Pages

agoda.com INT Lazada MY

Doa Seorang Ayah

Anak-anak.  Pelengkap sebuah perkahwinan.  Dialah impian, dialah ujian dan dia juga adalah nikmat dan rahmat Allah S.W.T.  Anak-anak adalah amanah kita sebagai ibu-bapa.  Kita boleh meraikannya dan menikmati nikmat yang diberikan tanpa lupa ianya juga adalah satu ujian yang besar. Semakin kita tua semakin kita melihat kehidupan pada sudut sisi yang berbeza.  Anak-anak juga adalah amanah dan pelaburan kita.  Bilamana kita sudah tiada, doa anak-anak yang soleh dan solehah inilah yang mampu membantu kita ketika di kubur.  Maka, tanggungjawab kita untuk mendidik anak-anak agar jadi insan yang soleh dan solehah sekaligus berguna untuk masyarakat sekeliling tidak hanya kepada kita semata-mata.

Sungguh hebat dan berat tugas kita sebagai ibu bapa sebenarnya.  

'Ya Allah Ya Tuhanku, aku memohon kepadamu agar diberikan aku kekuatan, kesihatan dan kewarasan dalam mendidik anak-anakku, iaitu anugerah darimu agar menjadi insan yang berguna, yang mampu menempuhi dugaan-dugaan serta cabaran di dunia mu ini mengikut landasan syariat agamamu Ya Allah, sesungguhnya aku tiada daya dan upaya untuk mendidik anak-anakku berseorangan tanpa bantuan dan hidayah darimu.  Maka berikanlah daku hidayah dan kasih sayangmu yang tidak pernah putus kepadaku agar aku mampu berjaya menempuhi dugaanmu ini.  Benar Kaulah yang menentukan segala-galanya, maka tentukanlah Ya Allah agar anak-anakku, isteri dan kaum keluargaku syurga idaman hamba-hambamu Ya Allah.  Berikanlah kasih sayang sesama kami.  Berikanlah kasih sayangmu ke atas seluruh umat Muhammad Ya Allah.  Sesungguhnya aku bersaksi tiada tuhan yang aku sembah melainkanMu dan Nabi Muhammad S.A.W itu adalah pesuruhmu.  Aku dambakan kasih sayangmu, aku dambakan perhatianmu, aku dambakan nikmat-nikmat yang telah engkau janjikan di Syurga.  Semoga aku dan keluargaku Kau angkat menjadi ahli syurgamu Ya Allah'.


I love my family very much. :)

3 comments:

  1. aku pun sayang keluarga aku..aminn.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas doa tu..boleh la copy paste letak dalam doa lepas sembahyang..hehe

    ReplyDelete