Pages

agoda.com INT Lazada MY

Kena Rompak Akibat Kad Bisnes

Angel's Trumpet

BURUNDANGA?


Pernah dengar? First time aku dengar.  Dulu waktu belajar subjek Pharmacognosy pun tak come across. Oh ok, dulu aku fail subjek tu.  Terpaksa repeat untuk paper yg kantoi tu. :P

Baru-baru ni dapat mesej daripada group email dan whatsup geng-geng yang ada didalamnya member dari pelbagai agensi termasuklah PDRM.  Mesej ini dihantar dan disuruh sebarkan sebagai langkah berjaga-jaga jika berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali di kawasan yang mungkin kita tidak jangka boleh berlakunya jenayah.  Mesej ini lebih ditumpukan kepada ahli keluarga wanita yang majoriti tahu 'tiada daya' or 'kurang upaya' dari tenaga lelaki (jika lelaki ni penjenayah). Mungkin ini hanyalah HOAX (rujuk link di akhir untuk difahami)

Mesej yang disampaikan adalah ini.
========================================================================
Modus Operandi Jenayah Terbaru Menggunakan Kad Bisnes
========================================================================
Kejadian berlaku distesen minyak apabila seorang perempuan (mangsa) didatangi seorang lelaki yang memperkenalkan sebagai pelukis (or selainnya) dan menawarkan perkhidmatan sambil menyerahkan kad bisness kepada mangsa.  Mangsa tanpa meragui sesuatu terus mengisi minyak tanpa berkata apa-apa namun huluran kad diterima oleh mangsa memandangkan mangsa berasa hormat atau tidak mengesyaki sesuatu.  Selepas sudah mengisi minyak, mangsa terus masuk ke dalam kereta. Dari cermin sisi belakang mangsa mendapati lelaki tersebut turut memasuki kereta yang telah siap menunggu dibelakang dengan pemandu yang lain (maknanya 2 orang penjenayah).
Hampir serta merta, mangsa mula berasa pening dan tidak dapat bernafas dengan baik.  Dia mula membuka tingkap dan menyedari bau yang terbit dari tangannya. Tangan yang sama menerima kad bisnes dari lelaki tadi.  Mangsa terus lihat cermin pandang belakang dan mendapati kereta yang dinaiki lelaki terbabit mengekorinya. Akibat risaukan keselematan, mangsa memandu terus ke kawasan perumahan dan menyembunyikan hon berulang-ulang untuk meminta bantuan.  Kereta yang mengekorinya menyedari tindakan wanita tersebut lalu berhenti dari mengekori mangsa.

Setelah beberapa minit, keadaan mangsa semakin pulih apabila dibantu oleh orang ramai.  Wanita tersebut terus keluar kereta dan dengan bantuan orang ramai wanita tersebut kembali boleh bernafas seperti biasa.  Hasil siasatan polis didapati kad tadi mengandungi sejenis bahan kimia yang dinamakan BURUNDANGA dan ianya sering digunakan untuk melumpuhkan mangsa dalam usaha untuk mencuri, merogol dan pelbagai perkara keji lain.  Oleh yang demikian, berhati-hatila semua.  Malaysia sudah tidak lagi selamat.
========================================================================
Sedikit search dilakukan. Daripada google.  Memang terdapat modus seperti ini digunakan terutamanya di negara latin, Amerika Selatan.  Daripada negara pengeluar dadah terbesar Columbia sampaila Chile dan Mexico.  Bahan kimia tersebut hasil daripada proses pengekstrakkan daripada sejenis tumbuhan yang dinamakan Angel's Trumpet.  Bahan aktif yang menyebabkan mangsa dalam keadaan seduktif adalah Scopolamine.  Sejenis bahan yang digunakan untuk rawatan simptom antaranya motion sickness, loya dan muntah-muntah.

Persoalannya, adakah di Malaysia ini terdapat penjenayah yang mengekstrak sendiri bahan kimia tersebut daripada tumbuhan itu? Paling utama, ada ke di tanam di Malaysia? Yang paling dekat dengan kita adalah Thailand.  Mungkin ada tanam di Malaysia, dan mungkin ada makmal di Malaysia yang produce bahan aktif ini.  Or, ubat ini dibeli di farmasi dan disalah gunakan. Maybe.

Yang paling menakutkan, bahan ini juga boleh diletakkan pada makanan dan minuman. Scary juga benda macam ni boleh berlaku di Malaysia.  

Apa-apapun, berhati-hatila.  Benar kata orang tua-tua, malang tidak berbau. Semoga ahli keluarga dan sahabat handai kita maklum akan perkara ini.  Sebarkan.

Untuk lebih pemahaman: Klik SINI & SINI

Ada yang kata ianya HOAX semata-mata.  Tak tahu mana satu betul dah.  So, kena hati-hati jerla kot :p. Klik SINI untuk yang anti HOAX nyer explaination.

6 comments:

  1. pehh..ini yang takut aku pakai kad bisnes camni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut kenap la bro? takut jadi suspek ker? hihi

      Delete
  2. Saya pernah terpegang bunga ini semasa mendaki gunung Tangkuban Perahu, di Bandung Indonesia. Betul, dalam perjalanan turun dan sebaik tiba di hotel, saya muntah-muntah dan cirit birit. Mula-mula ingatkan sebab salah makan di sebuah restoren, sebelum ini saya memang menyangka restoren tersebut yg sebabkan kami keracunan sehinggalah terbaca blog tuan.

    ReplyDelete
  3. risau pula ada cara macam ni . mintak dijauhkanlah. baru tau jugak.

    ReplyDelete
  4. Haha..orang Malaysia kadang2 tu kreatif tak bertempat..haha

    ReplyDelete