Pages

agoda.com INT Lazada MY

Hobi. Noktah.

'Ok, balik nanti tolong buat kerja rumah karangan dengan tajuknya Hobi Saya, panjang karangan tidak kurang 300 patah perkataan' - kata Cikgu Sarah, cikgu kelas aku waktu darjah 4.  Waktu tu aku rasa berat nak buat karangan tu sebab aku pun tak tahu apakah hobi aku ini boleh dianggap 'educated hobby' seperti membaca buku, menonton national geographic ataupun bersukan.  Oleh sebab hobi aku bukan kategori 'berfaedah' maka aku pun tiru sahaja hobi orang lain dengan ayat-ayat goreng seperti biasa.  Jauh dilubuk hati aku, tidak terkesan pun atau tiada rasa ikhlas ketika mengarang.
No man can create this

Gorgeous

Sunset di Sabak Bernam

Sebabnya; hobi aku yang paling aku suka adalah melihat alam.  Kalau aku tulis karangan hobi melihat alam, sudah tentu ketika aku darjah 4 aku tak cukup 'point-point' utama yang boleh aku dapatkan markah semaksimum mungkin.  Jika masa boleh dikembalikan dan soalan yang sama diajukan kepada aku, nescaya aku boleh karang lebih daripada 300 patah perkataan celah gigi je.  Tapi tak adil la kan, nak turn back time, jawab soalan mudah dengan fikiran matang masa depan?? Ala, macam korang juga, sure bila tengok balik soalan UPSR sekarang, korang akan kata, 'Ek Eleh dik, senang gila soalan ni. Itupun tak tau ke'...Sedang adik yang tanya pada korang tu terkebil-kebil, korang pun tak ingat yang korang dulupun tak boleh jawab soalan yang sama. Heh..

Pada aku, aku bersyukur sangat bila aku nak pergi dan balik kerja aku akan lalui kawasan-kawasan yang indah.  Maksud aku pemandangannya cantik.  Baik waktu hujan, panas atau mendung.  Memang cantik dan pelbagai.  Subhanallah.. Indahnya keindahan Allah S.W.T.  Aku sangat enjoy bila lalu MEX cuma yang tak berapa nak enjoy kenaikan harganya nanti la. Balik ke Putrajaya boleh enjoy landskap dia pula.  Dapat pula dalam area kol 6 aku selalu sampai ke Tol Putrajaya, ketika ini jika hari cerah, akan nampak sunset.  Waktu pergi kerja ke KL waktu pagi, boleh tgk sunrise pula.  Cool gila rasa. Aku paling suka kalau awan-awan gebu menampakkan diri di tengah langit yang membiru cantik.  Suasana cerah dan panas yang tidak terik.  Terbaik.  Sangat bersyukur kerana nikmat penglihatan yang Allah S.W.T kurniakan.  Tiada gambar hatta dari kamera DSLR mampu menandingi keaslian paparan gambar pada mata kita.

Aku rasa la kan, kalau aku tulis karangan tu dah hantar pada Cikgu Sarah tentunya mengalir air mata dia terharu dan terkesan dalam benak jiwa dia.  Cumanya ketika aku kecil aku banyak main dan tak sedar akan keindahan alam yang Allah S.W.T ciptakan.  Hahaha....Cuma bila dah tua ni baru nak tersedar.  Tiba-tiba teringat akan kata-kata seorang sahabat baik aku; 'Enjoy Your Life (in a positive way), while u still have it' :)

Hobi korang pula bagaimana?

2 comments: