Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Pinjaman Perumahan untuk Anggota Tentera

Dalam dok kalut fikir nak jual ke nak refinance apartment di Bukit Jalil tu, sempat juga aku buat survey interest yang dikenakan oleh bank-bank di Malaysia dengan menggunakan pengiraan daripada website iMoney.  Memang terbaik.  At least dapatlah sedikit input untuk amount yang hendak di refinance kan tu.  Dalam banyak-banyak bank yang ada, kita hanya perlu masukkan amount berapa nak refinance dan tempohnya.  Nanti akan dikirakan bagi pihak anda.  So, roughly boleh agak berapa installment bulan-bulan nanti. Cumanya perlu diingat, untuk refinance dia lain sket.  Katakan rumah korang sekarang harga RM 200k (MV) dan balance kat bank asal ada lagi RM 100k.  Untuk RM 100k extra yang korang nak guna tu tempoh bayar balik hanya selama 10 tahun sahaja.  So, jangan terkeliru dengan pengiraan di iMoney ni.  Sehingga admin iMoney boleh buat separation antara extra cash yang kita perlukan (yang perlu dibayar dalam tempoh 10 tahun) dengan refinance balance baki hutang dengan bank semasa barulah boleh dikatakan dapat tahu installment yang sebenar. Maklumat-maklumat seperti Lock In Period, margin of finance juga disertakan.
Kredit to : iMoney

Bagus jugak ada website macam ni.  Lepas tu pulak, diorang ada sediakan perkhidmatan mortgage consultant.  Just pergi ke ruangan permohonan pinjaman dan bantuan, nanti perlu diisi butir peribadi sket dan no telefon.  Kejap lagi or malam kang ada la orang call korang tanya detail maklumat anda dan kebenaran anda perlukan perkhidmatan diorang.  Jika korang bersetuju, diorang akan minta anda sediakan dokumen-dokumennya dan akan datang berjumpa anda dan uruskan semuanya.  Macam best je kan.  Tapi apa-apapun, dalam nak memohon pinjaman ni kena hati-hati.  Memang best ada sedepuk duit banyak.  Namun it comes with great responsibility.  Setelah lama memikir, aku rasa sekarang masa terbaik aku let go my first property tu.  Agak sedih jugak sebenarnya :(.

Anggota tentera juga tiada masalah untuk meminjam. (Ini antara perbualan aku dengan agen iMoney ni la, which is very contradicting dengan pegawai bank yang aku sendiri tanya direct)  Tapi mana tahu tim iMoney ni boleh dapat short cut approval ke.  Kalau benar, memang untung la anggota tentera yang selama ni terpaksa jadi peminjam koperasi.  At least adalah kebebasan dan pilihan.  Itu sahaja. Pada anggota tentera yang perlukan cash selepas refinance, boleh KLIK SINI untuk maklumat lebih lanjut.

Bila bercakap pasal pelaburan hartanah ni, kadang-kadang terasa nak jadi agen hartanah pun ada.  Nak kena baca ebook agen hartanah la pulak nampak gayanya ni.

5 comments:

  1. memang bagus ni. dah banyak tempat dah boleh buat pinjaman.

    ReplyDelete
  2. betul betul.... bile dok beli2 sewe2 rumah, rase nak jd agen pun ade... tp kalau jd tuan rumah yg rajin pun malas lawat rumah sewe, terpaksa matikan impian tu.. hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komisyen 3% dr harga jual kot. ;)

      Delete
  3. Emm mereka menyenangkan dan memberikan kita lebih kemudahan..hehe

    ReplyDelete
  4. Mcm mane nk bwt ni nk contact cm ne

    ReplyDelete