Pages

agoda.com INT Lazada MY

Kecewa dengan servis P1 di Putrajaya

Tempoh hari ada terima panggilan daripada pusat servis P1 yang memaklumkan bahawa salah satu (atau satu-satunya) pencawang P1 di Putrajaya mengalami masalah dan di tutup.  Aku tak pasti kenapa tapi kesannya adalah pada kelajuan servisnya yang selama ini aku puji.  Belum pernah aku alami servis internet yang selaju P1.  Betul lah kata orang, semuanya bergantung kepada beberapa faktor.  Salah satunya adalah pencawang dan lokasi perumahan.

1 day =  4 hari ??  Pening ke?

Selalunya dulu asal klik pautan atau layar sahaja internet, tak sampai beberapa saat akan terpapar website atau pautan yang aku nak lihat tu.  Namun kini semuanya bermasalah.  Kelajuan yang sangat lembap, terputus-putus dan menyakitkan hati.  Sehinggakan aku terfikir nak tamatkan perkhidmatan P1.  Nasib aku tiada di Malaysia untuk beberapa bulan, maka aku tak ambil kisah sangat. Cuma isteri mungkin ada masalah nak hubungi aku ketika aku di Arab Saudi.  Di sana aku gunakan perkhidmatan data plan daripada syarikat Mobily yang katanya adalah salah sebuah anak syarikat Celcom.  Memang laju internetnya dan pakej yang komprehensif.

Berbalik kepada servis P1 di Putrajaya, aku memang kecewa.  Kecewa sebab aku memang sukakan P1.  Sebab tiada lagi syarikat penyedia perkhidmatan internet yang dapat memberikan pakej seperti mereka. Iaitu Modem Wifi dan Broadband untuk kegunaan aku On-the-Go.  Yang lain hanya ada sediakan modem WiFi sahaja dan juga broadband sahaja. Tidak ada kedua-duanya.  Kos bulanannya pun dalam range baget aku dan famili.

Diharapkan agar P1 dapat memperbaiki perkhidmatannya dengan segera. 

5 comments:

  1. Dulu pakai juga P1 ni. Tapi tukar ke unifi sebab unlimited data usage :-)

    ReplyDelete
  2. Emm kat Jerteh ni langsung tak ada..emm kenapa ekk jadi lagu tu?adoii mcm2 lahhh

    ReplyDelete
  3. dulu pernah pakai p1 utk trial je... tapi kat sesetengah tempat kat p8 tak kuat lak signal nya... huhuhu

    ReplyDelete
  4. i jadi 4....heee. agak kalau berterusan, nak kena berhijrah lah bro.

    ReplyDelete