Pages

agoda.com INT Lazada MY

Kenapa MH370 tidak dipintas oleh jet fighter RMAF?



Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Tak pasti sama ada entri ini masih lagi relevan dengan kehidupan seharian kita.  Apakah ianya hanya menambah spekulasi sedia ada sahaja. Aku dah banyak membaca spekulasi dan teori konspirasi yang direka terutamanya kepada mereka yang ingin mengambil kesempatan terhadap isu misteri kehilangan pesawat penumpang MH370.
Ternyata banyak yang emosional dalam memberikan hujah dalam isu ini.  Aku juga teremosional bilamana ada diantara blogger yang mengatakan peristiwa ini tidak akan berlaku sekiranya pesawat pejuang RMAF berjaya pintas sewaktu dikesan di radar utama (Primari Radar/Military Radar).  Ada yang mengatakan sekiranya pesawat pejuang RMAF tidak berjaya menyebabkan pesawat MH370 setidak-tidaknya dapat mengesan kedudukan sebenar MH370 yang sehingga ke hari ini menjadi tandatanya. Teori konspirasi kerajaan? Wallahualam.

Tapi aku nak jelaskan pendapat aku disini bahawa bukan semudah itu hendak menggerakkan satu-satu jet fighter untuk memintas pesawat-pesawat yang dikhuatiri menjadi liabiliti kepada kedaulatan negara. Antara hujah aku adalah seperti berikut:

1.  Pihak tentera bilamana dapat mengesan titik dalam radar mereka, mereka akan buat confirmation terlebih dahulu mengikut SOP yang mereka ada.  Selepas membuat confirmation daripada mata kasar melalui unit-unit arteleri terlatih dan mendapati bahagian ekor yang mempunyai logo pengenalan kepada sesebuah pesawat adalah MAS, mungkin mereka perlukan maklumbalas pihak berkuasa seperti DCA ataupun PDRM untuk mengesahkan status pesawat tersebut. Mungkin pada pendapat mereka pesawat itu mengalami masalah teknikal or sebagainya.  Mana mungkin pihak tentera terus hendak memintas pesawat sembarangan. Pesawat komersial pula tu. Tentunya banyak perkara yang perlu diambil perhatian sebelum tindakan drastik seperti memintas dengan Sukhoi atau F-series dilakukan.

Situasi ini mungkin akan berlaku sekiranya pesawat pejuang negara luar memasuki ruang udara dan membuat aktiviti yang mencurigakan. Sebabnya mudah, sesebuah pesawat pejuang akan bawa 'intention' dia sekali.  Sudah tentunya untuk menyerang atau membuat latihan.  Dalam situasi ini, apa jadahnya pesawat negara asing nak terbang dalam ruang udara negara lain. Betul x? Kalau pesawat komersial negara asing terbang ke dalam ruang udara negara lain, maka memang ada logiknya dan begitulah keadaan sekarang. Adakah kita hendak setiap kali pesawat komersial terbang dalam negara kita, pesawat RMAF nak kena pintas lalu escort pesawat tu mendarat.  Minyak jet fighter tu siapa nak tanggung? Duit rakyat lagi ker? Fikir rasional pun dah boleh dapat logiknya.

2.  Tak semudah itu hendak menerbangkan sesebuah pesawat jet fighter. Kita sudah biasa dalam keadaan aman.  Selesa sangat.  Sampaikan tentera nak perbaharui aset semuanya tentang, membazir katanya. Malah ada yang kata askar ni goyang kaki je, makan gaji buta.  Pernahkah korang terfikir faktor logistik yang sangat 'gila' perlu diambil kira sebelum sesuatu operasi hendak dijalankan?. Daripada aspek sosial, ekonomi dan politik serta sentimen-sentimen yang ada perlu ditimbang tara sebelum sesebuah keputusan diambil.  War Game atau simulator perang perlu diaktifkan untuk menimbang keputusan yang dibuat adalah terbaik bersandarkan matlamat yang ingin dicapai. Kiranya buat mock perang. Yang korang tahu, asal ada masalah je, apsal jet pejuang RMAF tak pergi pintas. Sedap je. Faktor logistik yang berselirat kena ambil maklum terlebih dahulu.

Jika kita sentiasa dalam keadaan 'alert' kerana sebagai contoh selalu dalam keadaan state of war, mungkin kita tanpa teragak-agak akan terus menerbangkan pesawat pejuang memintas. Sebabnya kita dah ready dari segi resources memang telah bersedia ke arah protection action. Itu sebab PM kata, ini adalah unprecedented event, tiada seorang pun mengagak akan berlakunya perkara ini. Pertistiwa ini mempunyai elemen surprise yang terlalu tinggi. Memang betullah, jika nak menang 'perang' perlu ada elemen tersebut. Cumanya aksi ini tidak boleh dilakukan bersendirian. Never succeed. Ditambah lagi bila pesawat yang dikesan tersebut adalah pesawat MAS. Memanglah intention mereka yang berniat negatif itu berjaya kerana dikaburi dengan taktik camouflage by the airliner itself.

3.  Sebenarnya memang sukar nak terbangkan pesawat jet fighter jika modus operandi peristiwa ini seperti ini. Contoh terdekat adalah serangan 9/11 World Trade Centre, ada ke US Military hantar Stealth ke, F fighter ke or segala mak nenek pesawat diorang untuk pintas sebelum pesawat tu langgar kan? Takde kan? Sebabnya mudah, faktor-faktor diatas ini lah mereka kena ambil kira.  Takkan kau nak tembak terus pesawat komersial tu? Dah kena bambu dengan PBB karang. Sebab membunuh membuta tuli. Ko kata nak protect majoriti, tapi ko bunuh minoriti (penumpang dalam pesawat) tu. Kalau penumpang tu banyak dari negara yg berbeza, ada ko mampu nak menjawab soalan demi soalan di mahkamah antarabangsa? Tak terlarat beb. Lagi pulak waktu dalam keadaan bingung, betul ke nak pintas, betul ke terrorist, betul ke itu betul ke ini. Dalam sibuk ko pikir betul itu ini, dah ranap pun WTC tu.

4.  Jangan anggap tindakan ini semudah dalam movie Transformer 1 yang jet fighter escort Chinook ke air force base sebelum bertukar jadi Decepticon.  Never ever been that easy man.  Hollywood bolehla, lepas tu bila actual event, haram US tak deploy aset tersebut. So, mohon jaga sikit percakapan korang yang katakan askar kita tak buat kerja.  Ko jadi askar dulu dan duduk dalam kawasan operasi baru korang tahu nikmatnya jadi orang awam. Jika tidak toksah dok kata askar tak buat kerja. If you not belief in our army, ko nak askar negara lain protect ko. Takdenya. Kerja nak protect negara diorang sendiri pun tak terhabis. 

Moral of the story : Setiap orang ada pendapat, tapi kalau pendapat yang membuta tuli, baik hentikan je la.

11 comments:

  1. senang cerita, keaadaan sebenar langsung tak sama dalam filem, filem semua dirancang teliti dan ditambah-tambah bagi sedap.. Tranformer pun masuk...heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..ramai sgt yg menunding jari. Tanpa fikir kesan buruk di kemudian hari

      Delete
  2. Rasanya memang ada dihantar lepas dikesan dalam radar, cuma bila sampai tu objek tu dah tak ada. Lagipun, pada radar mereka ia bukan sesuatu yg membahayakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yg marah katanya xdihantar

      Delete
  3. Senang saja kalau nak pintas, kita ada skuadron mig di kuantan dan Sukhoi di Gong kedak. Jet sukhoi dari Gong kedak Kelantan cuma ambil masa 5 minit utk sampai ke ruang udara KL, lagi pun Skuadron Jjet Pejuang tu diaorang hari hari buat latuhan penerbangan jadi kalau ada masalah macam ni spatutnya jeneral diaorang beri arahan kepada komander pengkalan utk hantar fighters utk pintas walaupun tgh malam sbs apa yag saya tahu ada pilot yang on duty 24 hours.

    ReplyDelete
  4. maaflah...bagi saya kenapa in 9/11 tiada jet yang memintas itu semua perancangan terancang....ini kerja-kerja licik yahudi..yahudi ni dia licik...dia merancang bertahun-tahun....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah tragedi MH370 juga agenda licik yahudi?

      Delete
  5. 1. Kalau flight dh matikan transponder, mana mungkin tudm tau itu pesawat mas? kalau dh detect blip dlm radar, kenapa tk check immediately dgn dca?sop apa kalau keadaan mcm tu tk boleh ambik immediate action?
    2. sampai bila nak selesa? malaysia terpaksa membayar dgn harga yg sangat tinggi kerana keselesaan tudm? lagi satu jet tu nak dibuat tukun je ke
    3.sbb tu laa lepas 9/11 US dah buat zon larangan terbang dan jet fighter diorg terus ambik action kalau ada sebarang anomaly...kita tak belajar ke dari kesilapan diorg? kalau fighter gi survey, tgk pesawat komersial, kenapa bangang sangat nk gi tembak?
    4. Ko tgk movie byk sgt apahal

    Bagi aku org yg jaga radar masa tu harus dipecat...ini pendapat aku dan aku pasti tidak membuta tuli

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Walaupun nampak luaran pesawat komersial. tapi kalai pengganas yg bawak mcm mana?. tgk je ke? apa arahan yg ko nak bagi pula?
      2. Amerika dah buat zon larangan? Maknanya tiada langsung pesawat boleh ke sana? Itu x betul bro.
      3. TUDM mana pernah selesa. Ko askar ker? tu je nak tanya.

      Delete
  6. malaysia mesti mengkaji semula kes2 berprofil tinggi seperti ini supaya ianya tidak berulang. kes ini sangat complicated, dan sudah terjadi, tidak akan ada penyelesaian kalau masing2 mangambil sikap menuding jari menyalahkan pihak lain, pada saya memang benar bukan mudah untuk menerbangkan sesebuah jet tanpa sbb2 yg kukuh dan terdapat prosedur2 yg perlu diikuti. moga jumpa suatu hari nanti pesawat berkenaan dlm apa jua keadaan sekalipun untuk ketenangan ahli keluarga yg semestinya teramat sedih..

    ReplyDelete