Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Rezeki Yang Dikongsi Di Bulan Syawal

Alhamdulillah...segala puji hanya untuk Allah S.W.T. Tuhan sekalian alam.  Hanya padamu ku berserah dan kepadamu aku kembalikan puji-pujian dan lafaz syukur di atas nikmat yang telah dianugerahkan.
Paparan iklan aku di Mudah.my
Masih ingatkah tentang condoku di Bukit Jalil?  Kisah awek tenant yang nakal INI dan INI adalah jalan ceritanya.  Kali ini aku tidak terdesak untuk sewakan unit tersebut.  Makanya, aku hanya post iklan sewaan di Mudah.my dan tunggu sahaja panggilan demi panggilan potential tenant.  To my surprise, ramai pemanggil adalah mereka yang berbangsa Cina.  Umumnya mereka ini adalah agen yang mencari unit sewa untuk diberikan kepada klien mereka.  Pada aku mereka ini adalah agen hartanah yang berkecimpung dalam kaedah atau instrumen sublet.  Aku pasti dengan itu, sebabnya mereka boleh dapat komisyen mudah sehingga 1 bulan sewa hanya mencarikan rumah untuk klien mereka.  Mudah bukan?  Cari rumah untuk disewa- contact owner-booking(tanpa bayaran)-contact klien(kononnya sudah ada ready klien, sedangkan baru nak mencari)-close deal antara owner dgn klien-amik komisyen daripada owner.  Ini adalah mereka yang cari makan dengan komisyen sahaja.  One off payment.

Tapi ada yang lagi bijak adalah mereka sendiri yang sewa unit tersebut kemudian disewakan semula dengan sewa yang lebih tinggi. Keuntungan atas angin tiap-tiap bulan mereka dapat dan berterusan. Ini namanya kaedah sublet.  Sebabkan agen-agen ini maka timbulnya spekulasi tentang harga sewa rumah.  Adakah ianya membebankan bakal penyewa? Mungkin.  Adakah spekulasi ini bagus untuk ekonomi? Mungkin.  Yang pastinya owner rumah adalah yang paling untung. Sentiasa ada demand.  Jika owner baik untuk bagi sebahagian rezeki kepada agen, maka terserah kepada mereka.

Dipendekkan cerita, ramai agen yang bertanya tentang unit kondo tersebut yang aku sewakan pada kadar RM 1200.00.  Tapi tiada satu pun yang close deal mengikut ekspektasi yang aku jangkakan.  So, aku beranggapan yang agen-agen yang dikatakan mempunyai ready klien ini hanyalah mereka yang hanya inginkan pertambahan unit-unit dalam senarai rumah untuk disewa mereka yang mungkin dapat disewakan kepada klien.  Kerana aku bukan terdesak kali ini, maka aku suka analisa pengalaman ini.  Seronok pula.

Namun, semalam unit kondo itu telahpun ada bakal penyewa.  Lelaki dan mereka ini adalah pelajar-pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Aku ada kelapangan masa untuk bertanya banyak soalan dan kesungguhan mereka untuk menyewa.  Aku bersemangat sebab mereka ini umpama darah daging aku (tentera).  Senang nanti aku nak bagi arahan sebab sudah tentu tentera faham akan maksud chain of command. Lalu dialog-dialog tersebut terjadi:

'Salam bang, kondo abang tu ada lagi tak? kami nak sewa untuk 6 bulan sahaja? Harga boleh tak kurangkan sebab kami masih pelajar, kami nak buat praktikal di syarikat-syarikat berdekatan, memandangkan kondo abang memang strategik lokasinya, maka kami rasa nak sewa disitu' - student

'Salam adik, nama siapa?.  Kondo tu ada lagi.  Sewanya RM 1200.00.  Deposit 2 bulan + 1 bulan sewa + RM 500 (Utiliti).'

'Mahalnya bang, budget dalam RM 900 boleh?' - Student

'Tak boleh dik, abg paling minimum boleh turunkan pada kadar RM 1000, jika adik setuju selepas discuss dengan kawan-kawan, abang boleh beri diskaun.  Adik hanya bayar sewa semasa dan deposit RM 500 sahaja.  Total RM 1500. Yang pentingnya adik boleh bayar on time untuk bulan-bulan berikutnya.  Memandangkan adik tidak duduk lama, darah daging abg juga dan abang niat sedekah kepada kamu memandangkan kamu secara tak langsung boleh jagakan rumah tu ketika abang di Mekah.  Tapi perlu cepat, jika agen yang dapat dahulu, abang akan beri pada mereka.'

'Alhamdulillah bang, saya akan confirmkan secepat mungkin' - Student

Dan like the western says, the rest is history.  Memang rezeki mereka ketika aku bermurah hati dan berniat sebegitu, mereka jengah bertanyakan status rumah itu.  Pada aku inilah yang dikatakan rezeki yang Allah aturkan.  Walaupun aku boleh memilih untuk kekalkan RM 1200 tu, namun ianya tidaklah memberi apa-apa makna pada aku selain hanya meningkatkan cash flow aku.  Dan yang lebih penting aku kenal dengan Komandan UPNM, senangla aku nak buat aduan dan memantau mereka ini jika mereka menimbulkan masalah.

Alhamdulillah.  Sekali lagi puji-pujian hanya untukmu. Thanks.

p/s :  Kata orang tua dahulu ; rezeki(duit) kita adalah apa yang kita berikan.  Jika tidak, duit itu sebenarnya adalah duit untuk peniaga pasar malam, peniaga sayur, TNB, Cukai dan sebagainya.  Duit (Rezeki) kita adalah yang kita infaqkan.  Wallahualam.

11 comments:

  1. terbaik! cerita yg tak bosan dan cukup isinya

    ayat last tu aku setuju 100%

    ReplyDelete
  2. Yup..semoga bermanfaat. ;)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. bagi diskaun dapat juga membantu adik belajar.

    ReplyDelete
  4. Itula. amal jariah yg tidak seberapa. moga ada keberkatan.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. ini namanya berkongsi rezeki. Yang pasti owner rumah kena rendahkan expectation rate, manakala tenant pula kena bersyukur dapat owner yg baik macam ni dan kekalkan konsistenasi pembayaran. =)

    ReplyDelete
  6. Itu yang diharapkan. Bagi mereka seronok nak menyewa. Kalau nak ikutkan harga sewa pasaran memang agak mahal nilai tu. Tapi mujur mereka menyewa 6 orang. So sorang dalam RM 1++. Okla tu.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih sedarkan saya yang sedang terleka ni..hehe..ada isinya tersendiri artikel ni..

    ReplyDelete
  8. Harap dapat manfaat darinya.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, akhirnya masuk juga ada orag. Pandai orang Cina cari duit.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. Rezeki pelajar. Semoga mereka pula menggunakan rezeki itu sebaiknya untuk belajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula. semoga mereka juga celik mata untuk membeli aset satu hari nanti

      Delete