Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Perlu ke ikut Sunnah Nabi Muhammad S.A.W?

Entri ini mungkin agak 'kasar' sedikit namun ada baiknya aku kongsikan apa yang aku belajar daripada pengalaman sewaktu mengerjakan ibadah haji tempoh hari.  Begini, lupakan rasa emosi dan sentimental semenjak kaki berada di dua tanah suci utama umat Islam iaitu Madinah dan Makkah.  Apa yang lebih penting adalah pelajaran yang kita dapat ambil daripada pemerhatian dan pemikiran kita ketika disana.
Ziarah selepas Solat Zohor
Situasi di Madinah.

Bersebelahan Masjid Nabawi terletaknya perkuburan yang dinamakan Tanah Perkuburan Baqi'.  Disini ramai sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W, kaum kerabat dan juga para solihin dikebumikan.  Darjat tanah perkuburan ini sangat tinggi sehingga Junjungan kita pernah berkata; 'Golongan yang akan dibangkitkan di hari akhirat kelak selepas di bangkitkan Aku adalah mereka yang dikuburkan di Baqi'.  Jelas, tanah perkuburan ini darjatnya tinggi.  Apatah lagi dikebumikan berhampiran dengan makam Nabi Muhammad S.A.W walaupun makam nabi terletak di dalam perkarangan masjid.

Apa yang berbezanya?

Ada satu ketika, selepas Solat Subuh.  Aku ditolak masuk ke ruang tempat jenazah disembahyangkan (dalam Masjid Nabawi) tanpa menyangka disitulah mayat disembahyangkan sebelum diangkat atau diusung ke perkuburan Baqi'.  Ketika dapat aku belajar bagaimana penduduk Madinah menuruti Sunnah nabi iaitu menyegerakan pengurusan jenazah.  Memang benar, begitu pantas jemaah mengangkat dan mengusung sebaik sahaja Solat Jenazah berakhir. Lepas satu tangan ke satu tangan lain berlumba-lumba mengusung jenazah.  Aku pasti kerana jemaah tersebut menghendakkan pahala sebesar Bukit Uhud seperti yang Allah janjikan.  Maka, tidak hairanlah mereka mengerjakan amalan sunah ini sebenar-benarnya.  Itu pada aku tiada masalahnya.

Masalahnya ialah...

Perkuburan Baqi'
Bila mana sampai di perkuburan Baqi', aku berkesempatan menyertai jemaah mengkebumikan jenazah yang baru disembahyangkan.  Liang lahad telah tersedia, dimasukkan sahaja jenazah (mengikut cara yang betul), dikambus tanahnya dan selesai.  Sambil jemaah berdoa secara sendirian.

Apa bezanya?

Di Malaysia, akan ada bacaan Talkin.  Ini yang mengganggu fikiran aku sekejap.  'Mana talkin nya?' - getus hati aku.  Kenapa disini tiada dan di Malaysia pula ada.  Apakah ajaran Nabi Muhammad S.A.W yang sebenarnya.  Atau pendek kata, apakah Sunnah yang sebenarnya?

Itu baru satu.  Yang keduanya ialah tidak dibenarkan wanita ziarah tanah perkuburan.  Malah diharamkan.  Terfikir sejenak.  Di Malaysia, selamba sahaja masuk. Bagaimana pula tu?

Ketiga.  Batu Nisan yang tidak 'bernama' dan tidak tercatit pengenalan si Mati.  Di Malaysia, kalau boleh tentulah kena ada.  Jika tidak, boleh jadi terlupa mahupun tersalah ziarah.

Bukanlah aku hendak menyalahkan fahaman atau jangan pula korang anggap aku ni pengikut Wahabi (seperti seolah-olah Wahabi itu satu kesalahan) pula.  Tapi aku terfikir, adakah apa yang orang Arab Madinah dan Makkah buat itu bersumberkan sunnah nabi dan disebabkan nabi berketurunan Arab, maka orang Arab Madinah dan Makkah tentunya lebih mengetahui apakah sunnah Nabi yang sebenar. Wallahualam.

Jika benar apa yang aku nampak di Madinah dan Makkah itu adalah sunnah nabi yang sebenar, apakah wajar untuk kita amalkannya di Malaysia? Seperti di Makkah dan Madinah?  Hati kecil aku berkata wajar sekali kerana aku percayakan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.  Tapi mengapa berbeza sekali di Malaysia.
Pengkebumian selepas Solat Isyaq

Isu Bidaah

Dalam bahasa Inggeris disebut 'Innovation'.  Innovation means creating something.  Dosa bidaah aku tidak mahu bahaskan.  Ramai cerdik pandai Fikah yang boleh membincangkan isu ini.  Tapi sekiranya apa yang diamalkan di Malaysia adalah bidaah.  Adakah wajar kita hentikan dan kembali kepada ajaran sunnah yang sebenar? Tidakkah?  Jika aku hendak berbicara dengan ustaz tentang isu inipun bukan hendak menunjukkan aku lebih alim atau telah berkesempatan menyempurnakan rukun Islam aku. Semua pun tahu, amalan kita perlu selalu ditingkatkan.  Perlu penjelasan dan belajar.  Pendek kata, bukan lepas pergi Haji boleh rasa diri sudah lengkap dan tarik hand brake.  No, kita kena boleh berdakwah walaupun sedikit sahaja.  Kata Nabi S.A.W, 'Sebarkan kata-kataku walaupun hanya sebaris ayat'.

Kalau isu ini aku katakan pada Pak Imam kariah aku dan tetiba mencadangkan supaya jangan diadakan talkin, tidak diletakkan nama atas nisan dan wanita ditegah dari ziarah ke kubur, agak-agak apa reaksi diorang?  Tentunya aku akan dicop bukan-bukan.  Maybe.  Sebab aku pun tak berani berkata-kata namun yang aku harapkan adalah mereka Pak Imam (jika yang sudah pergi Haji) harapnya dapat berlaku adil dengan ilmu dan pemerhatian daripada ibadah haji tersebut dan jika yang belum pergi nasihat aku, janganlah mengikut orang.  Berjalanlah di bumi tanah suci itu, bertanya, mengalami sendiri dan muhasabah sejenak, apakah yang kita di Malaysia amalkan ini benar-benar tuntutan sunnah Rasullullah S.A.W ataupun tidak.

Pemandangan selepas Solat Subuh
Jika bukan, tidak hairanlah masyarakat sekarang rasa berat hendak beribadah.  Sebab banyak yang bukan sepatutnya.  Sebab di sana ibadah itu mudah. Short and sharp.  Tidak meleret-leret mahupun menjemukan.  Sesungguhnya Islam itu mudah, tidak menyusahkan. Ada satu riwayat ketika Nabi S.A.W masuk ke masjid dan baginda dapati ada seutas tali di pasang memanjang di atas tiang. Nabi bertanya milik siapakah tali ini dan untuk apakah ia? Jawab sahabat, ia kepunyaan wanita itu (saya lupa namanya) dan ia digunakan untuk dia berpegang supaya dia dapat berdiri untuk bersolat.  Lantas baginda menjawab, putuskan tali ini dan katakan kepada wanita tersebut. Berehatlah, sesungguhnya Islam itu mudah dan tidak pula memaksa.  Sebaik-baik amalan adalah yang sedikit tetapi istiqamah.  Lihat.  Mudahnya Islam.

Rasional disebalik tegahan.

1.  Mengapa wanita diharamkan ke tanah perkuburan?  Alasannya adalah untuk tidak mengganggu emosi wanita yang lemah dan boleh terlebih-lebih.  Tanah perkuburan bukanlah tempat untuk bermuram durja atau bermandikan air mata.

2.  Tiada penanda pada batu nisan.  Alasannya adalah tidak digalakkan untuk kita berdoa hanya kepada ahli keluarga atau jenazah yang kita kenal sahaja.  Islam mengajar kita untuk mendoakan kepada semua jenazah yang dikebumikan di sesuatu tanah perkuburan.  Lihat, indahnya Islam mengajar kita supaya tidak mementingkan ahli keluarga sendiri bahkan dianjurkan berdoa untuk semua jenazah apatah lagi selepas solat Fardhu dianjurkan berdoa untuk seluruh kaum muslimin dan muslimat.

3. Tiada talkin. Alasannya adalah untuk mengikut sunnah menyegerakan pengkebumian jenazah tersebut.  Tapi aku nampak logik mengapa di Malaysia ada talkin, mungkin kerana di Malaysia kita 'jarang' mengingati mati sepertimana di Madinah dan Makkah yang hampir setiap kali selepas solat Fardhu akan ada solat jenazah, maka ingatan terhadap kematian itu selalu.  Maka tidak dipanjangkan untuk diadakan talkin. Di Malaysia jarang ada kematian seperti mana mereka, maka untuk mendapatkan fadhilat mengingati kematian, maka masyarakat kita menganjurkan talkin agar hadirin yang ada dapat mendapat pengajaran darinya.

Wallahualam.  

p/s : Pada yang ada kelebihan ilmu agama boleh komen dan berikan penjelasan. Boleh berdiskusi secara baik dan ilmiah.

9 comments:

  1. Good point bro! Masalahnya disini, sebarang pandangan sukar dibincangkan akibat kejumudan pemikiran masyarakat kita. Lagipun, ramai dari kita menjalankan ibadah secara ikut-ikutan tanpa memahami hikmah pelaksanaannya. Tambahan pula, di Malaysia tidak digalakkan perbezaan pendapat. Malah orang yang bertanyakan pula akan dilabel macam-macam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendapat saya bukan tidak digalakkan berbeza pendapat, apa yang lebih penting apa titik pertemuan dan kesamaan yang boleh kita dapat hasil muzakarah atau perbincangan tadi. tidak lain dan bukan adalah apa yang di ajar oleh Nabi S.A.W

      Delete
  2. harap ada ustaz yang menerangkan dengan jelas. ada rasional apa yang bro terangkan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, pandangan mereka amat saya alu-alukan. Ia adalah salah satu tuntutan juga. Tanggungjawab untuk menerangkan. Mereka perlu adil dengan ilmu agama yang Allah pinjamkan kepada mereka. Ajarkan dan jelaskan pada kita semua.

      Delete
  3. kalau ditanya, soalan perlu ke tidak ikut sunnah Nabi...jawapan saya harus.

    kenapa? fahamkan dan belajar tafsir Al-Quran dengan guru yang bersanad. InsyaAllah makin dalam rasa cinta pada Rasulullah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakah hukumnya hanya harus utk yg menggelar diri Ahli Sunnah Wal Jamaah?

      Delete
  4. Artikel menarik. Dari artikel ini, boleh saya simpulkan mmg terdapat byk sekali perkara baru dalam agama, yg Nabi saw tak pernah buat, yg telah dijadikan amalan beratus tahun, malah lebih dari seribu tahun, selepas kewafatan Nabi saw. Saya akan cuba senaraikan satu persatu perkara baru dlm agama itu;
    1. Solat sunat tarawikh berjemaah. Nabi saw tak pernah buat, tapi solat tarawikh berjemaah ini dimulakan pada zaman Saidina Umar r.a.
    2. Maulidul Rasul. Tiada satu hadith menyebut tentang sambutan Maulidur Rasul. Tetapi ia telah dilakukan sejak zaman berzaman. Para imam mazhab yg 4 semuanya menyuruh para pengikut mereka menyambut maulidur rasul. Adakah mereka, para imam yg 4 ini, yg menghafal beratus ribu, malah ada yg menghafal berjuta hadith, ada yg tidak pernah tidur malam sejak muda sehingga wafat melakukan ibadat padaNya, yg telah mengarang beratus kitab yg menjadi rujukan umat Islam sehingga hari ini, yg mengkhatam alquran sehari sekali, yg byk berpuasa dan beribadat dan berzikir, tidak tahu perkara ini (menyambut maulidur rasul) adalah perkara yg tidak ada dalilnya?
    3. Menggunakan jam sbg penentu waktu. Nabi saw tak pernah menyuruh umatnya pakai jam utk menentukan waktu solat fardhu. Jadi para imam zaman kini, tidak kira di mekah atau madinah, telah melakukan perkara baru dlm agama yg tidak pernah Nabi saw lakukan?
    4. Melaungkan azan dua kali pada waktu solat jumaat. Nabi saw tidak pernah melakukannya, tetapi Saidina Uthman r.a yg memulakannya pada zaman pemerintahan beliau. Adakah saidina uthman itu melakukan perkara baru dlm agama?
    5. Di mekah, pemerintah melarang mendirikan binaan di atas kubur kerana ada hadithnya. Tetapi, boleh pula mereka bina monumen diatas kuburan para pemerintah mereka yg terdahulu?
    6. Lafaz niat ketika hendak solat. Nabi tak pernah buat. Imam kat mekah skg ni rasanya tak lafaz niat ketika hendak solat. Tapi ia dianjurkan oleh Imam Syafie, yg dikarang didlm kitabnya dan dianjurkan dlm mazhabnya (kalau tak silap). Adakah mereka yg bermazhab syafie dan imam syafie melakukan perkara baru dlm agama?
    7. Ada satu perkara yg lagi hebat. Keempat-empat mazhab, dari mazhab maliki, hambali, hanafi, dan syafie, semuanya menyatakan masuknya waktu asar ialah apabila matahari memancar pada satu objek, dan bayang2 yg terhasil adalah (minimum) dua kali panjang objek tersebut. Maksudnya jika panjang objek ialah satu meter, maka bayang2 yg terhasil bersamaan dgn 2 meter. Ketika itu barulah masuk waktu asar yg sebenar. Dan itu dari mazhab maliki. Mazhab lain (syafie, hambali, hanafi) ada menyatakan bayang2 itu 3 kali panjang objek, baru masuk waktu asar. Dan semuanya ada dalil dan nas2nya yg disebutkan dlm hadith dan ijmak ulama. Dgn erti kata lain, kalau di malaysia, masuknya waktu asar spt yg dinyatakan oleh mazhab yg empat ini, adalah paling cepat pun pkl 5.15 petang. TAPI, asar di malaysia ini, pkl 4.30 petang pun dah masuk. Saya sendiri pernah buat ukuran bayang2 menggunakan pembaris, panjang bayang2 yg terhasil tak sampai pun dua kali panjang pembaris, malah mungkin dlm satu stgh kali panjang shj bayang2 yg terhasil. Jadi, kebanyakan umat islam dimalaysia ni pakai dalil mana waktu asar masuk pkl 4.30 ptg?
    Banyak lagi sebenarnya 'perkara baru' dlm agama yg tidak dilakukan Nabi saw, tetapi dilakukan oleh para solihin selepas itu....adakah mereka ini mengada-adakan perkara baru dlm agama?
    p/s: saya dah jumpa jawapan utk semua soalan2 diatas, hasil dari berguru dgn seorang guru mursyid lagi murabbi. Ingat, Islam tidak diajar hanya dari kitab shj, tetapi mesti berguru. Fikirkan mengapa Allah tidak terus turunkan kitab Al-Quran terus dlm satu kitab, tetapi sedikit demi sedikit, ayat demi ayat, kpd Nabi saw, dan Nabi saw mengajarkannya pada para sahabat r.a, dan para sahabat r.a mengajar pada para tabi'in, dan seterusnya sampai kini. Ilmu agama tidak diambil dari internet, dan takkan ada ilmuan yg tsiqah dlm penyampaian ilmunya akan jawab soalan2 dlm artikel awak ini, dan jika ada, ia tidak akan menyerap dan bersemadi dlm hati org yg membacanya, melainkan dgn jalan berguru utk mendalami ilmu agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana komen yg begitu panjang. Komen yg lebih byk menimbulkan persoalan dari penjelasan. Tapi xmengapa. Itu pendapat saudara. Selagi tiada dalil dikepilkan sekali maka amat sukar untuk saya membuat cross referrence dgn guru-guru agama saya. Apa2pun manusia ada khilafnya. Sehinggakan Nabi Muhammad SAW pernah bersabda; Di akhir zaman nanti, mereka yg mengikuti sunnah aku seperti seadanya akan di anggap pelik. Wallahualam. May Allah grant us understanding and His Mercy

      Delete