Pages

agoda.com INT Lazada MY

Rumah Freehold Pertama

Alhamdulillah. Lega.

Akhirnya selesai sudah urusan pembayaran down payment untuk unit teres Pelangi Residence yang kami rancang untuk miliki.  Memang banyak 'argument', 'discussion' dan slow talk sebelum pembelian unit ini diteruskan.  Antara lain adalah kedudukan financial famili, loan siapa yang perlu digunakan, downpayment duit cukup ke tidak dan sebagainya.  Dalam tempoh inilah memang menguji kesabaran aku sebenarnya.  Yerla, bila dah tahu kedudukan kewangan famili tak memungkinkan untuk aku tambah lagi pembelian rumah, aku dengan gatal menulis surat kepada PjH untuk dipertimbangkan tawaran memiliki rumah tersebut. Jauh daripada sangkaan aku, surat dibalas dengan sukacita.
Tiada lagi pemilik CSRU menolak tawaran
Walaupun diskaun yang diberi hampir RM 140k yang sepatutnya membuatkan aku tersenyum gembira. Namun terpaksa berfikir 2 3 kali untuk rearrange perancangan keluarga supaya impian ini dapat direalisasikan.  Dan itu adalah cerita 2 minggu lepas.  Sekarang hanya perlu tunggu S&P dengan pihak PjH dan seterusnya apply loan government.  Kali ini isteri yang akan membuat pinjaman.  Aku tetap dengan plan aku untuk jual rumah aku di Bukit Jalil.  Terpaksa engage agen KLezProperty bantu.  So far, so good.  Tengah menunggu kunci rumah diserahkan kepada aku oleh tenant yang tamat tempoh sewa Isnin ini.  Dan bolehla aku kemas dan bersih apa yg patut sebelum viewing kepada yang berminat.

Saiz yang paling kecil je ditawarkan untuk kuota CSRU
Semoga apa yang dirancang akan berjalan dengan lancar. Tahun ini memang tahun yang kritikal untuk aku. Dan tahun yang aku ramal aku punya extra masa untuk fikirkan pasal property. Sambung belajar Master nanti satu hal yang aku rasa dapat berikan sedikit ruang untuk aku bernafas.  Ada tambahan elaun disitu. Ini pun plan masa depan, at least bila aku turun mengajar di kolej dapatlah aku claim bayaran standard master holder. Dan tahun ini juga akak aku di Jepun akan tamatkan pengajian PhD nya disana.  Bulan 3 akan pulang ke tanah air. Gembira sekali. Aku pula sambung belajar hujung bulan 2. Tak dapat pergi ke Jepun hari graduasi nya. 

Jadilah. Freehold
Cuma adik aku yang di Mesir yang aku risaukan sedikit.  Ntah macam mana pengajian perubatannya di Al Azhar tu.  Harapnya Mesir cepat aman. Memang tanda-tanda akhir zaman semakin dekat. Macam-macam berita serupa fitnah muncul. Semakin dewasa semakin kita terdedah dengan perkara-perkara sebegini.  Apa boleh buat, perlu kita persiapkan diri juga.  Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua. InsyaAllah.

5 comments:

  1. Tahniah dan semoga urusan bro Allah permudahkan nanti. memang besar diskaun sampai RM140k ni.

    ReplyDelete
  2. Setaman la kita nanti...

    ReplyDelete
  3. Assalam, saya Nazam- ejen hartanah. Hubungi saya jika perlu kan khidmat untu penjualan/ sewaan rumah di 012-324 5500

    ReplyDelete