Pages

agoda.com INT Lazada MY

Pengalaman Yang Mendewasakan

The First House on earth
Alhamdulillah.  Semuanya berjalan dengan lancar. 46 hari yang penuh dengan emosi.  Segala kerisauan yang pada mulanya melanda hilang apabila kaki ini terjejak di bumi yang penuh barakah ini.  Sesungguhnya pengalaman mengerjakan haji untuk musim 1434H memang menjadi satu kenangan yang tidak mungkin akan  dilupakan.  Ia memang istimewa dan unik sungguhpun keindahan Kota Makkah dan Madinah tidak terbanding dengan keindahan Malaysia, negara yang bertuah.  Namun Kota Makkah dan Madinah tetap terletak diaras yang paling istimewa dalam sanubari sepertimana jemaah-jemaah yang pernah ke sini.
Raudah (Karpet Hijau)

Bukan sahaja persahabatan terjalin, pengalaman terkumpul atau dugaan diberi, malah lebih dari itu. Inilah masa bermunajat dan bermuhasabah diri yang paling total, tanpa memikirkan masalah yang melanda diri, pekerjaan dan dunia barang kali.  Inilah ketikanya diri ini seperti hanya memikirkan Allah S.W.T.  Terus terang, memang itulah perasaannya ketika disini.  Mana mungkin hendak memikirkan perkara lain selain Sang Pencipta di rumahNYA iaitu Masjidil Haram.  Mana mungkin hendak memikirkan perkara selain mendekatkan diri dengan kekasihNYA di Masjidil Nabawi.  Indah.  Sungguh indah.  Tidak terkata sebenarnya.  Tidak terungkap dengan kata-kata.  

I miss this beatiful mosque. I miss all about it.
Perasaan yang diperolehi bukan hanya seminggu mahupun 2 minggu, malah lebih dari itu. Tempoh bermastautin yang membuatkan diri terasa tidak ingin keluar dari perasaan itu.  Memang benarlah kata-kata yang sesungguhnya Allah S.W.T akan menghilangkan segala kerisauan, kerungsingan dan kesangsian sebelum ke Tanah Suci sebaik sahaja niat ke sana di pasang di dalam hati sewaktu bermusafir ke sana.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.  Akan dikongsikan pengalaman, dugaan dan pengajaran yang diperolehi ketika berada di sana. InsyaAllah.

10 comments:

  1. Semua orang mengimpikan untuk menjejakkan kaki ke Mekah termasuklah saya sendiri. Tahniah kerana selamat menunaikan ibadah haji tahun ni.

    ReplyDelete
  2. Yup, setuju. :) Sebab itulah rukun islam ke 5 kita sebagai orang Islam

    ReplyDelete
  3. bestnya dapat menunaikan haji.. bilalah turn aku plak..

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah akan ada peluang itu nanti

    ReplyDelete
  5. Emm impian yang akan dicapai suatu masa nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Semua manusia telah diseru oleh Nabi Ibrahim untuk kesini. InsyaAllah :-d

      Delete
  6. InsyaAllah, kalau Allah dah panggil...tak ada siapa yang boleh menghalangnya :)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...insyaAllah suatu masa nanti saya puyn berpeluang jejakkan kaki ke sini..aminnn

    ReplyDelete