Pages

agoda.com INT Lazada MY

Peluang - Antara Nikmat & Dugaan (Pelangi Residence - Versi CSRU)

Sebenarnya beberapa hari lepas isteri ada mengatakan yang surat tawaran untuk memiliki kediaman teres dibawah peruntukan Civil Servant Reserve Unit daripada Jabatan Perdana Menteri telah diterima.  Untuk sesiapa yang tidak familiar dengan CSRU, ia sebenarnya adalah peluang untuk memiliki kediaman di Putrajaya dengan diskaun 25% lebih murah daripada harga semasa (jualan).  Memang niat untuk memiliki rumah sendiri daripada tinggal di kuarter di sini memandangkan elaun rumah turut dipotong namun tiada rumah atau hartanah dapat dimiliki.  Kami bercadang untuk mohon unit CSRU dan tunggu peluang sekiranya ada.


Alhamdulillah :)
Ramai yang sudah sedia maklum bahawa pemaju utama di Putrajaya adalah Putrajaya Holdings Berhad (PjH) iaitu susidiari syarikat PETRONAS.  Sudah agak lama aku teringinkan rumah di Putrajaya memandangkan suasananya yang tenang tenteram dan kemas. Namun apakan daya waktu aku mula pindah ke sini tiada unit yang mampu aku beli tetapi Alhamdulillah, masih lagi mampu beli pangsapuri yang kini menjadi tempat tinggal kami sekeluarga.  Itupun secara kebetulan.  Mana mampu sewa disini dengan memikirkan hanya memberi sewa (duit) kepada orang lain tanpa hasil (rumah).  

Ketika aku di Makkah tempoh hari, memang ada berdoa agar diberikan rezeki (rumah) yang sedikit selesa untuk anak-anak aku.  Namun, aku tidak menyangka sebegini cepat peluang tersebut hadir, ketika aku kekeringan wang dan sumber.  Agak sedikit tertekan juga, dan aku tidak mahu salahkan sesiapa.  Sebab sudah tentu ada rahmat dan hikmahnya sesuatu yang berlaku. Yerla, harga rumah sebelum diskaun adalah RM 640k dan selepas diskaun adalah RM 458k.  Yang tak laratnya adalah downpayment 10% yang perlu dibayar sebelum S&P dikeluarkan.  Dalam RM 50k juga nak kena dulukan cash.  Mana ada lagi cash ketika ini.

Itu yang dikatakan Peluang - Antara Nikmat & Dugaan.

Maka terpaksalah aku buat keputusan yang besar yang belum pernah aku lakukan.  Iaitu jual salah satu hartanah yang aku ada.  Aku telah iklankan rumah untuk dijual di Taman LTAT, Bukit Jalil.  Memang strategik kawasan tersebut.  Tapi aku terpaksa let go rumah tu untuk beri ruang udara kepada kedudukan financial aku dan at the same time boleh rearrange financial plan keluarga aku semula. Jika berminat nak tahu klik link ini. http://www.mudah.my/vi/24758535.htm

Semoga plan keluarga aku berhasil.  InsyaAllah.  :)