Pages

agoda.com INT Lazada MY

Aku Tak Punya Azam

Jujur aku kata yang aku tak pernah nak ada target spesifik dalam hidup.  Aku jenis yang tak tetapkan target di awal tahun dan try untuk achieve target tersebut.  Maybe aku ni bukan style seorang leader kot.  Hanya lagak seperti manager yang try untuk capai target 'orang lain' yang telah tetapkan target2 tersebut.  Sebagai contoh, aku akan try to meet organsisasi punya target.  Kalau target peribadi takdela aku nak buatnya.

Pada aku, target aku tersangatlah short term, im promtu dan sekelip mata. Aku sering letakkan matlamat atau goal mengikut suasana semasa.  Jika ada rezeki untuk aku capai maka aku akan amik.  Jika takde, aku pun xsangap nak try to capai jugak.  Hidup ini aku rasakan lebih daripada sekadar impian dan angan-angan. Lebih daripada target-target yang ditetapkan.  Entahlah, hidup aku ibarat layang-layang yang dilepaskan talinya. Bila nampak burung, aku elak.  Bila angin di langit deras aku try bertahan. Dan yang paling penting tali layang-layang aku tidak terlepas dari tangan yang menggengam.  Agar jika nampak aku tak boleh bertahan atau hanyut di awan-awangan, adalah insan yang dapat merentap tali tersebut agar aku kembali ke bawah ke bumi yang nyata.

Kalau masih ada yang tanya apa azam aku tahun ni,  simple je jawapannya.  Mcm yang lepas-lepas.  Heh.  Tapi Islam ada ajar kita agar untuk pastikan hari ini lebih baik daripada semalam.  Sebenarnya itulah azam kita sebagai umat Islam.  Bukannya setiap tahun baru nak ada azam, tapi perlulah setiap hari kot. Namun, azam atau tidak masih terserah kepada pilihan kita. Jika dengan azam kita menjadi yang lebih baik dari semalam, maka baik untuk siapa yang memilikinya.  Jika tiada azam tertulis atau ternyata tapi masih berusaha untuk menjadi yang lebih baik, maka itupun baik juga.

Asalkan kita menjadi yang lebih baik maka syukurlah. Itu yang sebaik-baiknya.

To be a better Muslim.  InsyaAllah.