Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Reallign Mental Readiness

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah S.W.T.

Akhirnya aku dah sampai ke peringkat akhir sebelum boleh bergelar pelajar semula. Tarikh 22 Feb 2014 ini memang tarikh yang aku tunggu untuk kembali mendaftar menjadi penuntut ilmu dan memahirkan lagi kemahiran dalam mentadbir dan mendalami ilmu Farmasi Praktis. Ironinya subjek ini aku tak score pun waktu peringkat degree dulu. Just dapat C+ sahaja.  Lain dengan subjek Klinikal Farmasi yang aku dapat A+ dan A. Namun dalam suasana kerja aku sekarang ni, aku xnampak aplikasi klinikal farmasi tu boleh digunakan. Mungkin akan datang.


Sekarang ni mentadbir dan menguruskan dana, staf dan polisi menjadi bread and butter yang perlu aku hadam dan keluarkan result.  Dan memang aku memang minat bidang pengurusan pun.  Selalu enjoy pergi kursus yang dianjurkan di INTAN. Memang timely untuk aku move forward dan kembangkan lagi pengalaman dalam bidang ini.  

NIAT

Selalu terdengar nasihat daripada ustaz yang beri tazkirah di radio IKIM.fm.  Kita dikehendaki berniat untuk beribadah dan bukannya menggunakan peluang sebegini untuk kenaikan pangkat dan gaji.  Agak terkesima juga sebenarnya.  Memang aku tak boleh nak tipu yg kebiasaannya jika seorang staf itu melanjutkan pelajaran sudah tentunya ia akan berkait rapat dengan kenaikan pangkat dan gaji.  Namun, ada kebenaran pesan ustaz tersebut.  Kadangkala kita ini mengharap bintang dan bulan, jika dapat baiklah, jika tidak dikhuatiri kita akan kecewa.  Untuk mengelakkan kekecewaan itu, adalah bijak untuk kita niatkan hanya kerana Allah S.W.T.  Menimba ilmu biarla disebabkan Allah S.W.T dan salah satu daripada tuntutan Islam dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.  Jika kita dah lakukan itu, maka perkara yg akan datang bersama nanti itu adalah bonus.  

Memang peringatan ini membuka mata aku dan hati aku daripada sifat riak mahupun takbur yang mungkin akan wujud dalam benak hati ini.  Adalah lebih baik jika kita niatkan untuk mencari keradhaan Allah S.W.T dan menggunakan ilmu tersebut untuk kebaikan bersama. InsyaAllah.  Semoga usaha aku ini mendapat keredhaan dariNYA.

2 comments:

  1. Gudluck, syg! Semoga urusan abg dipermudahkan dan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang :)

    ReplyDelete