Pages

agoda.com INT Lazada MY

Perlu ke hadir #SBBYEOS2014?

Rasanya ini kali memang aku kena pergi. Takde dakwa dakwi lagi.  2 tahun lepas mereka buat di Mid Valley jika tak silap bersama-sama program berbuka puasa.  Ketika itu aku di Lumut, memang jeles jer diorang boleh bergathering sambil melantak sakan. Ceh!


Tahun lepas 2013 memang aku tak dapat nak buat apa-apa.  Plannya memang nak pergi. Percuma. Di Hotel Singgahsana Petaling Jaya. Namun, aku kena uruskan jenazah arwah ayah aku ketika itu. Memang bukan rezeki aku nak berinteraksi dengan diorang. Ruang dan peluang berinteraksi dengan blogger ternama seperti pemilik denaihati.com dan abangensem.com memang mengujakan.  Ada saja ilmu baru yang dibawa berbincang.  Mereka dari segi usianya lebih matang dan topik perbincangan biasanya tentang blog dan peluang yang boleh dicipta dari blog ie keuntungan.
Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Alhamdulillah. Dapat juga diner bersama diorang di Pullman, Putrajaya tahun lepas.  Itupun sebab terpilih memenangi kontes yang dianjurkan oleh abangensem. At least, lebih privacy ketika itu.  Namun, aku lebih sukakan suasana seminar dimana lebih ramai manusia dengan pelbagai ragam.  Dan tentunya banyak soalan dan bakal diajukan.  Diorang memanglah blogger top.  Meraih pendapatan lumayan dengan blog. Tapi bukan itu tujuan aku.  Inspirasi daripada mereka itula yang lebih utama.  Mereka juga bermula dari zero.  Banyak kita baca buku Self Help yang sangat bermotivasi.  Apa salahnya kita cari motivasi itu dengan cara berbeza pula.  Iaitu dari aspek sudut pandang seorang blogger yang berjaya.  Boleh belajar sesuatu.

Jika nak ikut jejak langkah mereka pun tiada masalah. Ilmu sudah ada.  Tinggal lagi nak copycat cara dan tatacara nya saja.  InsyaAllah akan membuahkan hasil. Tapi aku percaya setiap kejayaan pasti akan ada pengorbanan.  Masa dan wang ringgit itu sudah tentu.  Prinsip hidup kita berbeza-beza.  Ada yang selesa makan gaji.  Ada yang impikan lebih daripada itu.  Ada yang ketagih 'independant' dan 'no string attach' dengan majikan.  Dan sebagainya.

InsyaAllah. Selepas 2 kali tidak berpeluang untuk ke acara Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2012 dan 2013. Acara SBBYeos2014 ini akan dihadiri dengan isteri tercinta.  Mungkin inilah hikmahnya.  Sudahlah acara diadakan di Restoran Saloma Bistro.  Ada pula cabutan bertuah dengan hanya mendaftar sebanyak RM 20.  Memang peluang yang sangat berbaloi dan takkan ada ditempat lain.  Sungguh dasyat Tim Denaihati dalam mencari sponsor.  Hebat.  Jika tidak, aku tak rasa acara ini boleh diadakan dengan hanya yuran serendah RM 20.  Memang tak masuk akal.  Sudah tentunya ilmu Tim Denaihati dalam memikat hati pihak sponsor tidak dinafikan tinggi nilainya.  Mungkin ini juga akan dikongsikan? Mana tahu kan.

Syarikat Yeo (pengeluar minuman tempatan yang sukses) pun sanggup bekerjasama dengan Tim Denaihati untuk menganjurkan acara ini. Jika bukan disebabkan pulangan dan coverage yang bakal diterima syarikat, maka tidak hairanlah syarikat sanggup keluarkan sedikit dana untuk aktiviti menaikkan imej dan promosi secara langsung (berbayar) atau tidak langsung (percuma) oleh blogger-blogger yang hadir dan membuat liputannya nanti.  Seriously winnable situation kepada kedua-dua belah pihak.  Pada blogger yang hadir mungkin juga sama.  Ilmu yang bakal diperolehi pastinya tidak dapat dari tempat-tempat lain. Dengan RM 20 itu, jika tak dapat ilmu.  Pengalaman menghadiri acara sedemikian sudah lebih nilainya aku rasa.  Kalau bengap tak menghargai ilmu dan pengalaman, maka RM 20 itu juga sudah tentu tidak boleh dibanding dengan hidangan dan goodies yang bakal diberikan.  

Itu sebab aku laju-laju daftar dan ajak isteri sekali walaupun dia bukanlah blogger tegar.  Asalkan aku ada teman di acara itu dan dapat luangkan masa sama-sama belajar ilmu baru.  Ilmu yang tidak akan diajar di universiti.

Jadi apa lagi. Korang jom daftar di SINI.

#SBBYeos2014...Here we come!!

6 comments:

  1. Fuhh..mesti ramai yang nak pergi nih.

    ReplyDelete
  2. memang meriah lah majlis tue nanti :)

    ReplyDelete
  3. Joom ramai-ramai daftar. Billion terima kasih atas penyertaan dan mudahan sukses untuk program affiliate. insyallah jumpa disana nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Semoga berjumpa nanti

      Delete