Pages

agoda.com INT Lazada MY

Inilah Dia Perangai Sebenar Orang Melayu! Baru Aku Tahu.

Assalammualaikum wbt. Dah hampir 3 dekad hidup didunia ini, baru pertama kali ada manusia yang tegur dan tunjukkan aku apakah itu perangai sebenar orang melayu. Sebenarnya, benarkah seperti yang dikata? Lihat screenshot di bawah ni.

Apa cerita ni? Nak tahu dimanakah kisah ini bermula, baca kisah Pengalaman Telemarketing Bersama SGIVC ini.


Kalau tanya pendapat aku, ini adalah pendapat pembaca yang tidak membaca entri itu dengan sepenuhnya.  Bila ada orang yang cuba untuk berikan komen yang membina dan teguran terhadap sesuatu kelab yang disertai dan mungkin dikasihi, terus melenting dengan mengatakan inilah sikap atau perangai orang melayu sebenar? Aku pun nak jugak tanya, bila masa pulak orang melayu tak boleh complain? Komen? atau sebagainya. Ke hanya ada bangsa lain sahaja yang boleh complain? Cuba bagi pencerahan kat aku sket.

Sesiapa yang dah baca entri itu pastinya tahu kisah bagaimana SGIVC ini menjalankan aktiviti marketingnya. Ianya tak salah dan nampak ok. Sebab nampak ada win - win situation disitu. Cumanya part win sangat besar disebelah mereka. Pada aku la. Kalau pada pendapat orang yang dah join dan happy mungkin sebaliknya.  Cumanya, adakah kita tidak boleh mengeluarkan statement yang sedikit bercanggah atau menentang dengan apa yang sedia ada?

Kita ini hidup di zaman demokrasi ke apa? Kemana perginya hak-hak bersuara? Adakah bila bakal pelanggan bersuara ianya tidak haramkan dan tidak dibolehkan? Apakah hak-hak sebagai pengguna? Bukan semua orang boleh menerima cara dan taktik pemasaran sebegini, diburukkan lagi dengan sikap membeza-bezakan status pelanggan yang lain hanya untuk menarik dan mendapatkan tandatangan persetujuan?

Jika yang telah masuk kelab ini dan seronok kerana mendapat penginapan percuma seperti yang diwar-warkan, bagus untuk kalian aku ucapkan. Dan mana tahu ada yg boleh jana duit sampingan melalui sewaan bilik tersebut kepada pelanggan, aku ucapkan tahniah.  Itu pilihan anda. Sape aku nak ungkit.  Dan aku pilih untuk tidak sertai sebab ianya tak selari dengan naluri percutian aku.  Tak tercapai dek duit dalam dompet aku untuk bayar bulanan dan pendahuluan yang puluhan ribu ringgit itu. Apa yang aku cuba sampaikan dalam entri tersebut hanyalah untuk beri option pada mereka yang mungkin menerima panggilan seperti itu hatta mungkin bukan dari SGIVC sekalipun. Supaya mereka boleh menimbang tara option-option yang mereka ada.

Pada yang komen di atas, terima kasih sebab baru aku sedar yang melayu tak boleh complain pun sebelum ini. 



Tak semuanya negatif. Ada juga promoter yang bijak menarik pelanggan dan membuatkan pelanggan seronok utk join mereka. Contohnya seperti komen di atas. Nampak kesungguhan bakal pelanggan untuk join namun tak boleh sebab masalah komitmen. Jika kena caranya, memang ramai yang nak join atas sebab-sebab kualiti rangkaian hotel mereka.

Namun bila ada promoter yang tersalah langkah, terlebih emosional macam dalam entri Pengalaman Telemarketing Bersama SGIVC ini.  Inilah kesannya. Selamat bercuti ya. :)

6 comments:

  1. baca sikit pasal entry tu, sampai RM27k walaupun utk 10tahun... memang kena timgbangkan balik la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada siapa yg mampu tiada masalah. tp tula, jgn desak pelanggan

      Delete
  2. Mesti macam2 komen yang masuk. Kita kena tadah je la terima komen yang negatif kadang2 ni. hehe

    ReplyDelete
  3. Emm entah la nak kata macam mana..selalu jer akan ada peristiwa "gembira" macam ni,.,hehe

    ReplyDelete
  4. Tak professional. Patutnya kalau pelanggan tolak atau tak layan, dia terus move on ke pelanggan lain. Mungkin dia moody time dia tulis komen dalam blog tu.

    Dan lepas saya baca sekali lagi, rasa macam stail cikgu panas baran pulak yang merepek. Orang camni kita cakap good luck je. Sebab diorang memang perlukannya.

    ReplyDelete