Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Jenayah ; Kemana Perginya Logik Akal Manusia?

Semalam sewaktu memandu ke tempat kerja terdengar berita ringkas dari radio IKIM.fm.  Berkenaan dengan pembunuhan Ketua Penyiasat Agama Islam Pahang.  Menurut berita, arwah ditembak oleh penjenayah yang berpura-pura ingin bertemu arwah yang disampaikan melalui anaknya.  Sedih bila memikirkan perkara seumpama ini boleh berlaku di negara yang bertuah ini.  Dimanakah sikap dan logik akal si Pembunuh sehinggakan sanggup memisahkan seorang ayah daripada anak, seorang isteri daripada suami dan seorang anak daripada ibu bapanya untuk selama-lamanya.  Tidakkah si penjenayah terfikir akan perasaan dan akibat daripada tindakan yang dikawal oleh syaitan ketika itu?
Sumber: www.adden.my

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara

Daripada maklumat, kemungkinan penjenayah tersebut adalah pengikut ajaran sesat Tuhan Harun.  Matlamat apakah yang hendak dicapai mereka?  Adakah dengan 'senyap'nya arwah maka kegiatan mereka tidak dapat diperangi habis-habisan?.  Lupakah mereka yang pergerakan seumpama ini akan menimpa nasib seperti nasib Ayah Pin, Rasul Melayu atau yang lain-lain lagi.  Adakah ajaran agama Tuhan Harun menghalalkan darah daripada pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagaimana pengikut Syiah? Maka tidak syak lagi syaitan telah berjaya menggoda dan membuatkan si penjenayah bertindak di luar batas norma manusia.  

Sesungguhnya, matlamat si Penjenayah ini sudahlah tidak betul dan haram sama sekali.

Syukur, Malaysia masih aman! 

Itulah kata-kata sarkastik yang akan keluar daripada mulut atau wall FB sebilangan daripada kita.  Begitu mendalam dan pedas sekali seolah-olah Malaysia ini seakan tidak aman.  Aku tidak salahkan mereka.  Ada kebenarannya juga.  Ungkapan itu mungkin lahir daripada rasa ketidakyakinan mereka terhadap sistem keselamatan atau betapa mudahnya matlumat jenayah sebegini diperolehi daripada laman sosial sehinggakan mereka merasakan memang benar, Malaysia tidak lagi seperti yang kita kenali dahulu.

Dahulu, tidak pernah terdengar kes penculikan sebegitu kerap.  Dulu, tidak pernah terdengar kes pembunuhan dengan kerap.  Dulu, tidak pernah langsung terfikir manusia di Malaysia akan menjadi lebih kejam, daring dan pentingkan diri sendiri.  Dan itu adalah dulu. Dulu yang bukanlah seperti sekarang.

Timbul rasa risau.  Risau masa depan anak-anak.  Masa depan yang banyak kabur dari jelas.  Risau sewaktu zaman manusia berlumba-lumba memiliki gajet canggih.  Begitu teruja merakam detik-detik cemas dan jenayah lalu diposkan di laman sosial dengan harapan mungkin untuk dapat berapa banyak komen, like mahupun share sedangkan ketika itu mereka terlupa tentang etika kemanusiaan yang kehormatan terhadap mayat perlu dijaga seperti yang berlaku pada arwah Pegawai Bank Ambank yang lalu.  Astagfirullah.

Dan sekali lagi, Syukur, Malaysia masih aman.  Ada pula pihak-pihak yang berkepentingan menangguk di air keruh dengan membesarkan isu ini untuk merendahkan kredibiliti pihak berkuasa.  Sedangkan kita mungkin lupa, perkara seumpama ini berlaku sebab kesalahan dan kecuaian kita sendiri. Kita perlu bekerjasama dalam menanganinya.  Demi keselamatan kita dan anak-anak.  Dan demi negara tercinta.

Sikap kita.

Kita sudah berpisah.  Kau buat hal kau.  Aku buat hal aku.  Anak kau, kau jaga.  Anak aku, aku punya suka nak buat macam mana.  Inilah sikap buruk masyarakat Malaysia yang semakin menebal dan sudah menjadi kebiasaan.  Ianya adalah habit.  Habit sebab kita memencilkan diri  kita dengan fitnah dunia.  Sibuk dengan diri sendiri (gajet) sehinggakan hendak berhubungan pun melalui whatapps, FB dan Twitter.  Masing-masing pandang bawah. Lowering your gaze is only when in solah and when seeing prohibited thing.  Yes, that is one of the sunnah.  But we take it, understand it differently.  Lowering our gaze for FB, whatapps and twitter. Hmmm....

Jiran dah tak kenal sesama sendiri.  Bila sudah tiada ukhwah sesama kita manusia.  Maka peluang dan ruang untuk jenayah semakin banyak.  Sebab mudah. Dalam fikiran jenayah; 'aku pecah masuk rumah mangsa ini pun jiran dia akan fikir'. 'Alah, biarlah. Mungkin saudaranya datang'.  Kalaulah jiran tadi kenal dengan mangsa dan tahu serba sedikit latar belakang mangsa. Mungkin akan timbul hairan dan sangsi kepada perompak tadi.  Ianya satu kemungkinan bahawa jenayah tadi boleh diatasi.

Now what? Jenayah berleluasa.  Masing-masing nak protect diri masing-masing.  Ok, jom beli senjata api. pistol Revolver. Aku beli satu, kau beli satu. Simpan punya simpan terlupa letak mana. Tahu-tahu anak main sebab rasa cool lebih-lebih lagi lepas tengok citer Holllywood. Mungkin sebab nak try test sebab banyak dengar berita kes tembah menembak di sekolah di Amerika.  

Creating another problems by thinking we solve our previous problems. Oh, we are stupid. Really? Bagaikan tikus baiki labu.

Apa yang hilang?

Amalan ajaran Islam yang sebenar dan As-sunnah. Kita semakin jauh dari perkara ini.  Hampir dan ada yang telah sesat.  Sedarlah diri ini dan semua.  Kita mungkin tidak boleh mengubah segalanya mengikut kemahuan kita.  Tapi kita boleh ubah diri kita dahulu dan mengharap agar perubahan dari diri kita menjangkiti saudara mara, jiran dan sahabat handai seterusnya masalah seperti ini dapat ditangani.

Namun, peringatan daripada Nabi Muhammad S.A.W.

'Di penghujung zaman nanti, mereka yang mengamalkan sunnah ku seperti seadanya akan dipandang serong dan pelik'

Ingatlah, kita mungkin rasa kita normal dengan melakukan perkara rutin harian kita, namun cuba fikir sejenak.  Rasulullah S.A.W pernah ke buat seperti yang aku buat ni?  Jika tidak, jauhkan lah.  Jika mampu mengawal, kawal lah mengikut tuntutan syariat.  Teknologi itu penting namun jangan salahkan kepentingannya.

Wallahualam.

7 comments:

  1. Malaysia dah jadi macam USA. takut skrg ni

    ReplyDelete
  2. mari kita doakan negara ini agar aman semula seperti yg kita mahukan

    ReplyDelete
  3. Soal peningkatan kadar jenayah ini berkait rapat dengan matlamat kita mencapai kesejahteraan ekonomi itu sendiri. Kesejahteraan masyarakat dewasa ini diukur dengan nilai material semata-mata. Justeru, memberi impak keseluruhan terhadap cara fikir masyarakat yang mengejar kekayaan material berteraskan hawa nafsu. Akhirnya, masyarakat kita mencapai matlamat kekayaan dengan apa cara sekalipun tanpa kira halal haramnya. Apatah kesan jangka panjangn yang terhasil dengan pengumpulan kekayaan secara singkat ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, saya bersetuju dengan saudara. Sekarang ni ramai diantara kita yang mengejar duniawi semata-mata. Tanpa berfikir halal dan haram sesuatu urusan itu. Wallahualam.

      Delete
  4. Prof Muhaya ada sebut, manusia yang melakukan kejahatan ini adalah manusia paling rugi kerana janji Allah pasti setiap zarah yang manusia akan dibalas. Cuba dengar celik mata reset minda - ikim

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yg masalahnya. mungkin mereka tak dgr radio IKIM.fm

      Delete
  5. Emm tak ada sifat kemanusiaan dah kot diorang ni kan..

    ReplyDelete