Pages

agoda.com INT Lazada MY

Rumah Kos Sederhana & Mampu Milik Kuota ATM

Assalammualaikum w.b.t kepada para pembaca budiman.


Ada satu pengumuman yang hendak dikongsi bersama terutama untuk warga ATM.  Syarikat Mutiara Rini Sdn. Bhd menawarkan rumah kos sederhana & mampu milik khusus untuk warga ATM dan juga pesara. Kelayakkan adalah seperti berikut (Kredit)
Gambar sekadar hiasan

Untuk makluman warga ATM, Mutiara Rini Sdn. Bhd. (MRSB) salah sebuah anak syarikat milik Boustead Holdings Sdn Bhd di bawah syarikat kumpulan LTAT, telah mengambil bahagian di dalam pembangunan perumahan Kos Sederhana Rendah dan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) di Taman Mutiara Rini, Skudai, Johor. Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju supaya 20% dari bilangan unit yang dibina ditawarkan kepada anggota dan bekas anggota ATM.

Berikut adalah jenis rumah yang ditawarkan oleh Mutiara Rini Sdn. Bhd. :
Jenis Rumah
Harga (RM)
Saiz Lot Tanah (ka)
Keluasan Binaan (ka per)
Kos Sederhana Rendah
80,000
15 x 50
850
Berkembar 2 Tingkat (RMMJ)
220,000
30 x 50
1,200
Syarat-syarat kelayakan permohonan memiliki rumah Kos Sederhana Rendah dan rumah RMMJ seperti yang digariskan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor adalah seperti berikut:
  1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun ke atas.
  3. Anggota Tentera yang masih berkhidmat atau pesara.
  4. Pendapatan maksima seisi rumah tidak melebihi :
    • RM7,000 sebulan bagi rumah RMMJ
    • RM4,500 sebulan bagi rumah Kos Sederhana Rendah.
  5. Tidak memiliki rumah atau tanah untuk tapak rumah di Malaysia
  6. Satu permohonan bagi pasangan suami/isteri kecuali lain-lain isteri (isteri kedua dan seterusnya)
  7. Pemohon yang telah memiliki Rumah Kos Rendah selama lima (5) tahun ke atas boleh memohon rumah kedua Rumah Kos Sederhana Rendah Kategori 6 (RM80,000)
  8. Permohonan terbuka kepada seluruh warga ATM dan pemohon tidak perlu tinggal atau menetap di Johor selama 10 tahun.
Warga ATM yang berminat boleh menghubungi LTAT ditalian bebas tol 1-300-88-5828 (LTAT) bagi mendapatkan borang permohonan dan sebarang pertanyaan lanjut.

Borang permohonan berserta salinan dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dimajukan ke pejabat LTAT seperti alamat di bawah:

Lembaga Tabung Angkatan Tentera
Jabatan Hal Ehwal Korporat & Pelanggan,
Tingkat Bawah & 2, Bangunan LTAT, Jalan Bukit Bintang,
Peti Surat 11542, 50748 Kuala Lumpur.
Talian Bebas Tol : 1-300-88-5828
Warga ATM adalah dikecualikan dari menjelaskan bayaran pemprosesan sebanyak RM5.00 yang tercatat pada borang permohonan dimana bayaran ini akan ditanggung oleh pihak pemaju.
Tarikh tutup permohonan : Borang yang lengkap hendaklah sampai ke LTAT pada atau sebelum 15 Februari 2014.

7 comments:

  1. Emm bagi saya ni mahal lagi ni..emm bila lah nak kaya ni ekk...emmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akan ada rezeki bro nnt. InsyaAllah

      Delete
  2. slmt pg En, sy ingin bertanya sedikit Ltat masih ada lg ke projek perumahan di kwsn k.l,slgor n n.sembilan dlm masa terdkt ini. jika ada yg harga bawah 100.000 kebawah minta email terus ke sy 'baharpengasas125club@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. slmt pg kpd yg mengatahui jika ada projek perumahan kos serderhana rendah di bawah harga rm 100.000 kebawah, iaitu di kwsn k.l,slgor n n.sembilan dlm masa terdekat ini jika ada mohon email ke baharpengasas125club@yahoo.com. t.kasih kpd yg membantu

    ReplyDelete
  4. Saye nk tanye masih kah ada rumah under ltat di johor

    ReplyDelete