gak...hohoho

    alhamdulillah...bro dah jumpe penyewanya kan?

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. dah bro. rezeki syawal.

    ReplyDelete