Pages

agoda.com INT Lazada MY

Ingin tahu faktor-faktor sebelum membeli rumah?

Ramai yang bercita-cita untuk memiliki rumah idaman sendiri. Namun keputusan membuat pinjaman perumahan seringkali terburu-buru dek kerana risau takut ketinggalan ataupun takut harga rumah yang saban hari makin mahal. Maka, apabila keputusan untuk membeli sesebuah rumah itu acapkali mengabaikan atau terlepas pandang faktor-faktor yang sepatutnya diambil perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya. Mari kita baca faktor-faktor yang mungkin membezakan sama ada anda gembira dengan hasil pembelian anda ataupun anda gembira tapi stress kerana anda mungkin boleh dapatkan kediaman yang lebih baik dan berpatutan.  Faktor-faktornya adalah:


1.  Kelayakan pinjaman yang mampu anda perolehi
Ramai yang inginkan sebuah rumah namun ramai yang tak sedar pinjaman perumahan akan menambahkan beban hutang anda sekiranya anda telah punyai banyak komitmen. Komitmen yang dimaksudkan disini adalah tanggungan bulanan anda seperti ansuran kenderaan, kad kredit, perbelanjaan bulanan dan sebagainya.  Pihak bank akan meluluskan permohonan pinjaman anda sekiranya bebanan anda sekarang ditambah dengan ansuran pinjaman perumahan (sekiranya diluluskan) masih dalam keadaan yang masih boleh diuruskan (manageable) dengan baik oleh anda. Bermaksud anda tidak akan mengalami sebarang kesukaran untuk membuat bayaran balik untuk semua tanggungan atau komitmen anda tadi.

2. Lokasi dan jenis rumah
Biasalah, kita mesti akan fikir untuk tinggal di kawasan yang bertanah. Kalau diberi pilihan samaada apartmen atau teres, maka kita pilih teres. Kalau antara teres atau semi D, maka kita pilih semi D.  Begitulah seterusnya.  Kerana apa, memang itu lumrah kita. Kita sukakan rumah yang bertanah kerana ianya lebih bermatlamatkan masa depan seperti mudah untuk sanak saudara berkumpul, ada ruang untuk keselesaan dan sebagainya. Persoalannya kini? Di lokasi yang bagaimana kita mampu untuk memiliki kediaman bertanah yang sesuai dengan kelayakan pinjaman kita nanti? Disinilah sedikit kajian daripada kita amat diperlukan.  Sekiranya kita tidak mampu untuk memiliki kediaman di KL misalnya, kita mungkin boleh  memilih di kawasan yang out skirt namun masih boleh akses ke bandar besar melalui jaringan jalan raya yang ada.  Namun, jika kita masih muda. Adalah menjadi langkah yang bijak untuk memiliki kediaman jenis apartmen di bandar besar sebabnya ianya boleh dijadikan aset dan boleh memberi keuntungan sekiranya berjaya kita jualkan.

3. Jarak ke tempat kerja dan bermain
Faktor ini amat kritikal. Tidak guna kita punya rumah besar di kawasan yang jauh dari bandar namun kita bekerja di bandar yang jarak perjalanannya mengambil masa yang lama. Inilah penyebab mengapa kita sering mengalami stress sekaligus menyebabkan masalah kesihatan yang lain.  Adalah lebih bijak sekiranya kita mempertimbangkan jarak kediaman kita berkadaran dengan jarak ke tempat kerja kita seadanya.  Tidak terlalu jauh. Just nice dengan bujet tol dan minyak seharian.  Tempat bermain pula adalah bermaksud adakah kediaman kita itu mampu memberikan suasana yang baik kepada anak-anak untuk membesar.  Anak-anak memerlukan waktu bermain untuk tumbesaran mereka. Sekiranya tempat kediaman anda itu tidak selamat untuk anak anda bermain.  Fikirkan kembali.  Anda mesti tidak mahu anak anda hanya duduk di dalam rumah sepanjang masa bukan?

4. Keselamatan dan kemudahan asas
No point beli rumah namun setiap kali kedengaran ada banyak kes rompakan atau pecah masuk rumah.  Yang ini sangat subjektif.  Boleh berlaku pada kawasan yang mungkin difikirkan selamat.  Apa yang penting langkah berhati-hati kita saja la. Mungkin boleh tubuhkan rukun tetangga untuk atasi masalah sebegini. Kemudahan asas seperti balai polis, bomba, stesen bas, komuter, kedai runcit dan sebagainya adalah faktor tambahan untuk anda mempertimbangkan pembelian di sesuatu lokasi tersebut.

5.  Jenis pinjaman anda
Lain orang lain strateginya.  Sekiranya anda dan isteri mahu terus settle down dan tinggal di rumah mewah yang mana harganya hanya mampu ditanggung oleh pinjaman bersama anda dan isteri, maka teruskanlah. Itu hak anda. Namun, saranan saya mungkin anda mulakan dengan rumah yang mampu ditanggung oleh loan individu dahulu seperti loan suami atau isteri.  Maknyanya, komitmen tanggungan hanya seorang sahaja yang tanggung.  Yang seorang lagi mungkin boleh beli rumah lain untuk pelaburan. Dah 2 biji rumah disitu.  

Hopefully sharing info ini bermanfaat. :) Happy melabur dalam hartanah.

8 comments:

  1. bab keselamatan tu memang subjektif sikit, kadang-kadang dah duduk baru tahu, tambah pula sekarang banyak kes pecah rumah dan rompakan. penjenayah semakin berani, walaupun rumah ada sekuriti bayaran bulanan, kes masih ada. masing-masing kena beringat.

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan, rumah yg dekat taman ltat tu tuan dah jual ke ? kalau still available saya nak beli..
    saya ni penghuni dekat taman ltat ni

    ReplyDelete
  3. kalau ada jiran nak jual bole inform sy... azam 016-3335487 ,
    sy memang nak beli untuk own stay

    ReplyDelete
  4. Emm runsing la saya jika fikir bab rumah ni..dah la tak ada rumah sendiri lagi..pendapatan pun ala kadar aje..emmm...memang kalau pilih, dekat dengan kemudahan yang ada..

    ReplyDelete
  5. saya setuju dengan semua faktor di atas. namun saya sedikit derhaka dengan faktor yang pertama tu iaitu beli rumah ikut kelayakan. Pada perkiraan sendiri, kelayakan saya hanya dalam 250k ke bawah tapi saya sedang dalam proses membeli rumah yg harganya 335k. Alasan2 saya ada berkaitan dengan faktor2 no.3 dan no.4.

    bagi faktor kedua pulak, saya dapat rasakan rumah yg bakal saya beli ni tidak berapa bersesuaian untuk dijadikan tempat berkumpul keluarga & sanak saudara disebabkan ruang dan tempat parking yg terhad. Tapi saya pegang kepada faktor ia dekat dengan rumah ibubapa dan keluarga saya yang menyebabkan saya beli jugak rumah tu.

    Namun untuk faktor ke 5, dalam situasi saya yang berkahwin dengan orang bukan warganegara, agak mustahil untuk saya mengharapkan suami untuk membeli hartanah atas nama beliau seorang pada masa akan datang. Maka saya fikir pembelian rumah bersama jugaklah jawapan untuk kami.

    ReplyDelete