Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Warga Putrajaya Hembus Nafas Lega

Siapa yang tidak cuak bila tahu sebuah pub akan dibuka di kawasan kediaman.  Pub yang mungkin mensajikan arak (tak pernah masuk pub, maka tak tahu apa yang disaji), mungkin juga menjanjikan hiburan tanpa batas, dengan muzik yang berdentum dentam, pergaulan bebas lelaki perempuan dan sebagainya.  baru-baru ini timbul cerita yang katanya Hard Rock Cafe akan di buka di salah sebuah ruang di Menara Ikhlas, Putrajaya.  Memang agak terkejut dan marah dibuatnya.  Daripada Putrajaya menjadi kawasan kediaman yang kondusif untuk pembesaran anak-anak kepada langsung tidak kondusif jika tidak dikawal.  Bukan la kata bila tiada cafe ini, maka tidak perlu kawal anak-anak nanti.  Masih lagi kawal seperti keadaan biasa.  Itu memang perlu.

Salah satu sebab kenapa aku mengambil keputusan untuk menetap di Putrajaya adalah ianya sebuah tempat yang kemas, bersih dan tenang untuk membesarkan anak-anak.  Jika aku pulang dari bekerja di KL, lalu MEX dan sampai sahaja di Putrajaya terus penat lelah dan tekanan hilang satu persatu setelah melihat landskap Putrajaya dan pemandangan awan dan gunung sewaktu melalui MEX.  Itu yang buatkan aku bulatkan keputusan untuk menetap disini.  Mulanya aku pun tidak tertarik dengan Putrajaya sebab tidak mengetahuinya namun selepas aku mengikuti satu pertandingan iaitu Putrajaya Urban Challenge pada tahun 2012, terus menambat hati aku bilamana aku menerokai Putrajaya dengan berlari, berenang dan juga berbasikal di taman-tamannya yang indah.

Detik itulah yang membuatkan aku boleh merasai, inilah yang aku mahukan.  Perasaan bangga dan kagum dengan keindahan Putrajaya membuatkan aku sangat gembira sehinggalah perkhabaran pembukaan sebuah Hard Rock Cafe disini.  Terus menyentap perasaan aku.  Memang aku akui, warga di Putrajaya ini sedikit ego dan boleh dikatakan semuanya terpelajar sehinggakan ada yang kebaratan.  Mungkin.  Maka cadangan mereka-mereka yang 'bijak pandai' inilah mungkin mencetuskan idea pembukaan Hard Rock Cafe di sini.  Jika diteliti, majoriti penduduk disini adalah Melayu dan logiknya Melayu itu Islam.  Amatlah tidak sesuai jika sebuah pub yang diasaskan di negara barat dibina disini.  Takkan sebuah pub sebegini nak ditansformasikan menjadi ala-ala kopitiam.  Jika itu berlaku, tidak mengapa.  Tapi kalau identiti sebuah pub dikekalkan, ianya amatlah tidak patut kerana didirikan berhampiran Masjid Tuanku Mizan dan Masjid Putra.  Tiada guna bina masjid tapi disekelilingnya aktiviti tidak bermoral.

Luahan ini juga termasuk rasa 'tidak kena' aku bila aktiviti seperti konsert dibuat didataran depan Mahkamah  Keadilan di Perbadanan Putrajaya. Sebab kawasan itu setentang dengan Masjid Tuanku Mizan.  Maka tolonglah Perbadanan Putrajaya untuk elakkan perkara sebegini untuk tidak berulang.  Jika hendak buatpun, buatlah dikawasan lain.  Jangan nanti ada pemikiran yang skeptik, 'Kita pi sembahyang dulu, lepas tu kita enjoy tgk konsert'. Aku rasa tidak kena disitu.
_____________________________________________________________________________

Alhamdulillah mendengar perkhabaran daripada Utusan Malaysia yang mengatakan; 'Sah, tiada Hard Rock Cafe dibina di Putrajaya'. Memetik kata-kata Tan Sri Aseh Che Mat.
_____________________________________________________________________________

Lega. Syukur namun Perbadanan Putrajaya perlu memperbanyakkan aktiviti yang bermanfaat untuk warga Putrajaya mahupun kawasan sekeliling.  Cadangan mewujudkan sebuah perpustakaan awam disini juga baik.  Apa salahnya ada sebuah perpustakaan (franchise Perpustakaan Negara) di sini.  Maybe akan ada sambutan yang menggalakkan.  Perbanyakkan ceramah-ceramah agama mahupun membuat aktiviti disamping dakwah melalui ceramah-ceramah agama secara santai.  It would be nice jika dibuat begitu terutamanya di tempat-tempat ikonik Putrajaya seperti Astaka Morocco, Taman Botani or Wetland.  
_____________________________________________________________________________

Harapan aku agar Datuk-datuk bandar atau Presiden Perbadanan Putrajaya selepas ini dapat membuat kajian dan sensitiviti masyarakat setempat sebelum sesuatu keputusan di buat.  Jangan hendak capai kemodenan (dalam fikiran saja) sehingga menggadaikan akhlak dan harapan anak-anak muda untuk membesar menjadi insan yang stabil rohani dan jasmani.  InsyaAllah.

8 comments:

  1. Apa punya cadangan la nak bukak hard rock cafe dekat kawasan pentadbiran kerajaan. Nasib tak jadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lega bro...jangan sampai jadi mcm di Masjid Sultan, Singapura. Kelab Malam yang ada GRO betul2 seberang jalan je. Memang xdinafikan amalan membaca surah Al-Kahfi sgt2 dianjurkan untuk berhadapan dengan fitnah dunia mcm ni. Minta jauh.

      Delete
  2. selagi boleh elak, elakkanlah. pasti semua menyokong keputusan ni.

    ReplyDelete
  3. ee takutnya dengar... saya pun beli rumah di Desa Pinggiran Putra pun atas sebab-sebab yg sama gak la.. sebab dekat dgn Putrajaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula reena. seram kot. ramai mat rempit je nnt.

      Delete
  4. untuk apa la nak bukak pusat hiburan kat sana? mungkin ada permintaan kot.. mujur tak jadi kan. kalau tak mau terbalik putrajaya tu nanti. tiap2 malam mesti ada kes macam kat tengah2 kota KL nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..tp setakat mana dan lama mana tidak diketahui

      Delete