Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Kagum Kamu Kaya

Benarlah kata-kata pepatah Melayu dahulu kala, 'Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu'.

Kagum.

Kredit : Google
Itulah perasaan aku tatkala aku lihat ramai orang-orang disekeliling aku berusaha untuk menjadi kaya.  Yup, kenapa kaya?  Banyak fungsi dan matlamatnya.  Ada yang ingin kaya untuk meningkatkan taraf ekonomi ummah katanya.  Ada yang ingin perbaiki sosioekonomi keluarga.  Masing-masing ada misi yang ingin dicari.  

Pemikiran dahulu.

'Ah, kita belajar jer sampai grad sudah.  Lepas tu kita kerja dan settledown'. - Kata hati aku sewaktu masih menuntut di UiTM.

Rupa-rupanya.

'Hmm, tanggungjawab semakin banyak.  Anak-anak perlu dibesarkan.  Keluarga perlu disuapkan. Perlu kerja keras untuk tambahkan rezeki' - Kata hati aku sekarang.

Tetapi sebenarnya....

Rezeki itu ilmu tuhan.  Hanya Allah yang tahu dimana, bagaimana dan berapa banyakkah rezeki kita.  Aku percaya itu.  Tapi bukan bermakna kita tak perlu berusaha untuk mencapainya.  Cuma kadang-kala kita galak sangat sehinggakan kita lupa fungsi sebenar kita dijadikan di dunia untuk apa.

Agak menyedihkan bila dikalangan sahabat aku berpendapat yang mereka inginkan kekayaan untuk membantu  keluarga yang susah, ingin menghantar kedua ibu bapa ke Makkah dan bersedekah bila sudah kaya.  Persoalannya, adakah kita perlu tunggu sehingga kaya dahulu untuk buat semua itu?  
Maaf kepada kawan-kawan aku yang buat MLM.  Aku tidak condemn MLM tapi aku condemn mentaliti yang sebegitu.  Jika rezeki kita sedikit hari ini, kita buatlah perkara di atas sedikit.  Jangan tunggu sehingga kaya baru hendak lakukan.  Takut-takut kita tewas dengan nafsu sewaktu telah kaya.  Risau kalau-kalau kemewahan membuatkan kita lupa asal usul tujuan kita.  Yang kita tahu ketika itu adalah untuk membanding-banding kemewahan dengan sahabat kita.  Agar mereka akur dengan 'kejayaan' dalam definasi 'kepala hotak' kita sendiri.  

Salah.  Jangan begitu wahai sahabat.

Tetaplah kepada apa niat murni yang asal.  Jika pun kamu kaya dan berjaya daripada aku, teruskan memohon kepada Allah agar hati kamu tidak lari jauh dari landasan yang sepatutnya.  Dan tolonglah rakan-rakanmu yang lain untuk jadi berjaya dan kaya seperti kamu.

Aku.

Masih memerhati kelibat dan gelagat kamu sambil tersenyum sinis.  Kosong.

No comments:

Post a Comment