Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Masalah, Risau dan Cuak

Bermula dengan masalah yang tidak dapat diselesaikan, datangnya perasaan risau dan cuak sehinggakan boleh mengorban diri.

Apa sudah jadi dengan ketenteraman awam di negara Malaysia yang tercinta ini?  Jika lihat berita di kaca tv pastinya akan disajikan berita tembak menembak, bom sana sini dan juga syiah.  Kenapa? Mudah ke nak dapatkan senjata api di Malaysia sekarang ini?  Kalau mudah, aku pun nak satu untuk keselamatan aku dan famili, boleh?  Aku yakin, tiada orang yang akan senang-senang tembak tanpa usul periksa, tanpa ada dendam, tanpa ada sebab.  Dan kebanyakkan sebabnya adalah masalah.  Masalah hutang, masalah peribadi atau masalah sosial.  Begitu mudah orang meletakkan nyawa seseorang di atas undang-undang tangan sendiri.  Mungkin mereka lebih puas agaknya.  Pada mereka, mereka telah buat perkara yang betul.  Kalau nak harapkan sistem kehakiman Malaysia maunya makan 3-4 tahun baru selesai.  Hmmm....  Mengapa? Adakah pentadbiran kerajaan sekarang ini lemah? Undang-undang tidak keras? Atau kita sendiri yang sudah hilang rasa sabar?

Cermin diri semula.

Ini pula kisah bom di Kelantan.  Orang Malaysia sekarang sudah pandai buat bom.  Siap sekali dengan alat kawalan jauh.  Kemahiran tahap tertinggi dalam skil pembunuh upahan.  Jika si pembuatnya itu melayu dan Islam, lebih baik kiranya korang praktikkan skil tu di Syria ataupun Palestin.  Yang nak bom di Malaysia ini apa cerita? Lepaskan amarah pada sesama muslim? Yang puncanya hanya sengketa yang boleh diselesaikan.  Jumudnya fikiran anda, mereka di Syria lebih memerlukan kemahiran anda itu.  Serius, jika anda terkorban, anda mati Syahid. InsyaAllah. 

Datang pula isu Syiah nak lebarkan kuasa dan pengaruhnya.  Atas dasar apa? Percaya pada hadis nabi yang pernah bersabda Islam yang sebenar adalah Islam yang paling ramai pengikut?  Syiah memang karut.  Pukul dan cedera diri sendiri sempena mengingati Kematian Cucu Nabi?  Padahal korangla penyebabnya.  Cederakan diri sebab kononnya menyesal tak dapat selamatkan cucu nabi?  Pelik betul korang ni.  Islam sebenar tidak ajarpun mencederakan diri sendiri.  Itu namanya korang dah naik hantu.  Syirik la tu. Haish...

Aku risau sebenarnya dengan apa yang terjadi sekarang ni di Malaysia.  Seolah-olah Malaysia ini tidak lagi selamat.  Adakah kita sudah sangat berpecah sehinggakan tiada lagi kerjasama untuk membanteras jenayah bersama.  Adakah kita terlalu sibuk untuk mencari rezeki sebab desakan hidup semasa?  

Semua ini adalah salah kita.  Kita tidak jaga keharmonian.  Kita sudah tidak lagi mementingkan ukhuwah.

Kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Doa sahaja nampaknya pilihan yang ada. Semoga Malaysia kita yang tercinta dapat menjadi tempat yang aman, makmur dan harmoni seperti yang pernah kita ketahui.  InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment