Pages

agoda.com INT Lazada MY

Perniagaan Pemangkin Ummah

Rasulullah S.A.W pernah bersabda dalam satu hadis yang bermaksud '9/10 rezeki itu datang daripada perniagaan' (Hadis riwayat Al-Tarmizi).  

Ramai yang beranggapan bahawa kita mempunyai kewajipan dan keutamaan untuk berniaga agar dapat memperolehi rezeki yang banyak sekaligus dapat menjamin kehidupan sendiri, orang sekeliling dan ummah.  Pada aku, takrifan hadis tersebut bukanlah hanya berkitar pada ruang lingkup pendapat yang pertama itu.  Jika diperamati dengan logik, Rasulullah S.A.W berusaha memberitahu kita bahawa rezeki yang kita terima (walaupun kita hanya seorang pekerja makan gaji), ia adalah bersumberkan hasil perniagaan.
Kredit : Islamituindah.my
Bagaimana boleh terjadi begitu?  Jika kita lihat, kerajaan kita meraih atau menguruskan kewangan negara hasil daripada aktiviti perniagaan.  Mungkin ianya hasil daripada trading minyak sawit ataupun hasil keuntungan perniagaan daripada syarikat utama seperti PETRONAS, SIME DARBY, SP SETIA dan sebagainya.  Kalau difikirkan dengan logik, syarikat-syarikat besar ini menjalankan perniagaan dan dikenakan cukai terhadap pendapatannya.  Daripada cukai tersebutlah maka kita yang cuma seorang pekerja makan gaji mendapat rezeki untuk diri sendiri dan famili.  Nampak?  Maka benarlah sabda Rasulullah S.A.W dalam hadisnya diatas.  Subhanallah.

Walaupun demikian,  tuntutan untuk berniaga bukanlah suatu kewajipan.  Ianya hanya amalan@ibadah Fardhu Kifayah.  Jika ia dikategorikan sebagai ibadah Fardhu Ain, maka kita berdosa jika meninggalkannya.  Sesungguhnya Islam itu tidak membebankan.  Jangan pula kita terasa terpaksa melakukan perniagaan.  Stigma dan dogma mereka yang mengagungkan aktiviti perniagaan haruslah selari dengan ajaran Al-Quran dan pesan Rasulullah S.A.W menerusi hadis-hadis yang sahih.

Daripada Anas bin Malik r.a., Rasulullah S.A.W bersabda : 'Permudahkanlah, janganlah menyusahkan, tenangkanlah dan janganlah melakukan sesuatu yang menyebabkan orang menjauhkan diri dari kamu' (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Namun, kita sebagai umat Islam harus puji dan iktiraf keberanian masyarakat Islam Melayu kita yang berniaga atas teras niat untuk menyempurnakan ibadah Fardhu Kifayah dan membebaskan tanggungan tersebut daripada umat Islam yang lainnya.  Niat yang ikhlas untuk memangkin kemajuan ummah haruslah kita sokong kerana tanpanya, mana mungkin umat Islam dapat merasai nikmat hidup dan beramal dengan selesa dan khusyuk.

Situasi semasa menyebabkan ramai diantara kita ingin terjebak dengan aktiviti perniagaan.  Alhamdulillah, kadang-kala musibah yang lahir dari tekanan hidup dengan kos sara diri yang semakin tinggi menyebabkan kita ingin terjun mendapatkan bahagian kita daripada pecahan 9/10 tersebut.  Tetapi perlulah beringat agar tidak berlebih-lebihan atau galak mengejar kemewahan dunia.  Takut-takut kita akan lemas dalam hawa nafsu dan hasutan syaitan.  Selari dengan hadis Rasulullah S.A.W yang mengajak kita agar tidak bersikap ghairah terhadap dunia dan peringatan bahawa nafsu tidak akan kenyang.

Daripada Ibn Umar r.a., beliau berkata: Rasulullah S.A.W memegang bahuku lalu bersabda: 'Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalan' (Riwayat al-Bukhari)

Bermaksud : Kita sebagai umat Islam harus tahu destinasi utama kita yang sebenarnya di dunia ini.  Memutuskan pergantungan diri terhadap dunia melainkan pada perkara yang diperlukan untuk tujuan bermusafir dan tiba ke destinasi yang dituju.  Destinasi bagi kehidupan ini adalah kubur.  Sesungguhnya mati sekalipun masih jauh sebenarnya ia adalah dekat . (Syarah Sunan Ibu Majah)

Daripada Anas r.a., Rasulullah S.A.W bersabda: 'Seandainya anak Adam mempunyai dua lembah harta tentu dia masih menginginkan yang ketiga.  Padahal yang memenuhi perut anak Adam hanyalah tanah-tanah(kuburnya) dan Allah tetap menerima taubat orang yang ingin bertaubat' (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tanggungjawab seorang peniaga amat murni dan luhur jika kita menyedarinya.  Mereka bukan sahaja penyebab anda untuk tidak berdosa kerana tidak melakukan ibadah Fardu Kifayah itu tadi.  Tetapi mereka juga adalah sumber keberkatan dunia menerusi zakat yang dikeluarkan.  Ketentuan zakat daripada perniagaan haruslah tidak diketepikan.  Ianya secara langsung dapat menaikkan status ummah dan menghindar diri daripada fitnah dan ketidakberkatan rezeki yang diterima.

Ini adalah PELUANG anda.  

Ya, satu Konvensyen Usahawan Muslim bakal berlangsung pada 7hb September 2013.  Ia mungkin menjadi platform untuk anda melakukan perniagaan dengan berlandaskan syariat Islam.  Ilmu dalam perniagaan juga harus dituntut agar kita tidak mudah kecundang hanya kerana gagal untuk belajar.  Pengisian yang bakal dikongsikan adalah daripada mereka yang berjaya dan mempunyai latar belakang pendidikan Islam yang boleh dicontohi dan diteladani.  Antaranya ialah:

1. Ustaz Pahrol Mohamad Juoi (Penceramah Bebas)
2. Dato' Dr Rusly Abdullah (Chef Li - Mentor Jutawan Senyap)
3. Datuk Nadzim Johan (Pengasas Persatuan Pengguna Islam Malaysia, PPIM)
4. Datuk Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin (Pengarah Urusan Mydin Holdings Sdn. Bhd)
5. Dato' Husammudin Yaacub (CEO Kumpulan Media Karangkraf)
6. Tuan Hj Ali Hassan Mohamaad Hassan (Pengarah Urusan Al-Ikhsan Sport Sdn. Bhd)

Nama-nama di atas sudah membuatkan ramai teruja untuk menyertainya.  Anda bagaimana?

Konvensyen ini akan diadakan di alamat berikut.  Peta Lokasi di SINI.

Dewan Muktamar, Komplek Pusat Islam (JAWI)
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Jalan Perdana, 50480 KUALA LUMPUR

Konvensyen ini akan berlangsung selama hampir satu hari iaitu bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada 6.00 petang.  Lihat tentatif penuh di SINI.

Yuran penyertaan adalah seperti berikut:

1.  Seorang peserta - RM 150
2.  2 orang peserta - RM 250
3.  3 orang peserta - RM 300
4.  10 orang peserta - RM 1,000 (dan diberi tempat percuma untuk seorang)

Anda juga boleh mendapatkan tiket percuma jika menyertai contest yang dianjurkan di SINI.

Semoga kita memperolehi ilmu yang berguna daripada konvensyen ini.  Sekaligus mendidik kita menjadi peniaga yang berlandaskan syariat Islam. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment