Pages

agoda.com INT Lazada MY

5 Perkara Yang Perlu Anda Buat Untuk Dapatkan Kuota Perumahan CSRU



Kenapa aku up entri ini? Sebabnya makin ramai pula yang bertanyakan tentang pemilikan rumah di bawah kuota Civil Servant Reserve Unit (CSRU) kepada aku. Rupanya perkara ini semacam tidak ramai yang mengetahuinya. Aku dulupun tak tahu namun ada sahabat yang memberitahu aku tentang ini.  Syukur sebab bertemu dengan beliau. Ramai yang memberikan komen dalam entri ketika aku terima surat tawaran daripada pemaju untuk memiliki kediaman teres dengan diskaun hampir RM 150k.
Model rumah CSRU yang saya dapat
Okla, pada yang belum tahu apa itu CSRU, mukadimahnya pernah aku tuliskan dalam entri ini. <---Klik SINI.  Entri kali ini aku just nak share apa yang aku buat untuk menambahkan peluang aku mendapat tawaran rumah tersebut.  Perkara yang korang perlu sedar adalah sekarang ini korang sedang berurusan dengan pihak kerajaan.  Dan jika hendak berurusan dengan kerajaan perlulah ada 'urusan secara rasmi' iaitu hitam putih.  Dan hitam putih itu bermakna surat menyurat.  Memang kedengaran agak membosankan, malas dan birokrasi. What to do? Sebab kita sekarang yang terdesak nakkan diskaun tersebut maka kita perlu ringankan tangan dan fikiran untuk fikir bagaimana nak tambahkan lagi peluang mendapatkan rumah tersebut.  Perlu diingat, memang tersangat ramai orang yang memohon. Beratur yang amat panjang. Tapi jika kita berusaha, tentu berhasil. Jika tidak berhasil pun, at least kita dah cuba usaha sehabis baik.  Dan sekarang aku ingin kongsi usaha sehabis baik aku untuk korang emulate nanti.  Mana nak tahu, korang juga boleh dapat kediaman kuota CSRU ini. InsyaAllah.  Sharing ini adalah free. Aku tak caj pun, malas nak buat ebook ke apa. Asalkan bermanfaat dan boleh dapat imbuhan di akhirat nanti cukuplah.  Atas sebab bantu korang juga.  Here is the list you should know, do and act upon!

1.  First priority! Korang kenalah kakitangan kerajaan. Jika tidak pun, salah seorang dari korang hendaklah kakitangan kerajaan.  husband or wife. Sebabnya CSRU ini hanya untuk kakitangan kerajaan. Dah nama pun Civil Servant kan?  Haruslah bekerja sebagai kakitangan kerajaan.  Kalau korang pekerja swasta pun, maybe korang nak gunakan proksi korang ie anak, adik beradik atau ibu ayah yang bekerja dengan kerajaan.  

2.  Korang perlulah mendaftar dengan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar seperti yang aku dah eloborate di entri INI.

3. Selepas dah daftar dan bayar yurannya.  Ringan-ringankan diri bertanya yang ada di nombor berapa gilirannya? Ini amatlah penting untuk mengagak bila/tahun anda akan diberi tawaran berdasarkan projek-projek perumahan yang bakal dimulakan di Putrajaya.

4.  Rajin-rajinkan diri juga untuk meronda kawasan Putrajaya dan pastikan anda tahu projek-projek yang sedang dibina, masih diperingkat perbincangan dan di peringkat perancangan untuk masa hadapan.  Caranya mudah, ringan-ringan kaki ke showroom pihak pemaju iaitu di Putrajaya Holdings berdekatan dengan bangunan Kementerian Wilayah tersebut. Di Presint 2.  Daripada sini, korang boleh agak projek yang akan dibina dan jumlah kuota yang dirancang untuk diberikan pada kakitangan awam. Katakan dalam satu projek tu ada 90 buah rumah, jumlah CSRU ada 30 buah. Jika anda di angka giliran 40, maknanya anda kena tunggu next projekla pula. Congak macam tu je.

5.  Yang terakhir dan yang paling ultimate. Jika anda tahu angka giliran anda 'lambat'. Anda boleh percepatkannya dengan menulis surat kepada pihak-pihak berwajib. Antaranya adalah kepada Presiden Perbadanan Putrajaya. Ketua Setiausaha Kementerian dan sebagainya.  Perlu diingat, mungkin no anda ke 40, tapi maybe seramai 10 ke 15 orang yang yang didepan korang dah tak punya modal untuk deposit atau dah simply beli rumah dikawasan lain. So, bila korang dah buat surat dan nyatakan intention korang, korang doa je la untuk pihak-pihak berkuasa tersebut berikan korang peluang yang korang amat ternanti-nantikan itu.

Antara isi surat aku kepada pihak atasan tersebut adalah:

a.  Aku nyatakan sebab dan kenapa aku perlukan rumah tersebut. Nyatakan juga rumah yang aku duduki ini kecil dan tak sesuai untuk anak-anak membesar. Perlukan rumah yang lebih luas untuk anak-anak selesa belajar dan sebagainya.

b.  Nyatakan juga yang anda telah bermastautin di Putrajaya dan besar kemungkinan akan 'settle down' disini. Nyatakan juga mengapa Putrajaya menjadi kawasan kediaman yang baik untuk anda sekeluarga.

c.  Nyatakan juga jumlah pendapatan anda.  Ini adalah untuk meyakinkan pihak atasan yang anda mampu untuk membiayai kos rumah anda tu nanti. Tolong mereka nilai diri anda supaya mudah mereka buat keputusan nanti.

Jika anda seorang yang strategis, maybe anda boleh hantar surat anda ini ketika pilihan raya. Jika kebetulan la. Waktu tu memang ramai nak membantu. Tapi my advice is, jangan ditunggu-tunggu. Maybe selepas ini ramai yang buat macam yang aku kongsikan ini. Hehehe...All d best!


10 comments:

  1. mudahan ramai yang dapat manfaat dari perkongsian ni, insyaAllah. dapat diakaun RM150k tu memang besar.

    ReplyDelete
  2. Salam. Skrg csru first come first serve. saya dapat pelangi residence mcm tu. So kena cepat. Just nak share.

    ReplyDelete
  3. sy nak apply jgk..sy kerja di putrajaya tp tinggal di luar putrajaya. tp yg buat sy rasa was2 layak ke sy apply csru ni? sbb sy dah beli rumah dgn govt loan. rumah tu belum habis byr lg. tp sy skrg kurang sihat x larat nak memandu jauh. memandangkan rumah sy jauh dari ofis sy ingat nak pindah la ke putrajaya. nak hantar anak2 sekolah pun dekat. boleh ke sy apply csru kalu mcm tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk memohon tu xde masalah puan. dia xtgk status bebanan kewangan kita. tp waktu nak biaya rumah csru tu mungkin puan kena re arrange kewangan puan. tak semestinya rumah csru kena guna loan gov. boleh beli dengan loan bank juga. :)

      Delete
  4. Oh ye ke?? Alhamdulillah.. boleh la apply kalau mcm tu :) Insyaallah, mmg kena plan financial btl2 ni. tqvm atas nasihat tuan

    ReplyDelete
  5. salam puan.. harga rumah csru mcm mana ea? sbb saya kerani je.. mahal tak puan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga diskaun 25% dari nilai sebenar

      Delete