Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

OMG !! Aku Dapat Rumah PR1MA?

Seminggu yang lepas dapat panggilan daripada Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA).  Ketika itu aku sedang siapkan projek peningkatan perjawatan dan gaji organisasi aku.  Sedang dok bincang dapat panggilan daripada PR1MA.  Perbualannya adalah seperti berikut:

PR1MA (P) : Assalammualaikum, Ini En Halif kah? Saya daripada PR1MA ingin bertanyakan adakah En pernah mendaftar untuk memiliki rumah PR1MA?

Aku (A) : Waalaikumsalam, memang ada. Tapi dah lama. 

P : Macam ini, sewaktu En Halif memohon (isi borang elektronik), adakah en Halif pilih lokasi perumahan PR1MA tersebut?

A : Saya betul-betul lupa la cik (Dalam hati, memang rasanya tak layak sebab gaji dan kelayakan yg lain. Tapi kenapa PR1MA telefon ni).

P : Begini En Halif. Sekiranya En Halif berminat, bolehkah En Halif log in dan pilih lokasi yang mana En Halif berminat.  Itu pun jika En Halif masih berminat dengan rumah PR1MA.

A : (Bagaikan terpinga-pinga). Eh, saya memang berminat. Nanti saya isikan lokasi tersebut.

P : Ok, en Halif log in semula dan gunakan password yang didaftarkan.

A : Baiklah.

Dalam hati aku memang terkejut. Aku memang tak sangka akan terima panggilan lebih-lebih lagi daripada PR1MA.  Sebab tujuan aku isi borang tu pun just for the sake nak isi sahaja. Aku tahu memang aku tak layak. Namun, aku ambil risiko atas sikap tidak 'alert' mereka yang lebih 'layak'.  Pada aku, jika memang banyak kosong atau semua permohonan mereka yang layak telah didahulukan dan masih ada lebih, maka aku rasa tiada masalah untuk aku amik.  Syarikat pemaju tentunya perlukan pembeli. Dan aku perlu ambil peluang 'diskaun' yang akan diberikan nanti.  Macam entri aku sebelum ini, atas sebab sikap sambil lewa mereka yang tidak ambil endah tentang perkara ini memungkinkan orang lain dapat peluang tersebut.  Adakah ianya salah mereka atau mereka yang bijak mengesan peluang?
Bilala nak dapat reply dari PR1MA ni

Dari satu aspek memang sedikit tidak adil. Namun, mereka juga tidak berlaku adil pada diri sendiri.  Hanya menunggu untuk disuap.  Dunia realiti bukan sedemikian.  Semuanya perlukan usaha.  Ayuh, cari peluang dan make full use of it.

Jika ada rezeki aku, memang aku akan amik unit ini walaupun berstatus PR1MA.  Pada aku apa ada hal dengan status tersebut.  Janji ia adalah pelaburan yang berbaloi. InsyaAllah.  Namun, aku masih lagi menunggu rezeki tersebut.  Disebabkan aku pun tak menyangka menerima panggilan tersebut.  Maka aku tidak meletakkan ianya priority aku. So, ID dan password aku sudah aku lupa. Hahaha... Dalam hati, mungkin tiada rezeki.  Tapi siapa tahu, nanti org PR1MA hantar ID dan password baru. Barulah aku lengkapkan lokasi tu.

Tapi apa-apa pun, ini mungkin hanya panggilan rutin sahaja.  Untuk melengkapkan borang dan maklumat.  Seterusnya masih lagi perlu melalui proses undian.  Di situ mungkin mereka akan lebih scrutinize kelayakan-kelayakan yang sepatutnya.  I will be waiting the remnant. Heh!.

Tapi lambat sangat PR1MA respond ID dan password baru.  Mungkin bukan rezeki la kot.  Tapi tak tau lagi. Jangan mudah putus asa dan mengalah. Just follow the flow sahaja sudah la. :)

Aku dapat rumah PR1MA? The Answer : No yet. Maybe Yes Maybe Not :) Chill guys!

7 comments:

  1. maybe should bagi to those who really need it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju 100%. Lgpun komitmen tggi jgk ni.

      Delete
  2. salam.kalau dapat bagus semua itu rezeki ramai lagi orang lain dapat nak kan rumah itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula. tapi rasanya xdpt kot. panggilan tu hanya formaliti

      Delete
  3. Replies
    1. xtau lagi bro. ntah dapat ntahnya tidak

      Delete
  4. Sy dapat rumah pr1ma..area kl@ bukit bintang..tapi tu la..komitmen mcm da tinggi..mcm mane ar

    ReplyDelete