Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

(INGAT) Berhati-hatilah dengan Copywriter.



Copywriter? Biar betul? - luahan member aku yang terkejut bila salah seorang geng lepak kitorang kata dia bekerja sebagai copywriter.
Aku takdela nak terkejut sebab aku dah biasa dengar perkataan tu. Copywriter ni by definition secara ringkas adalah seseorang yang bekerja menulis dalam segmen penulisan yang luas termasuk iklan, pemasaran, blog, pengisian mahupun hiburan.  Mereka ini kebanyakkannya bekerja di agensi pengiklanan, firma pemasaran, syarikat percetakan dan sebagainya.  Nampak macam menarik bukan.  Pada aku memang menarik. Ayat-ayat seorang copywriter ini juga hebat-hebat. Out of the ordinary world. 


Namun di Malaysia ini aku tengok yang jadi copywriter ni kebanyakkannya mereka yang punya syarikat sendiri.  Running business dengan produk-produk digital ilmiah. Bila diorang dah punyai produk, mereka gunakan skill copywriting untuk buatkan pelanggan membeli dengan mereka. Sama ada ilmu yang ditulis itu berbaloi atau tidak itu lain cerita, tapi yang pastinya mereka ada ilmu meyakinkan pelanggan untuk membeli dengan ayat-ayat mantra yang boleh mempengaruhi anda. Maka berhati-hatilah dengan copywriter ni. Antara punch note seorang copywriter adalah seperti berikut:

'Wang anda pasti dipulangkan tanpa banyak soal'
'Money back guarantee'
'Terhad dan hanya untuk pelanggan terawal'
'Harga akan dinaikkan bermula dari esok'
'Ilmu ini mahal'
'Fi nya bukan murah'
dan berbagai-bagai lagi...

Apa yang menariknya ialah taktik dan teknik ini berjaya meyakinkan pelanggan, bakal pelanggan ataupun passerby macam aku ini untuk membaca. Ayat-ayat mereka sedikit overhype. Itupun nak timbulkan excitement aku rasa.  Teknik berniaga cara ini memang nampak sangat baik. Mereka create that good personality, create reputation, make people believe they are the expert, make people dependent on them....which is i think a brilliant tactics.
copywriter infographic

Makanya, penuhla facebook aku dengan ayat-ayat positif seorang copywriter. Bukannya ayat mengeluh orang-orang biasa. Namun terkadang aku annoy juga dengan ayat-ayat copywriter ni.  Macam overconfident. Tapi what to do, dah itu namanya copywriter.



2 comments:

  1. Itu baru taktik dan teknik. Belum masuk strategi copywriting lagi. :)

    Kalau nak senang faham maksud perkataan copywriter ialah penulis iklan. Ya, itu sahaja.

    ReplyDelete