Pages

agoda.com INT Lazada MY

Lega Hati Ini Bila...

Alhamdulillah.  Akhirnya dapat sudah tenant yang pada pandangan sekali imbas aku ini agak bagus dan baik.  Apa tidaknya,  pelajar UPNM yang terkenal dengan tahap disiplin yang tinggi.  Penyewa diiringi dengan bapanya yang juga seorang pegawai tentera.  Selepas bersembang dan membawa tengok unit rumah untuk disewa tersebut.  Maka persetujuan telah dicapai.  Lega sedikit hati ini.  Ada orang tolong tengok dan jagakan rumah tu.
Kredit : islamicartdb.com
Alhamdulillah.  Bukan setakat itu sahaja, malah segala cukai-cukai perkhidmatan dan tanah telah aku bayar sebelum berangkat ke Makkah.  Cuma lagi caj Indah Water yang belum di bayar.  Yang itu agak tricky sebab sepatutnya owner rumah sebelum ini yang perlu membayarnya.  Tapi tengoklah macam mana nanti,  kalau susah sangat aku bayarkan jerla dulu.  Nanti claim kemudian.  Ini antara ujian juga sebenarnya.  Makna 'Mampu' dalam mengerjakan haji itu meluas.  Bukan hanya setakat wang ringgit, malas persediaan yang lainnya juga tidak terkecuali.

Alhamdulillah.  Cukai pintu rumah arwah ayah aku di Bandar Baru Sg. Buloh telah aku bayar.  Bil tertunggak broadband ayah aku juga telah dilangsaikan.  Lega. Lapang Dada.  Alhamdulillah. :)

1 comment:

  1. Seronok kan bila dapat pergi kesana..perasaan tu mestinya sangat teruja...

    ReplyDelete