Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Hidup Dengan Cukai dan Caj

Assalammualaikum W.B.T kepada semua pembaca yang budiman.  Saya doakan agar anda perolehi kesejahteraan hidup bersama insan tercinta.  Hari ini penghulu segala hari. Hari Jumaat.

Hidup Dengan Cukai dan Caj

Huh, rasa macam tak best jer bila nak cerita pasal cukai.  Semalam seharian suntuk aku ke beberapa pejabat kerajaan tempatan untuk selesaikan cukai-cukai yang tertunggak.  Antara cukai-cukai yang sentiasa dikenakan kepada aku adalah :

1. Cukai Taksiran (Pintu) - 2 kali setahun (1st bulan Feb, 2nd Bulan Ogos)
2. Cukai Tanah
3. Cukai Perkhidmatan (Makanan segera)
4. Caj Penyelenggaraan (Rumah)
5. Caj Perkhidmatan (Bil telefon, Bil Internet, Bil Api dan Air yang lambat bayar)
6. Caj Perkhidmatan Pelik (Yang pada aku caj yang tidak munasabah)

Semalam, aku ke Perbadanan Putrajaya untuk bayar cukai taksiran (Pintu) rumah aku yang tertunggak 3 bulan.  Mulanya aku dapat 2 surat notis.  Yang pertama bernilai RM 1,200.00 dan yang kedua adalah bernilai RM 239.00.  Aku cuak jugak, maklumlah walaupun semalam adalah hari gaji, namun takkan nak keluarkan hampir RM 1,500.00 sekaligus.  Aku pun tanya lah pada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai status cukai kena bayar yang mana satu.  Alhamdulillah, hanya perlu bayar RM 239.00 sahaja.  Rupa-rupanya aku terlupa yang aku dah bayar penuh cukai sebelum ini. Inilah bahananya tak buat dan simpan rekod-rekod pembayaran.  Nasib aku tak bayar kedua-duanya sekali.  Selesai satu cukai.

Aku pergi pula ke Maybank yang hanya sebelah Perbadanan Putrajaya itu, terus tukar kad debit daripada lama kepada yang baru. Nasib tak kena caj, tapi brother sebelah aku merungut sebab kena caj RM 12 sebab kehilangan kad.  Pada aku ini agak berlebihan.  Mahal kot caj tu.  Aku pula pernah alami masalah ini bila aku nak print bank statement aku di Public Bank, dia caj RM 30.  Aku rasa pelik dengan caj-caj macam ni.  Ini belum lagi kita gunakan interGIRO servis yang cajnya lebih kurang RM 1.00 - 2.00.  Pendapat aku, tak boleh ker pihak bank absorb semua kos ini.  Untungkan dah banyak, untuk dengan interest lagi.  Untung dengan 'keuntungan' lagi.  Rasanya inilah caj-caj yang pada aku rasa seperti kena curi.  At least, jadikanlah ini satu Customer Relationship Service (CSR) untuk para pelanggan. Kalau semuanya perlu di caj, memang kena pau la kita hari-hari.
Oh, kesini rupanya duit cukai rokok dan arak pergi yer..Hmmm

Perut pun dah lapar.  Apa lagi, jom singgah restoran makan segera

Mc D, Pizza Hut, KFC.  Bila tgk menu, decide. Ok, nak Burger Spicy Chicken McDeluxe. Harga RM 6.90.  Tengok resit kena bayar RM 8.00. Aik, rupa-rupanya kena 6% cukai.  Ini satu lagi aku tak faham.  Apsal tak letakkan RM 1.10 tu terus dalam harga burger tu.  Setidak-tidaknya, takdela rasa kena tipu.  Yerla, ada orang datang (especially budak-budak) bawak cukup-cukup je duit. Pada aku, pengusaha restoran ini pandai, dia tak mahu absorb kan cukai tu sebab akan meninggikan harga burger tu.  Sekaligus orang mungkin buat keputusan taknak beli.  Daripada beli McD, baik beli burger bakar Abang Burn.  Takde kena cukai (walaupun ada kot tapi tersembunyi). Tapi mentaliti orang selalu begitu.  Kalau pengusaha restoran makanan segera ini absorb kan lagi baik. hehe

So, kita gerak ke pejabat pos bayar bil-bil bagai.

Ada la bil tertunggak, bil Indah Water, bil api air dan segala macam bil.  Tunggu lama sungguh. Tapi takpela sebabkan cuti, buang masa sekali sekala pun apa salahnya.  Bila bayar, alamak. Terduduk dengan amaun kena bayar sekali dengan denda lewat bayar.  Tepuk dahi. Hati sakit. Mula nak maki orang sana orang sini.  Hehehe. Sabar bro, dah kau yang liat nak bayar. Orang sana denda la.  Itu adalah peluang dia untuk kaut lagi lebih keuntungan.  Atas alasan untuk disiplinkan pengguna.  Bijak-bijak.

Ini adalah cerita hidup seharian Average Joe macam aku.  Kalau multijutawan aku tak tahu, mungkin ada lagi caj entertainment untuk golongan2 VVIP or VIP or businessman or businesswoman.  

So, kesimpulannya.  Inilah kehidupan.  Sebenarnya kita boleh elak daripada dikenakan caj-caj yang pelik ini.  Inilah dunia kapitalis.  Mengambil keuntungan daripada kelemahan dan ketidakupayaan orang lain (malas).  Cuba fikir kalau kita tak malas, banyak boleh jimat.  Tapi berapa ramai yang malas sebab alasannya takde masa nak buat rekod dengan sempurna.  Aku lah tu.  Rekod gaji pembantu rumah aku pun aku tak buat.  Siap tanya lagi dia bulan ni dah bayar belum? Kalau dia tipu aku, rugilah aku.  Kenapala aku malas sangat ni.

Malas gila tahap 99 petala langit ni nampaknya.  Kalau cenggini jangan mimpi nak jadi kaya raya.  Pemalas.  Boleh layan lagu Awie Rafael dengan Altimet jerla kot. hehehe.. Semoga korang yang baca dapat pengajaran.  Janganlah malas macam aku k.

2 comments:

  1. Setuju caj-caj 'kena curi' macam ni... Lagi contoh, kalau Standing Instruction tu, kena RM2 kalau lewat.

    Baru-baru ni saya buat Replacement Credit Card sebab kad lama tertinggal kat mesin CDM, tapi tak kena caj apa-apa. Sim card replacement (Celcom) pun dah 2 kali saya ambik pun takde caj apa-apa. tapi kalau kehilangan kat ATM sampai RM12 tu agak mahal, bukan apa apalah sangat keuntungan bila bank caj sekeping kad berchips tu kan.. Hanya kerana RM12, pengguna akan rasa sakit hati seterusnya bad impression pada perkhidmatan tu

    ReplyDelete
  2. Mas. mmg tgk RM 12 pada kita mcm xde ape. Tp pekerja bawahan mungkin terkesan. Kalau satu bulan ada 100,000 rakyat malaysia buat aduan kehilangan kad, banyak juga tu mereka untung atas angin

    ReplyDelete