Pages

agoda.com INT Lazada MY

Rakyat Malaysia Suka Meminjam?

Kata orang, nak hidup perlu ada wang. Bila ada wang, baru boleh beli keperluan. Namun, kadangkala keperluan berselisih dengan kemahuan. Siapa yg layak tentukan kemahuan dan keperluan seseorang? Hanya diri sendiri yang tahu. Sometimes, kita tiada hak untuk letakkan 'nilai' dan 'perspektif' kita pada diri org lain. If they say kad kredit satu keperluan, ianya satu keperluan kepada mereka. If the other say satu kemahuan sahaja, it also right to say that and obviously it is from the other side perspective.
Tu dia haish, 6 keywords 'pinjam'
Bila bercakap pasal kemahuan vs keperluan. Perantaranya tentulah wang ringgit.  Tak semua orang mampu untuk beli semua yang diinginkan at a first place. Namun semua orang mampu berusaha ke arah tersebut. Ada yang bekerja extra hours untuk dapat claim over time. Extra cash. Buat blog, jadi internet marketeer, jadi itu dan ini. And ada juga di antara kita yang meminjam. Perlukan bantuan kewangan daripada institusi kewangan untuk tolong biaya keperluan kita. Seperti pembelian rumah. Itu satu yang penting. Ada juga buat loan untuk kahwin, untuk belajar, untuk melancong dan bayar kos rawatan penyakit dan sebagainya.

Statistik dari blog picisan aku ini tak lekang dari kata kunci yang menjurus kepada loan. Pinjaman. Financing. Aku rasa dah sebulan kot. Bagusnya, aku boleh buat andaian atau hypotesis yang mengatakan bahawa rakyat Malaysia suka meminjam? Namun, ini hanya hypotesis, belum pun dibuktikan benar. Jika nak dibuktikan benar pelu buat kajian kuantitatif atau kualitatif. Aha, itu dah masuk bab research and methodologies tu... 

Namun, sometimes, tak perlu buat kajian pun bak yang selalu pak pak politik selalu beralasan, kejap-kejap nak buat kajian, akan dikaji, masuk makmal tak kuar berbulan-bulan?. Apa yang boleh kita buat hanyalah berfikiran logik sahaja. If telahan kita bersandarkan logik yang real, maka besar kemungkinan betullah apa yang ditelah tu. Dalam bidang sains dan teknologi memang diakui telahaan perlu bersandarkan kajian dan bukti. Tapi itulah terkadang kita selalu menjadikan 'perlu ada kajian' sebagai alasan untuk beli masa dalam menyatakan sesuatu keputusan dengan segera.

Play safe kata org putih. Nak kata ko salah pun tak boleh, nak kata ko betul pun x boleh. So, tunggu jerla result dari makmal. Haha

Natijahnya, korang setuju ke jika aku katakan yang rakyat Malaysia ini suka meminjam (ganti nama untuk berhutang?) or korang rasa entri ini tak relevan? 

Kalau tak penting, k la. Bye :p

3 comments:

  1. Aku tak berapa setuju. Ini semua salah bank. Sekarang bank yang nak sangat kita meminjam / berhutang. Macam2 cara depa buat. Ada yang sanggup call orang semata2 nak bagi pinjaman berinterest 0.48% sebulan. Bukan sebulan sekali, tapi setiap hari. Hari ni bank islam, esok bank muamalat, lusa CIMB, tulat Maybank.... pendek kata, bank memang dah takde orang nak datang menyerah diri buat loan kecuali yang mereka paksa berbuat demikian. Orang ramai dah sedar dengan tipudaya bank ni. Jadi, mereka terdesak sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keadaan ekonomi negara dan penduduk yg tidak benar2 seimbang dan tidak tepat seperti laporan yg dikeluarkan oleh kerajaan. Aku rasa la

      Delete
  2. hmm..mungkin jugak. tapi kalau boleh janganlah berhutang byk sgt sampai dah takde kat dunia ni pun masih tak jelaskan..taubat2

    ReplyDelete