Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Daftar Rumah PR1MA

Ramai di luar sana tu yang mencari-cari rumah untuk didiami.  Semestinya rumah yang diingini selesa dan sesuai dengan status pendapatan kita.  Iyalah, untuk membayar balik pinjaman hendaklah diteliti tahap kesihatan pendapatan seisi rumah.  Jika hendak beli rumah lelong, mungkin kawasan dan tempat yang tidak sesuai dengan jiwa kita.  Mungkin kena tambah lagi kos pembaikan dan seumpamanya.  Hidden cost banyak katanya.


Itulah situasi kita di Malaysia sekarang ini.  Diakui memang susah hendak dapatkan rumah yang kena dengan citarasa dan kemampuan kita.  Semuanya melambung mahal.  Sehinggakan ke tahap tak masuk akal.  Oleh itu, jika ada peluang dan ruang yang terhidang, apa salahnya.  Ambil sahaja.  Seperti contoh inisiatif rumah PR1MA yang diperkenalkan oleh kerajaan.  Lupakan soal ketidaktelusan atau sebagainya,  daftar sahaja dan berdoa.  Jika ada rezeki, mungkin rumah yang bakal anda miliki selesa dan dalam baget ahli keluarga anda.  Tak salah mencuba sebenarnya.  

So, kepada yang belum pernah ada rumah, eloklah daftar.  Rumah ini penting untuk sebuah keluarga.  Paling tidak ada tempat untuk berteduh dan membesarkan anak-anak.  Jangan buang duit beli kereta dan benda-benda yang menambahkan hutang tidak baik.  Hati-hati dalam berbelanja.

Layari website ini untuk keterangan selanjutnya.  PRIMA