Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Yeo’s : Disebalik Kicap Soya dan Pemaju Hartanah

Hebat. Itu saja yang terlafaz daripada mulut aku tatkala aku sedang membelek-belek website utama syarikat Yeo’s demi mencari informasi yang menarik untuk dijadikan entri cabaran Contest Yeo’s: Pilihan Semulajadiku.

Lejen
Dahulu (zaman 1980-an untuk lebih spesifik ;p), sewaktu kecil aku lebih mengenali Yeo’s sebagai pengeluar air minuman kotak yang popular kerana sering dijual di kantin sekolah, ketika acara-acara sukan mahupun Hari Kantin sekolah.  Ketika itu, air kotak berperisa Teh Krisantimun memang sangat popular.  Itulah detik mulanya aku merasakan air teh berperisa bunga Krisantimun.  Chinese taste’ getus hatiku.  Yerla, waktu kecil dulu ibu dan ayah biasanya hanya mampu belikan teh yang biasa sahaja. Nak beli yang di pasar malam takut sakit perut pulak.  Itu kata mak aku la. Maka, amat jarang dapat merasa teh yang mempunyai kelainan perisanya.  Dan kini baru aku tahu kenapa jenama Teh Krisantimun itu benar-benar meninggalkan memori dalam diri aku.  Ia rupa-rupanya antara produk pioneer syarikat tersebut.  Bukan sahaja itu, malah syarikat inilah yang mempelopori inovasi pembungkusan menggunakan kaedah UHT dan bungkusan Tetra Brik Aseptik. Justeru, tidak hairanlah produknya boleh bertahan lebih lama tanpa pengawet dalam pasaran sebab ianya dibungkus dengan kaedah aseptik. (Habis flashback)
Antara menu wajib buka puasa hari-hari (breakfast) :p

Dalam era zaman moden ini (zaman milineum bak kata pak menteri), banyak masa dituntut di tempat kerja.  Kerana daripada pekerjaan itu timbulnya pendapatan yang biasanya digunakan untuk menguruskan keluarga.  Bayangkan kehidupan kita yang berputar dalam tempoh masa 24 jam sehari.  Dalam sehari, paling kurang kita habiskan masa selama 10 jam untuk bekerja (1 jam pergi, 8 jam bekerja, 1 jam pulang).  Ini adalah jumlah yang paling minima. At least untuk aku la tu ;P.  Ada lagi yang kerja berterusan siang dan malam hanya untuk menambah pendapatan keluarga.  Kos sara hidup tinggi kan. Tidur pula dah ambil masa kita selama 8 jam.  Akhirnya hanya 6 jam untuk kita habiskan untuk melakukan aktiviti bersama keluarga seperti menonton televisyen, mengajar anak, menalaah pelajaran dan sebagainya.
Chef Wan sendiri akui kelazatannya
Ini adalah rutin Isnin hingga Jumaat aku.  Memang begini.  Sampai rumah lebih kurang jam 6 atau 7 petang.  Dan masuk tidur paling lewat jam 10 malam. Agak-agak korang semua la, sempatkah aku nak memasak? Jawapan pastinya memang tak, sebab bukan aku yang masak. Isteri aku yang masak. Hehehe. Tapi apa tugas aku nak bantu dia? Untuk kelangsungan hidup perlu ada makanan. So, terpaksalah aku sub kan kerja-kerja masakan ini kepada syarikat Yeo’s,  isteri aku cuma perangat (panaskan) je.  Kalau ada masa barulah innovate sket masakan tu.  Tapi hari kerja aku tak kisah sangat, janji segera, berkhasiat dan sedap.  Pada aku produk keluaran syarikat ini banyak membantu orang-orang seperti aku menguruskan kehidupan seharian.  I mean seriously.  Dengan adanya produk-produk segera, inovatif, berkhasiat serta menyelerakan ini, setidak-tidaknya dapat juga aku mengimbangi kesibukan bertugas dan tanggungjawab kepada keluarga. (Ini contoh impak Yeo’s pada aku dan familyla, korang pun samakan? Ha…betul la tu. Senyum2. Sengih2 tu :p)
Pilihan juga banyak

Kebaikan produk Yeo’s ini bukan sahaja dinikmati oleh aku sekeluarga malah adik beradik dan sahabat handai hatta seluruh masyarakat Malaysia. Seperti contoh, aku sebenarnya tak larat dah nak layan karenah adik dan akak aku yang belajar di luar negara.  Asyik-asyik masuk mesej Whatsapp:

‘Abang, abby nak abang top up makanan tin tu. Abby nak ayam kari, sambal ikan bilis, baked beans, sambal udang dan jangan lupa sardine ye. Hehehe, thanks abang, sayang abang, mmmuahhh!!! :P Tapi jangan lupa semua nak jenama Yeo’s tau!, I loikkke Yeo’s’

Ok, psycho pulak aku rasa.  2 ayat terakhir tu memang takde la. Saje tokok tambah kasi ‘UP’ sket. Tapi sebabkan susahnya nak dapatkan makanan seperti ini di Mesir, maka aku pun belikanlah, wrap up dan pos.  Kadang-kadang bila dia balik Malaysia, penuh satu beg dengan makanan segera ni dia angkut balik ke sana.  Katanya, tak lalu dah makan roti je.  Tambah pula keadaan di Mesir yang sekarang ini berantakan, maka makanan asas seperti susah nak dapat.  Bila dapat makanan mcm ni, barulah terubat kerinduan katanya. Feel at home.

Kakak aku pula.


‘Alep, along nak alep belikan Pes Laksa, Nasi Goreng, Sweet Chili Sauce, Ezy Cook Noodle dan etc etc’
Kakak aku ni memang pandai masak. Sedapnya macam masakan air tangan mak aku. Cuma katanya kat Jepun ni susah nak dapat makanan Halal. Memang masalah. Sebagai orang beragama Islam perkara seperti ini memang paling diutamakan. Bila dapat tahu produk Yeo’s ada sijil halal jakim. Maka hilanglah rasa was-was tu tadi. So, banyak jugaklah bahan-bahan sampingan penambah perisa di pesannya.  Sekali lagi jadi lah aku posmen yang berjaya.  Tapi takpela, segala kos dan upah aku aku claim kemudian.  Kaching di situ. :P
Untuk aktiviti bersukan

Hai itulah, macam-macam. Pendek kata, semuanya Yeo’s la. Daripada korang breakfast-lunch-makan malan-supper dan bersukan. Bayangkan aritu waktu kitorang adakan sukan intra jabatan, air H Two O menjadi pilihan. Kata staf aku, murah sket tuan dari yang lain. Rasanya pun sama. Ada yang kata lagi sedap. Jimat. Huh..bila aku tengok, memangla..beli berkaton-katon memang jimat banyak disitu.  Dapatlak beli di pasaraya borong.

Aku tak tahu apa jenama yang signifikan dalam hidup korang sepanjang korang hidup setakat ini.  Pada aku memang tiada lain selain Yeo’s.  Sebabnya mudah. Bila pihak syarikat mencipta produk yang berinovasi dan membantu kehidupan orang lain, maka ianya akan kekal dalam ingatan sampai ke generasi yang akan datang.

Dan apa pula kena mengena dengan tajuk aku ‘Disebalik kicap soya dan pemaju haratanah?’ Korang layarilah website syarikat untuk tahu lebih lanjut.  Mana nak tau, nanti taman yang korang beli dimaju binakan oleh syarikat Yeo’s. Buat masa sekarang ni hanya di Singapura sajalah. In the future who’s know kan? Info lanjut yang lebih signifikan di Malaysia adalah seperti berikut:

YouTube Yeo’s

Dan entri ini ditulis untuk memeriahkan lagi Contest anjuran Denaihati dengan kerjasama Yeo's. Apa lagi, jom kita sertai. Caranya? Klik banner di bawah ini.

yeos-minicontest-728x90 Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.
Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

10 comments:

  1. Yeo's selalu bersama dimana jua :)
    All the best! Good luck :)

    ReplyDelete
  2. terliur lak tengok seri kaya tu haeeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaks..bakal ibu dah terliur susah ni

      Delete
  3. owwhhh.... tahu yang CHEF WAN pernah jadi duta YEO'S.... Gplus untuk post entry nie

    ReplyDelete
  4. Bagi yang belajar/bekerja atau urusan kerja kat luar, antara pilihan yang baik dengan produk Yeo's sebagai bekalan.
    Billion terima kasih kerana sudi sertai Contest Yeo’s Malaysia Sepetang Bersama Blogger dan semoga sukses.

    ReplyDelete
  5. menarik...saya datang dari senarai penyertaan #SBBYeos2014...Good Luck dan dah takan G+..:)

    ReplyDelete
  6. Emm jaunya tempat kerja bro..emm nanti nak try la makanan dalam tin tu..mesti best..hehe

    ReplyDelete
  7. entri yg menarik. saya support dgn G+ an FB Share...

    ReplyDelete
  8. Selamat Maju Jaya Bro :)

    Ikhlas;
    ProfHariz

    ReplyDelete