Pages

agoda.com INT Lazada MY

Anekdot Kembali ke 'Sekolah'

Alhamdulillah.  Segala syukur hanya pada Allah S.W.T. Yang maha agong dan maha berkuasa.


Semoga ada lagi rezeki untuk pergi lagi bersama isteri dan anak-anak
Perasaan sangat teruja dan tidak sabar untuk kembali belajar.  Sebenarnya aku perlu mendaftar kursus master ini pada bulan 9 tahun lepas namun aku terpaksa tangguhkannya untuk berikan kesempatan kepada ibadah haji bersama ibu dan adik aku.  Alhamdulillah.  Walaupun pemergian mengerjakan haji itu bukanlah dirancang, tapi aku amat gembira kerana telah merasai kenikmatan menyempurnakan ibadah rukun islam yang kelima tersebut.




Ibuku, syurgaku
Itulah, manusia hanya mampu merancang, Allah S.W.T jualah yang menentukannya sama ada sesuatu yang dirancang itu berlaku atau tidak.  Rasa berdosa kerana tidak memikirkan untuk melaksanakan ibadah haji sebagai matlamat utama.  Malah, lebih rela mengejar dunia semata.  Begini, bukanlah tidak memikirkan untuk melakukan ibadah haji. Tapi, sebagai manusia biasa, lebih mendahulukan dunia ie kerjaya, kewangan dan keluarga.  Memang rasa terpaksa mengerjakan haji tempoh hari namun ia menerbitkan rasa gembira, riang dan syukur yang teramat sangat.  Lebih-lebih lagi bilamana dapat melawat makam Rasulullah S.A.W yang amat dirindui umat Islam.  Benar, tangisan demi tangisan di Masjid Nabawi mengenangkan kembali betapa berlagaknya aku hinggakan meminggirkan keutamaan ini.  Terasa kerdil dan hina di sisi Rasululullah walaupun baginda telah wafat.  Ingatan terhadap diri sendiri yang sering menerjah sering mengingatkan bahawa tiada kuasa yang maha besar melainkan kuasa Allah S.W.T.  Sekiranya Dia menginginkan sesuatu terjadi kepada hambanya, maka jadilah ia.  Tiada tertangguh-tangguh. Tiada siapa yang dapat halang.

Adikku, teman mainku :p
Masih lagi aku terkenang ketika arwah ayah mewasiatkan agar aku menemai ibu ke tanah suci untuk mengerjakan haji, aku kaget.  Ia diluar fikiran dan plan hidup aku ketika itu.  Yang ada hanyalah plan aku untuk menyambung pelajaran ke peringkat Master.  Itu sahaja. Langsung tidak terlintas untuk ke Tanah Suci dalam masa terdekat.  Namun, telah menjadi amalan aku dari dulu hingga kini yang aku akan cuba sebaik mungkin untuk menyempurnakan hajat ibu.  Jika setelah usaha, aku gagal.  Maka aku telah puas hati kerana pada aku, aku setidak-tidaknya berusaha untuk ke arah matlamat atau hajat ibu.  Memang benar ibuku begitu penting dalam hidup.  Jika tidak, tidaklah ada pepatah yang mengatakan ' Syurga itu dibawah telapak kaki ibu'.  Semua mahu masuk syurga bukan?  Dan kuncinya adalah agama Islam dan ibu.  Sepanjang hidup aku, sudah 2 kali aku diduga sama ada untuk mentaati kehendak ibu atau tidak.  Yang pertama adalah ketika arwah ayah dan ibu hendakkan aku menjadi seorang doktor.  Padahal pada ketika itu, aku tak suka bidang itu.  Yang aku minat adalah samaada menjadi pilot jet pejuang atau askar.  Namun, untuk tidak menghampakan ibu dan bapa aku, setelah berusaha dan berjuang untuk mendapat gred yang baik dalam matrikulasi, aku tunjukkan kepada ibu bapa aku borang pemilihan kursus dan universiti.  Ketika itu ada 7 pilihan dan seingat aku, lima darinya aku letak kursus perubatan dari 5 buah universiti tempatan yang menawarkannya.  Yang lagi 2 tu aku hantam sahaja.  Setelah mereka berpuas hati tentang pemilihan aku, aku katakan kepada mereka, selepas ini jika aku dapat kursus yang lain dari perubatan, maka ia adalah keputusan muktamad dari Yang Esa. Allah S.W.T

Bersama sahabat di salah sebuah farmasi di Masjidil Haram
Benar, Allah S.W.T tidak benarkan aku jadi doktor. Instead, dia bagi aku peluang untuk jadi Pharmacist di UiTM sedangkan aku langsung tidak memilih UiTM kerana tiada dalam pilihan yang ada.  Aku tak nampak natijahnya.  Lalu aku lalui dunia mahasiswa sebagai pelajar jurusan farmasi di UiTM. Sambil-sambil tu aku belek surat khabar dan ketika itu ada tawaran biasiswa ATMA.  Aku try apply dan selepas temuduga dan ujian kecergasan dilakukan, aku terpilih sedangkan aku telah dapat tawaran JPA awal lagi daripada biasiswa ATMA.  Tahun 2006 aku grad dan bermulalah hidup sebagai Pharmacist. Aku bahagia sebabnya aku tahu, ianya bidang yang Allah S.W.T sendiri pilih untuk aku. Alhamdulillah.  Senang diterima dalam pasaran pekerjaan. Semuanya smooth. Dan atas sebab aku mengambil biasiswa ATMA, maka aku terpaksa serve the Armed Forces selama 10 tahun dengan memakai uniform.  Dunia awam terpaksa aku tinggalkan dan myKad bertukar ke myTentera.  Aku just follow arus ketetapan hidup aku.  Tiada yang aku create sendiri dan letakkannya sebagai matlamat utama.  Semuanya fleksibel dan adaptable.  Ibu dan ayah aku gembira aku punya kerjaya dan Alhamdulillah mampu berbakti kepada mereka walaupun bukan sebagai seorang doktor.

Dan kali kedua aku diuji adalah tika mana arwah ayah berhajat agar aku menemai ibu ke Makkah untuk mengerjakan haji.  Wow!...it's really a wake up call for me.  Ketika ini agak sukar kerana aku sudah berumah tangga dan memiliki 2 orang cahaya mata.  Benar aku sayangkan famili aku namun aku masih lagi sedar yang tanggungjawab aku terhadap ibu tidak akan putus dan atas sebab itulah aku kembali kepada diri aku yang aku pernah kenal dulu, always utamakan ibu.  Maka atas sebab itu aku lakukan perkara berikutnya seperti menguruskan jenazah arwah sebaiknya, memohon pertukaran nama kepada Tabung Haji (TH) walaupun gagal dan sekali lagi membuat rayuan sebagai mahram ibu.  Pada fikiran aku ketika itu, aku ini adalah mahram ibu.  Ibu juga sentiasa berdoa dan terus berdoa agar aku berkesempatan untuk ke tanah suci menjaga ibu dan mengerjakan haji.  Atas kehendak Allah S.W.T, permohonan aku diterima.  Ibu dan adik perempuanku gembira namun aku masih ralat kerana tak tahu bagaimana hendak menerangkan kepada isteri dan anak-anak.  Kalau boleh, aku tidak mahu jadi suami yang diktator yang mana semua keputusan aku buat dan tiada siapa boleh bantah dan tiada perbincangan.  Aku melalui detik-detik ralat yang teramat untuk menerangkan dan membuatkan isteri aku faham.  Sebenarnya isteri aku faham namun semuanya bagai berlaku begitu pantas. Teramat pantas.  Tanpa boleh menarik nafas dengan baik satu demi satu perkara perlu di uruskan.  Seriusly aku pun pening.  But one thing, just follow the current. Itu yang aku buat.  Sebab aku tak mampu hendak uruskan semua benda, maka aku kembalikan semuanya kepada Allah S.W.T dengan berdoa dan berharap agar doa aku Allah S.W.T angkat dan perkenankan.

Selawat dan salam ke atasmu wahai kekasih Allah S.W.T
Detik untuk menguruskan urusan famili, kerjaya dan diri amat kritikal ketika ini.  Waktu ini lah juga nikmat dan dugaan datang silih berganti.  Fakulti Farmasi, UiTM call aku katanya aku perlu datang ke fakulti untuk temuduga pelajar.  Aku hadir tanpa preparation.  Dengan hanya sijil-sijil dan beruniform aku lenggang saja ke kamar temuduga.  Aku pun kelu nak menjawab soalan demi soalan daripada prof-prof di sana.  Ketika ini, aku berserah sahaja kepada Allah S.W.T.  Kalau aku diterima, Alhamdulillah.  Jika tidak, aku gembira dapat sekali lagi berbakti kepada ibu.  Dan itu yang utama sebab lambat laun aku akan melanjutkan pelajaran akhirnya. Selesai ditemuduga, aku melahirkan hasrat yang aku mungkin terpaksa tolak peluang ini sebab tarikh dan masa untuk memulakan pengajian bertindih dengan musim haji tahun lepas. Dan jika aku diberi peluang untuk tangguh sebulan untuk selesaikan ibadah haji, aku rela catch up semula pelajaran yang tertinggal. To my surprise, insan yang menemuduga aku juga terkesan dengan hajat yang aku utarakan, malah mereka jualah yang menyarankan agar aku tangguhkan pelajaran daripada memulakan pengajian pada bulan September kepada bulan March 2014.  Alhamdulillah.  Syukur aku hanya pada Allah S.W.T.  Dan itulah juga tindakan yang aku lakukan.  Membuat proses penangguhan.

Dan kini, plan aku untuk menyambung pengajian bertaut kembali.  Aku akan kembali ke UiTM.  Institusi yang memberikan peluang untuk aku bergelar pharmacist. Dan aku masih lagi terkesima dengan kuasa Allah S.W.T.  Instead dia hanya berikan aku peluang untuk melanjutkan pelajaran di universiti dunia, aku turut diberikan peluang untuk belajar ilmu ibadah di 2 tanah suci yang terpelihara. Begitulah dan benarlah ayat-ayat dalam Al-Quran. 
Alhamdulillah :)

'Sesungguhnya keadaan kekuasaanNYA apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: "Jadilah engkau!". Maka ia terus menjadi' - ayat 82 surah Yasin.

Aku adalah hambaMU.  Tiada upaya dan daya tanpa pertolongan dariMu.  Syukur ke atas segala nikmat dan dugaan yang telah dikurniakan.  Ia membuatkanku rasa benar-benar 'manusia'.  

Dan ini adalah kisah aku.

5 comments:

  1. setiap ujianNya pasti ada hikmatnya. semoga bro dipermudahkan masa sambung belajar nanti,

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. dapat jejakkan kaki ke rumah Allah. teringin juga hendak ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Mesti akan ada peluangnnya nanti :-bd

      Delete
  3. InsyaAllah..saya akan jejakkan kaki ke sini gak..

    ReplyDelete