Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Tafsiran 'RUMAH' dalam Islam




Ramai diantara kita yang saya tahu menginginkan sebuah rumah atau beberapa rumah untuk diduduki mahupun diinvest.  Memang betul dan saya amat setuju bahawa salah satu bentuk pelaburan yang kalis inflasi dan gawat ekonomi adalah dengan pelaburan hartanah.  Ianya seakan sebuah keperluan yang mesti dimiliki oleh sebahagian daripada kita.  Ok, at least sebuah rumah untuk didiami kita sekeluarga.  Namun, kadang kala aku terfikir juga apa pendapat agama dalam aspek ini.  

Memiliki sebuah rumah adalah rahmat.  Allah S.W.T berfirman dalam surah An-Nahl ayat 80 bahawasanya; 

'Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah (yang kamu dirikan itu) tempat tinggal; dan Ia menjadikan bagi kamu dari kulit binatang-binatang ternak; khemah-khemah (tempat berteduh), yang kamu mendapatinya ringan (di bawa ke mana-mana) semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti; dan (Ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang ternak itu, berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa'

Ilmuwan agama tersohor Ibn Kathir pernah berkata salah satu rahmat Allah S.W.T kepada hambanya adalah dengan memberikan mereka sebuah rumah yang aman yang memelihara dan memberikan pelbagai faedah kepada mereka.

Jadi, apakah tafsiran rumah kepada kita? Adakah tempat dimana kita berteduh, makan dan bermesra dengan isteri dan anak-anak? Bukankah ia juga sebuah tempat untuk kita bersendirian dan berjumpa isteri dan anak-anak? Bukankah rumah adalah tempat yang memberikan keselamatan kepada golongan wanita?

Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 33;

'Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu.......'

Manusia di zaman kita berlumba-lumba untuk memiliki sebanyak rumah yang boleh.  Tapi jika kita fikir mereka yang tidak memiliki rumah, yang tinggal dalam teduhan (bawah jambatan, pohon atau tepi jalan) barulah timbul keinsafan bahawa kita telah memiliki satu rahmat yang amat hebat daripada Allah S.W.T.  Iaitu rumah yang mana sebahagian daripada kita langsung tidak pernah terfikirkan hal ini.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jadi sebagai seorang yang bergama Islam, saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan untuk sama-sama berusaha menjadikan rumah (diduduki) seperti mana yang disarankan oleh Islam iaitu:

1.  Sebagai tempat berlindung untuk ahli keluarga dan diri kita daripada azab api neraka.  Ianya telah dinyatakan dalam ayat Al-Quran dalam surah At-Tahrim ayat 6;

'Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya; manusia dan batu berhala; neraka itu dikawal oleh Malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan'

Sesungguhnya amat berat tugas dan tanggungjawab suami dan isteri (lebih-lebih lagi suami).  Apa yang dapat saya faham disini adalah, dengan adanya rumah yang mengikut ciri-ciri Islam (tidak ada maksiat), maka kita dapat menghindarkan diri kita dan keluarga daripada azab api neraka.

2.  Tanggungjawab ketua keluarga adalah untuk menyediakan sebuah rumah untuk seisi keluarga.  Tanggungjawab yang amat berat ke atas suami pada hari akhirat ini pernah disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W;

'Allah S.W.T akan bertanya kepada setiap seorang yang bertanggungjawab tentang mereka yang menjadi tanggungjawabnya, samaada dia telah menjaga atau membiarkan mereka. Dan Allah akan bertanyakan tentang isi rumah mereka (orang yang bertanggungjawab)'

3.   Jadikan rumah sebagai tempat untuk memelihara seisi keluarga, menjauhkan daripada unsur kejahatan dan kebencian daripada manusia disekeliling.  Rumah adalah tempat berlindung daripada fitnah (persengketaan, persilihan).  Nabi Muhammad S.A.W bersabda bahawasanya;

'Rahmat adalah untuk mereka yang mengawal lidahnya, mereka yang memiliki rumah yang cukup untuk meraka dan mereka yang menangis bilamana melakukan kesalahan' (At-Tabarani; Sahih al-Jami, no. 3824)
Baginda juga bersabda bahawasanya;

'Keselamatan seorang lelaki pada masa-masa fitnah adalah di rumah tinggal beliau' (Sahih al-Jami, no. 3543; Sunan Ibn Abi Asim, hadis no. 1021)

Setiap daripada manusia muslim dapat melihat kebaikan daripada nasihat  manusia agung ini bilamana mereka menetap di negara luar.  Sesungguhnya rumah itu akan memelihara mereka daripada melakukan perkara yang haram dan melihat perkara yang haram.  Ia juga dapat mengelakkan isteri mereka daripada mendedahkan aurat disamping menjaga anak-anak daripada pengaruh-pengaruh negatif.

4.  Jadikan rumah sebagai tempat untuk beribaha menyembah Allah S.W.T.  Jika tidak ianya akan menjadi tempat untuk berbuat perkara yang lagha.

5.  Perlu jadikan rumah sebagai tumpuan utama untuk membentuk masyarakat Islam kerana masyarakat atau komuniti tercipta hasil daripada isi rumah yang berguna.  Jiran-jiran yang juga bertindak berlandaskan hukum Islam akan sama-sama membina masyarakat sejati dan syumul.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jadi sudah sediakah kita untuk mereformasikan rumah kita mengikut garispanduan yang diajarkan oleh Islam?

InsyaAllah, sama-sama kita berusaha.