Pages

agoda.com INT Lazada MY

P1 Fullstop

Dulu waktu di Sri Manjung, rasanya aku antara pelanggan terawal servis P1Wimax ni. Nak mengharapkan broadband di area ni memang sakit jiwa la. Celcom ke, Maxis ke atau Digi memang sangat lousy di sini. Sebab tu bila ada servis P1 ni aku terus sign up.  Mula-mula guna memang laju. Tersangat laju (aku puas hati la). Tapi bila aku pindah ke Putrajaya je, servisnya makin teruk. Sekejap ada line sekejap xde.


Puas komplen sana sini. Tapi servis customer P1 buat tak tahu je. Geram jadinya. Bila aku nak potong, dah jadi satu masalah. Kene selongkar perjanjian lama cari no telefon P1 sebab cek kat website diorang langsung takde no yang boleh dihubungi. Yang ada emel sahaja. Last2 jumpa juga kedai P1 yang ada di Manjung tu. Call diorang bgtau nak potong, diorang suruh call HQ di KL, i mean di PJ (Jln Templer). Nasib maoi tu bagi no telefon. Dapat gak call and luahkan ketidakpuasan hati terhadap servis diorang.

Aku dah tau ramai yang tak puas hati dengan P1 ni. Lebih2 lagi bila diorang masukkan nama pelanggan yang gagal bayar bil diorang ke CCRIS. Sudahnya, loan tak boleh buat. So, bila aku bgtau aku nak terminate, aku diberitahu yang aku kena bayar penalti which is RM 200 sebab belum tamat tempoh kontrak.  Aku nak naik angin sungguh time tu. Sebab setahu aku kontrak hanya 2 tahun sahaja dan aku dah guna P1 dari 2009 lagi.  Rupa-rupanya kontrak tu di 'renew' bila aku setuju untuk upgrade kelajuan hanya melalui telefon. Jujur aku lupa adakah aku pernah bersetuju dengan diorang. Namun sebab takde bukti aku iakan sahaja sebab memang aku akui pernah dihubungi diorang dan aku hanya lupa yg aku pernah setuju untuk renew the kontrak.  Ikutkan kontrak tu akan tamat pada November 2014. 

Sakit hati punya pasal, aku nak gak terminate in situ. Malas nak fikirkan lagi pasal karenah P1 ni. So, penyudahnya aku kena hadir ke HQ sebab P1 takde kedai berdekatan di sekitar Putrajaya. Yang banyak kedai marketing diorang untuk sign up. So terpaksalah aku gagahkan kaki ke Petaling Jaya dan bawa semua modem dan dongle semua bagai.  Korang yang nak terminate servis P1 kena ingat perkara ni:

1. Pastikan modem dan dongle korang tu dalam keadaan baik.  Jika tidak caj extra akan dikenakan.
2. Untuk penamatan yang gagal mematuhi perjanjian akan dikenakan penalti RM 200.
3. Perlu juga jelaskan bil semasa walaupun hendak terminate di servis.

Cadangan aku, korang datang je kat HQ diorang pagi2.  Tadi aku pergi pun pagi kol 9.  Cepat juga urusannya. Janji aku puas hati dapat selesaikan isu ini.  Sebab apa yang menyebabkan aku sakit hati adalah servis customernya. Ada satu kali tu, bila aku tanya kenapa kelajuan tak seperti di iklankan? Boleh pegawai dia jawab, if kelajuan yang diorang berikan mencapai 70% daripada yang kita subscribe, maka itu sudah memadai.  Bengang aku rasa. Katakan korang sign up untuk speed 2 mbps, if sebulan korang terima kelajuan 1.7 mbps, itu sudah bagus. Tapi perlu diingat, kelajuan ini akan menurun bila banyak gadget gunakan line yang sama.

Betulla dalam artikel di The Star Ahad lalu. Kelajuan internet di Malaysia ni tak seperti di iklankan. Semuanya hype belaka. Too Bad!

Baca artikel tersebut di The STAR, Ahad 4 Mei 2014

2 comments:

  1. Saya dah terminate sehari lepas langgan. Servis cam cilake.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergh...lg dasyat. srhari je terus terminate

      Delete