Pages

agoda.com INT Lazada MY

Bukan Semua Memahami

Sekarang ni seronokla mereka yang menyokong parti pembangkang. 
 'Kan aku dah kata, kerajaan suka naikkan harga barang, tgk.  Ni la hasilnya sebab korang yang undi, tak pasal-pasal ktorang pun terkena'..  Tersenyum aku bila mendengar perbualan di meja kopi warung pejabat aku.  Aku sengih dan dalam hati berkata, 'Ok, here we go all again.  Discussing things that never ending' sambil hirup kopi panas dan menikmati haruman auromanya.

'Tu la ko jadi lagi Macai UMNO, undi ko tu tak boleh selamatkan ko dari bayar tol, bil api, minyak dan etc' -  Kata penyokong PR

'Ntahlah, macam menyesal pula aku sokong BN aritu, tak sangka sangat diorang nak naikkan benda secara mendadak tapi aku taknak sokong PR sebab..........'  Kata penyokong BN

Hmmm.... Dalam hidup sebagai rakyat Malaysia ini memang tak akan lekang dari butiran perbualan sebegini.  Pada aku, memang aku turut terasa beban kenaikan harga barang seperti minyak, tol dan elektrik.  Tambahan pula ada ura-ura nak naikkan tambang bas, LRT dan yuran sekolah tadika.  Yuran tadika anak aku dah memang naik RM 10 sebulan.  Aku juga marah, kecewa dan sakit hati bila semua ini berlaku terlalu cepat.  Di tambah pula dengan statement menteri yang pada aku sangat tidak matang dan menampakkan kecetekkan tahap mendalami masalah rakyat yang sebenar-benarnya.  

Tidak boleh terus menjawab, ' Tak suka, tak payah itu dan ini'...  Inikah kualiti menteri sekarang.  Hendak ambil mudah.  Aku ingatkan jika menteri tu adalah dari kolongan korporat lebih lagi professional jawapannya dan bernas.  Ini tidak.  Itu pula yang dijawabnya kepada rakyat.  Kecewa.  Serius kecewa.  Mengarut pun ada.

Bagus juga ada pembangkang macam saudara Rafizi Ramli.  Aku suka cara dia address sesuatu isu.  Ada fakta dann nampak homework yang telah dibuat.  Teringat satu video klip seorang timbalan menteri terkial-kial nak menjawab soalan daripada pembangkang.  Pada aku tak salah jika tak tahu jawapannya, tapi jawaplah dengan professional seperti kajian lanjut akan dibuat dan dihebahkan kepada umum.  Sekiranya pembangkang ada cadangan, bolehla utarakannya.

Pembangkang pula jangan dok asyik baling spannar je dalam parlimen dan dewan rakyat.  Wakil rakyat ni bukan semuanya bijak pandai.  Mereka ni happen to be popular dan disenangi penduduk di tempat bertanding.  Tahap IQ belum tentu lagi tinggi.  Tapi mungkin kerja yang dilakukan baik.

Aku sedih bila tengok wakil rakyat kerajaan dan pembangkang bertekak dalam parlimen tetapi masalah tak juga selesai.  Rakyat bodoh je dimainkan oleh wakil rakyat masing-masing.  Apa salahnya mereka ini tolong menolong.  Tak boleh ker? Ego sangat tinggi mungkin?  Jika buat dengan ikhlas dan baik, tentunya Allah akan bantu dan murahkan rezeki mereka.  Tapi bergaduh dan tidak mahu bertolak ansur, maka tahap Malaysia sampai macam ni jerla.  Tak akan jadipun negara maju.  Mundur dari segi tahap berfikir dan bertindak.

Entahlah, personally.  Aku memang suka Rafizi Ramli. Bertuahlah parti mana yang memiliki orang muda mcm beliau.  Malaysia perlukan orang2 macam beliau.