Pages

agoda.com INT Lazada MY

Risau Anak Tak Pandai Membaca

Ahad lepas sempat la menghadiri seminar galakkan membaca untuk anak-anak yang diadakan oleh Tadika The Little Caliph.  Amat baik dan terkesima juga dengan persembahan daripada pengasas program The Little Caliph.  Memang benar anak-anak kecil ni banyak berimaginasi.  Selalu integrasikan tulisan dengan bunyi dan gambar.  Jika disatukan faktor-faktor ini maka mudahlah anak-anak ni membaca.  Walaupun sebutan nya kelakar diawal pemulaan membaca namun ia secara natural atau tekanan daripada ibu ayah dapat membantu anak-anak kecil mudah membaca.
Sumber
Pendapat aku memang bagus program sebegini yang dianjurkan untuk ibu bapa.  Yerla, jujur aku kata, aku pun xde masa nak mengajar anak membaca.  Satu sebab utama ialah kekangan masa.  Bila balik kerja rasa nak rehat sahaja.  Kedua, tak tahu teknik apa yang perlu digunakan.  Di Little Caliph Program ni ada diterangkan cara mereka inculcate dalam diri anak-anak kecil cara membaca.  Jadinya, sebagai ibu ayah, kami disarankan agar mengajar anak seperti mana cara guru-guru tadika mengajar.  Membaca ini penting, bukan hanya dapat memberikan mereka nikmat untuk mengenal dunia malah yang lebih utama nikmat mengenal tuhan mereka kelak.  Guru-guru sekolah rendah pula tidaklah stress mengajar anak-anak ini membaca lagi.  Cuma berikan lagi panduan dan galakkan agar mereka anak-anak seronok belajar. Namun didikan ibu ayah itu yang penting.  Bukan guru sahaja. Guru bersama anak-anak tidak selama ibu ayah di rumah.
Suasana seminar di Bangunan KWSP, Kajang
Memang lumrah tanggungjawab ibu ayah menyediakan pelajaran kepada anak-anak.  Inipun telah dinukilkan dalam beberapa hadis nabi.  Cumanya, kita kena pandai kawal dan didik anak mengikut masa zaman mereka.  Namun, ada batas-batasnya, bukan hanya dengan memberikan mereka gajet dan teknologi IT terkini.  Perlu diseimbangkan dengan fizikal serta spiritual aktiviti agar mereka tidak ter plug in dalam matrix ciptaan fantasi dunia barat dan otak mereka.  Itulah cabaran yang paling sukar aku rasa sebagai ibu bapa.  Bagaimana nak kawal mereka ini?  Jujur aku pun tak nampak lagi bagaimana.  Cuma sebagai umat Islam, ada caranya iaitu berpegang teguh pada Al-Quran dan Sunnah. Maka, tidak tergelincir dari landasan yang lurus.  Tapi cara bagaimana nak semai dalam diri anak-anak tu perlunya kekreatifan ibu bapa itu sendiri.

Bagaimana nak terangnya wujudnya Allah S.W.T kepada anak-anak kecil?  Mereka memang akan memberikan reaksi apabila mendengar azan.  Namun, adakah mereka kenal Allah S.W.T?  Itulah, jika nak melentur buluh, biarlah dari rebungnya.  Jangan jadi ketam mengajar anaknya berjalan lurus.  Oleh itu, kita sebagai ibu ayah juga perlu berubah menjadi contoh yang baik kepada anak-anak.  Semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah. InsyaAllah.

Jika anda ada pengalaman dan pendapat bolehlah kongsikan bersama. :)

3 comments:

  1. Bagus kita dedahkan diri kita dengan ilmu macam ni...

    ReplyDelete
  2. peranan ibu bapa sangat penting di sini tuk anak2

    ReplyDelete