Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

(INFO) Pengiraan Duti Setem Untuk Pindah Milik Hartatanah

Rata-rata antara kita, mesti tidak berapa tahu atau tak pernah ambil tahu tentang urusan-urusan yang perlu dilakukan sewaktu membeli rumah. Urusan yang dimaksudkan seperti urusan memorandum of transfer (MOT). Jujur baru kali ini aku faham sebab sebelum ini waktu beli rumah memang peguam yang uruskan segalanya. Kita tahu mohon financing and then goyang kaki tunggu kunci rumah.

Mulanya aku terkejut bila pihak Perbadanan Putrajaya Holdings (PjH) tidak menyediakan urusan peguam dalam urusan jual beli rumah.  Tak masuk dek akal sebuah syarikat yang besar tak dapat uruskan untuk pihak pelanggan.  Terus turun aku punya persepsi tinggi tentang PjH ni. Biasalah, orang nak mudahkan. Takdela nak kehulu kehilir urus itu ini sendiri.  Kita bekerja ni susah sket la. Tapi sebabkan aku sedang cuti belajar, maka aku tak kisah sangat sebab banyak masa boleh rearrange semula. So, berusahalah aku selesaikan urusan pembelian rumah kami di Presint 11, Putrajaya.  

Dipendekkan cerita selepas habis urusan lantikan peguam yang kebetulan firma guaman yang kami lantik itu adalah kepunyaan arwah peguam yang sama terlibat dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati. Al Fatihah buat mereka. So, selesai isu untuk financing. Dapatlah meminjam daripada Bahagian Pinjaman Perumahan a.k.a pinjaman kerajaan. Bila dah dapat offer letter semua, ingatkan urusan dah habis. Tiba-tiba dapat surat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) minta bayar duti setem pindah milik hartanah yang bernilai hampir RM8k. Aku belek-belek gak surat tu, macam mana pengiraannya?

Takde. So, agak musykil mula-mula sebab jumlah yang nak kena bayar tu banyak. Maka, aku ke PjH untuk sesi rundingan dan soal jawab. Sebabnya, PjH ada hutang kat kami dalam RM 7k lebih, so mula-mula ingat nak top up jer fee duti setem, takdelah penat sgt nak keluarkan RM8k dari poket sendiri. So, selepas diberi penjelasan. Duti setem tu kena bagi upfront dulu sebab kalau nak claim hutang ngan PjH tu makan masa dalam 2 3 bulan. Terus aku buat bank deraf seperti yang LHDN minta. Dah siap hantar dan selesai baru tercari-cari maklumat bagaimana pengiraannya sebenarnya. So jawapannya adalah seperti bawah ini:


Pengiraan berdasarkan nilai harga rumah:

1.  Untuk RM 100k pertama jumlah yang dikenakan hanyalah sebanyak 1%
2.  Untuk RM 101k hingga RM 500k jumlah yang dikenakan adalah sebanyak 2%
3.  Untuk RM 501k dan seterusnya jumlah yang dikenakan adalah sebanyak 3%

Kalau nak senang layari je website Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta untuk pengiraan secara automatik. Hanya masukkan jumlah harga rumah sahaja.  Bila dah tahu ini, senangla korang nak bujet duit extra untuk realisasikan pembelian rumah anda yang bukan diuruskan 100% oleh pihak peguam.  Semoga bermanfaat.

Setel urusan kira-kira MOT

4 comments:

  1. Emm perkongsian yang bermakna ni..walaupun tak berapa nak faham bab ni..hehe

    ReplyDelete
  2. Nk tanya ni utk rumah csru pelangi residence presint 11 ke

    ReplyDelete
  3. maaf bertanya...apa maksud encik yg PjH ada berhutang RM7k lebih. sbb saya pun ada beli rumah yg sama secara csru. tq

    ReplyDelete