Pages

agoda.com INT Lazada MY

(Indah) Nostalgia Zaman Sekolah

Ok.

Pernahkah korang mengimbau kenangan-kenangan lama tak kisahla kenangan yang bagaimana dan dengan siapa.  Tapi setiap dari kita pastinya akan ada kenangan yang sama iaitu kenangan zaman persekolahan.  Especially sekolah rendah.  Sebabnya mudah.  Disini lah kita menimba ilmu secara formal yang pertama.  Disinilah kita berjumpa dengan ramai kawan.  Disinilah bermulanya corak hidup kita pada masa depan.  Setuju? Semuanya bermula di sekolah.

Truely indeed
2 hari lepas.  Aku sempat riki UiTM Puncak Alam. Bukannya apa. Nanti Isnin depan aku takdelah lambat untuk hari pertama aku bergelar pelajar master.  2 hari aku riki dan 2 cara jalan aku dah tahu. So, agak senang hati dengan masa perjalanan ke sana dari Putrajaya.  Lepas habis buat rondaan.  Tergerak untuk ke Bandar Baru Sg Buloh (BBSB), kawasan aku membesar satu ketika dulu. Hampir 13 tahun duduk disana.  Kiranya aku membesar di sana sebelum berhijrah ke Taiping. So, sekolah rendah pertama aku adalah Sekolah Kebangsaan Sg Pelong (SKSP).  Sekolah yang penuh nostalgia bagi aku.  Masalah aku ini cuma satu, aku suka feeling-feeling kenangan lalu sebegini.  Macam dalam blues la kiranya. Ceh. Jiwang sket kot.  

So, bilamana aku lalu kawasan bermula dari SKSP tu ke BBSB, mulalah aku akan terkenang dan gambaran-gambaran lama waktu aku kecik seperti berjalan kaki dari sekolah balik ke rumah, tunggu bas sekolah, main polis sentri sementara tunggu bas hatta berebut beli aiskrim Malaysia 20sen satu batang tu dari rumah makcik tepi sekolah. Hahaha...  Bagi aku ia macam terapi untuk aku keluar dari kesesakkan dan keserabutan dalam kepala ini.  Seriously, aku selalu buat macam ni.  Membiarkan diri menerawang memikirkan nostalgia yang bererti dalam hidup aku.  Nak menitik air mata bila tgk pagar sekolah. Pagar sekolah yang pernah jadi saksi telinga aku kena tarik dengan cikgu kelas. Hahaha... Aku macam nak  masuk ke bilik guru dan bagitahu, Terima kasih cikgu, saya bekas pelajar sekolah ini dan saya dah berjaya atas berkat ilmu dari cikgu. Jujur. Tapi aku tak buat la. Karang kata aku orang luar cuba nak culik budak2 sekolah pulak. Haa..kang payah.

Lepas 30 minit di sekolah lama, aku pergi pula ke sekolah agama paya jaras.  Hehe.. Yang ini memang sadis, banyak menuang, ponteng, fly balik dari duduk dalam kelas belajar agama.  Ada je alasan diberikan kat ustazah.  Ada latihan hoki la, badminton la, itu ini dan sebagainya.  Aku menyesal juga sebenarnya bila kenangkan benda yang aku buat di sekolah agama tu. Serious.  Sebab di dunia sekarang, nilai moral dan didikan agama itu adalah asas dan benteng dari unsur anasir negatif dan tidak baik yang banyak di luar sana. Maka, atas sebab itu, terpaksala aku cari sumber iman untuk berikan aku check n balance dalam hidup ini.

Yup, pejam celik pejam celik. Dah 31 tahun umur aku tahun ini. Macam baru semalam aku beriya tulis buku keluar untuk 'latihan' hoki kat SKSP. Ustazah yang ajar aku pun masih aku ingat lagi mukanya.  Ntah bagaimana keadaan dia sekarang.  Cikgu Ismail yang pernah ajar aku dulu pun mungkin masih macho seperti dahulu.  Jujur. Aku rindu semua itu.  Walaubagaimanapun, hidup perlu diteruskan. Nak feeling lebih-lebih karang takut jadi benda lain.  Fefeeling macam ni sket2 sesekali boleh la. Waktu tak stress dan tak busy ia akan datang. Sebagai refleksi diri.  Jika bz jangan harapla. Walau rumah sebelah sekolah pun tak ambil peduli. 

So, apa pula nostalgia terindah korang?

4 comments:

  1. aiskrim Malaysia 20sen takde dah sekarang...heeee. banyak noltagia zaman sekolah, dah boleh buat buku(sek rendah + sek menengah, 11tahun punya noltalgia).

    ReplyDelete
  2. Hehe..agak nakal gak ekk bro masa dulu..kenakalan ni lah yang memberikan kita kenikmatan dan pengalaman indah dalam hidup...

    ReplyDelete
  3. teringat masa gi sekolah dulu. balik jalan kaki dengan kawan-kawan.

    ReplyDelete
  4. kenangan yg xakan pernah pudar

    ReplyDelete