Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Jual Rumah : Semoga Segera Selesai!

Semalam dapat call daripada salah seorang tim KL ez Property untuk aku sign borang persetujuan penjualan rumah aku di Bukit Jalil.
Will miss u or miss u not?
Sejujurnya, banyak yang aku belajar daripada perbualan dan 'perbincangan' tentang bisnes yang tim Klez ceburi.  Daripada buat kereta sewa hingga jualan hartanah.  Berbaloi, dan memang tepat keputusan aku untuk engage agen yang dari kalangan bangsa Melayu so that aku ada masa nak bersembang dan mempelajari sesuatu daripada pengalaman mereka.  Sehingga semalam aku bayangkan bisnes yang mereka buat semuanya mudah dan menguntungkan.  Apabila bersembang dan berborak, rupanya bukanlah semudah nak menghafal ABC. Banyak cabaran dan ranjau yang perlu ditempuhi.  Tapi impian mereka untuk nak jadi kaya dan senang dengan bisnes sebegini tidaklah mustahil.  Memang pelaburan dalam hartanah ini menguntungkan.  Namun just like i said many time before, pengorbanan masa itu penting.  Mana mungkin kaya tanpa berbuat dan berfikir apa-apa.

Alhamdulillah, penjualan rumah aku tu dah fasa menunggu feedback daripada bank samaada lulus atau tidak loan buyer tu. Hopefully lulusla. Aku sebenarnya penat nak melayan panggilan demi panggilan daripada agen hartanah ni. Yang aku taknak engage pun tanpa segan silu mesej dan telefon. Malam-malam pulak tu. Bila aku suruh deal dengan agen Kl ez tak nak pula.  Semuanya nak bolot komisyen 3% sorang-sorang. Taknak langsung co broke.  Apa salahnya. Hmm...Dah macam rumah tu macam rumah korang pulak korang buat. Memang niat aku nak bantu kaum aku juga sebenarnya. Yerla, jika nak dibandingkan dengan kaum lain yang memang expert dalam selok belok bidang hartanah ini. At least ini adalah cara aku support grup Klez yang pada aku mampu pergi jauh. Aku memang follow FB diorang dan sesekali ada join talk mereka. So far, mereka memang berilmu dalam bidang ini. Cumanya perlu support daripada para pelanggan.

Mereka anak-anak muda yang bersemangat nak memperbaiki ekonomi diri. Seriously jika kerja aku sekarang ni tak sebest sekarang, dah lama aku resign dah join bandwagon mereka. Mantap!. Cuma tinggal lagi nak korbankan sedikit masa. So, aku berharap penjualan kondo tu berjalan dengan lancar.  Boleh aku tumpukan pada master aku pulak lepas ni. 

Alhamdulillah.

4 comments:

  1. Lorrr,bukan bro nak jual kat saya ke?

    ReplyDelete
  2. semoga urusan penjualan rumah bro Allah permudahkan nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Semoga di permudahkan.

      Delete