Pages

agoda.com INT Lazada MY

Terfikir Sejenak

Assalammualaikum w.b.t.

Aku ada satu habit yang memang dari aku kecil aku suka buat.  Habit itu ialah melihat awan.  Terutamanya awan yang gebu di tengah hari yang terang benderang berlatar belakangkan langit yang membiru.  Bayangkan  jika melihat awan itu di pulau percutian yang berpantaikan air yang jernih dan daun kelapa yang sering melambai.  Subhanallah.  Sungguh kagum dengan keindahan dan nikmat melihat daripada pancaindera mata kurniaan Allah S.W.T.

Itu satu habit aku yang prominent.  Ada satu lagi, adalah aku suka berimaginasi terutamanya diwaktu lapang. Especially ketika hendak ke tempat kerja dan balik kerja.  Kiranya waktu memandu la.  To kill time la katakan.  Semenjak dua menjak ini, aku kadangkala terfikir apakah perasaannya diri ini menjadi rakyat kepada pemerintah yang berstatus nabi seperti menjadi rakyat Mesir ketika rajanya adalah Nabi Yusuf a.s.  Paling tidak pun, menjadi insan yang hidup dalam generasi Nabi Muhammad S.A.W.  Tentunya kita berasa lebih aman dan tenteram.  Segala-galanya ada penyelesaian dan noktah.  Sebarang kekhilafan atau masalah boleh diselesaikan sebab kita tahu jawapan daripada nabi-nabi ini adalah daripada wahyu Allah S.W.T.

Perasaan ini cuma seketika mungkin.  Sebab aku kecewa dengan pemerintah Malaysia sekarang.  Seolah-olah tidak langsung memahami keperitan rakyat marhaen.  Aku tak kisah isu tol atau tarif TNB dinaikkan jika jawapan yang diberikan logik dan boleh diterima akal.  Namun, hampa.  Jawapan mereka mudah sekali, jika tak setuju atau suka, tak payah guna atau pindah negeri lain.  Inikah kualiti seorang menteri.  Belajar sudah tinggi, tapi jawapan macam tidak berpendidikan langsung.  Sedih aku bila memerhatikan staf-staf aku yang tentunya lagi terhimpit dengan segala macam yang akan dan telah dinaikkan ini.

Kenapakah isu-isu seperti NFC atau kes rasuah lain tidak dibanteras dan diadili sebaiknya dan cepat?  Sehinggakan mereka-mereka boleh terlepas begitu sahaja disebabkan masa yang diambil terlampau panjang.  Rakyat pun jadi malas nak ikut dah isu2 tersebut.  Bijak betul politician memainkan peranan mereka.  Aku just harap pemerintah kita ini adil.  Itu sahaja, jika tidak, memang berat balasannya.