Pages

agoda.com INT Lazada MY

Terima Surat Tawaran Beli Rumah RM458K

Alhamdulillah.

Syukur untuk kesekian kalinya ke hadratmu Ya Allah. Salah satu keinginan dan permohonan telah dimakbulkan.  Semalam mendapat tawaran menyambung master. Hari ini surat tawaran untuk memiliki rumah di Putrajaya daripada Putrajaya Holdings telah pun diterima.  Ini juga rezeki untuk anak-anak sebenarnya.  Semua yang dirancang bersama isteri hanyalah untuk masa depan anak-anak agar mereka lebih selesa untuk kenal Allah S.W.T melalui pembelajaran yang tenang dan baik.  Itu adalah harapan aku dan isteri. Namun, masih lagi terdapat ujian disebalik nikmat.

Aku kena betul-betul ikat susun financial family semula.  Mungkin ke tahap ikat perut.  Tapi tak mengapa janji semua perancangan berjalan dengan baik.  InsyaAllah.  Nak bagi deposit 10% tu pun cukup untuk buat aku pening kepala sebenarnya.  Terpaksa korek 'tabung-tabung' mana yang ada. Mulanya aku nak jual saja apartment aku di Bukit Jalil.  Memang ramai yang berminat terutamanya buyer Cina.  Bila semak dengan pemaju rupa-rupanya next projek diorang untuk bina Jaya Jusco disitu.  Terus aku tak jadi jual atas nasihat pemaju.  Katanya kalau nak jual juga, tunggu lepas Jaya Jusco tu siap.  Harga akan naik lagi.  Hmm...macam-macam.  Cash di bank pun tak banyak sangat. Tapi tetap kena usaha seperti mana aku usaha buat surat kepada Presiden Perbadanan Putrajaya dan Ketua Setiausaha JPM untuk luluskan permohonan aku memiliki unit CSRU. Ini juga antara pelaburan hartanah yang cuba aku buat tahun ini.  Sekiranya berjaya mungkin aku nak kena slow sket untuk kumpul modal lagi for next pelaburan if diizinkanNYA.

CSRU unit akan diberi diskaun 25% daripada jumlah harga pasaran, which is pada aku amat berbaloi.  Dan Putrajaya Holdings (PjH) adalah anak syarikat Petronas kalau tak salah aku, so memang style dan fashion design rumahnya sangat menarik pada pandangan aku la. Yup, sekali lagi Alhamdulillah.  Namun pening nak fikir mana nak korek 'tabung' lagi ni. Aku rasa la yang aku ni memang tak pandai lagi urus kewangan peribadi.  Main beli sahaja, lepas tu mula gelabah sana sini. Haish... Nampaknya nak kena belajar urus Perakaunan famili. Dah apply tamatkan keahlian Lembaga Tabung Angkatan Tentera.  Dekat situ boleh la dapat dalam RM 10k lebih plus minus dividen cuma masalahnya lambat pula nak dibayarnya sebab akaun dibekukan sebab Menteri Pertahanan belum lagi umum dividen.  Tahun lepas dividennya adalah 16%.  Tahun ini tak tahu pula berapa.  Harap-harap tak menghampakan. Nak korek tabung ASB aku takde la pula, kalau ada pun cuma beberapa ratus je.  Aku lebih tumpukan simpanan pada LTAT dan Koperasi Tentera. Kalau boleh jana wang macam tutorial dalam e book Jana Wang Di Rumah (Khas Untuk Wanita) lain la...mungkin boleh kumpul xtra pendapatan.

Inilah kehidupan.  Dan inilah yang aku percaya bahawa setiap nikmat itu ada dugaan sebaliknya.  Dugaan yang paling mudah adakah kita bersyukur kepada Allah S.W.T. Tuhan yang memberikan rezeki itu sendiri.  Kita sebagai hamba memohon bagai nak rak (aku la tu), namun bila diberi peluang dan nikmat, sukar jugak nak bernafas.  Apa-apapun, aku kembalikan kepadaNYA semula.  Semoga semua yang dirancang ada keberkatannya. Itu yang lebih penting.  Semoga urusan aku dan keluarga dipermudahkan.  Amin.

20 comments:

  1. Congrats bro..

    InsyaAllah 45k tu boleh diusahakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks. bro juga yg bg maklumat ni.

      Delete
  2. Wahhh seronok saya mendengarnya..rezeki kan..semoga sentiasa maju bersama keluarga tercinta...aminnn

    ReplyDelete
  3. congratz bro..boleh citerkan lebih lanjut pasal CSRU ni bro?

    ReplyDelete
  4. assalam encik..boleh sharekan isi surat yang ditulis pada Presiden Perbadanan Putrajaya dan Ketua Setiausaha JPM untuk luluskan permohonan aku memiliki unit CSRU. sebab saya pun mmg berniat sgt2 nak beli rumah kat putrajaya..csru la yang try nak mampu pun...

    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. nanti saya share dan buat satu entri pasal ni

      Delete
  5. salam, berapa lama tempoh nk dpt CSRU ni? hari itu saya ada dpt offer utk apartment, tp saya tolak dan buat rayuan semula utk rumah teres sbb famili besar, tp x tau apa status dia smpi skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgk juga pada kekosongan. tp advice sy. keep on tanya je developer dan pihak kementerian yg menguruskan tu.

      Delete
  6. TERIMA KASIH KERANA MEMBUAT HEBAHAN.

    ReplyDelete
  7. Salam. Suami saya pun ditawarkan rumah csru di lokasi yg sama.skg ni pun tgh pening pikir 10% tu. Tapu tetap diusahakan juga. So apa2 info mungkin boleh share.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula. kene guna simpanan or pinjam famili dulu kot.

      Delete
  8. Selain dari 10% tu ada lagi tak apa2 kos yg perlu disediakan. Sbb ni first time kitorg beli rumah. Rasanya kita mungkin akan berjiran

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ;). lot rumah PT berapa? ada lg nak kena byr. selain 10% tu, khidmat peguam dalam 5k plus MOT dlm 8k lebih. Anyway, nama apa?

      Delete
  9. Lot PT kitorg 5030. Saya Azlina. Siapa2 yg dpt tempat yg sama may be boleh share info berkenaan rumah tu. PJH ada maklumkan tak berapa % progress

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. dlm 50%. Lepas dah byr semua fee tu dia akan bagi progress detail dengan amaun yg perlu kita bayar mcm dlm S&P

      Delete
  10. Oic...ok thanks for the info

    ReplyDelete
  11. Berapa lama pjh bg tempoh utk byran 10% tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 minggu or sebulan. Saya pun dah tak ingat. tp confirm tak lebih dari sebulan :)

      Delete