Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Statistik, Kejayaan & Kehidupan

Antara soalan yang paling tidak ingin kita dengar pada pagi Syawal sewaktu saudara mara ada di rumah adalah:

1.  Kamu ambil bidang apa sekarang? Anak mak long dapat sambung belajar ke luar negara. (Sambil membuat kenyitan mata dan senyuman sinis memberi tekanan)

2.  Bila kamu nak kahwin? Asyik belajar jer, tak fikir pasal hidup kamu ker? 

3. Kamu ni bila hendak tukar kereta baru? waktu raya macam inilah dapat diskaun beli kereta?

etc, etc.  (Selingan, tiada kena mengena dengan entri di bawah)

Naik rimas jika soalan-soalan seperti di atas ditanya kepada diri bila sendiri tahu 'kelemahan', 'kekurangan' dan 'kemiskinan' kita bukan?  Tapi kenapa masyarakat kita masih suka membanding-banding? Jika untuk kebaikan tidak mengapa, dan ada banyak cara lain yang lebih berhemah untuk itu.  Tidak perlu mendabik dada dan membesarkan kejayaan diri.  Itulah realitinya.

Kembali kepada suasana tadi. (Sembang anak-anak muda yang hampir sebaya di zaman remaja mereka)

Remaja 1 (R1) : Weh, tak payah belajar tinggi-tinggi bro, Bill Gates, Steve Jobs dan Mark Zuckhelberg pun dropout dan berjaya.

R2 : Yerla, so kita nak buat apa selepas drop out?

R3 : Kita buat bisnes la, macam mereka.

R1 : Kita boleh berjaya jika kita merancang kehidupan kita dengan betul.

R2 : Tapi mak aku mesti tak bagi.

R3 : Kita try dulu. Baru explain kepada mereka.

Dilema anak muda kini.  Terpaksa ikutkan desakan keluarga atau mengejar cita-cita sendiri.

Sementara di ruang makan. (Sembang sesama ibu bapa sedang berlangsung)

Ibu 1 (M1) :  Ada ke R1 bagitau kita yang dia tak mahu belajar sampai universiti.  Nak jadi apa la agaknya, risau pula saya dibuatnya.

M2 :  Diorang ni terpengaruh dengan dunia internet dan teknologi.  Semua hendak berhenti belajar. Nak berjaya macam idola mereka.  Boleh ker?

M3 : Anak-anak kita patut sedar yang mereka ini tidak boleh disamakan dengan idola mereka jika perkataan dropout itu menghalalkan mereka untuk bermalas-malasan tetapi akhirnya berjaya.

M1 : Itulah.  Tapi perlu ke diikutkan kehendak R1? (Sambil jeling pada suaminya)

Masing-masing angkat bahu.  Perbualan berakhir disitu dan masing-masing meneruskan perasaan dalam dilema sendiri.

Sukar untuk hidup dalam keinginan dan impian orang lain.  Tapi yang uniknya, walaupun itu adalah impian orang lain, kita boleh adaptasinya menjadi impian kita. Sebab ianya bukan penting sangat pun.  Yang penting adalah tanggungjawab yang satu. Noktah.

No comments:

Post a Comment