Pages

agoda.com INT Lazada MY

(IKTIBAR) Khusyuk (Khushoo') Yang Hilang

Assalammualaikum wbt.


Sejenak pernahkah kita terfikir, adakah amalan kita (amalan baik)/ibadah diterima oleh Allah SWT? Tuhan yang satu.  Kadang-kadang aku terfikir, bila sampai masa nya nanti dihari penghadapan didepan Sang Pencipta, aku sangkakan amalan bekalan yang telah lama aku bajai dan jaga dapat menjamin kesenanganku di akhirat sana, namun mungkin sebaliknya yang terjadi?  Tiada siapa yang dapat tahu untung nasib kita selain daripada Allah SWT.  Mungkin diluaran kita nampak alim dan warak, mungkin diluar kita nampak berserabut tidak terurus, namun siapakah kita untuk menilai amal dan taqwa sesama kita selain Allah SWT.
Raudhah: Taman Syurga

Sebagai contoh, ambil sahaja ibadah pertama yang bakal ditanyakan oleh Allah SWT. Ibadah SOLAT atau SEMBAHYANG.  Rasa-rasanya la kan, dengan hanya melengkapkan rukun solat dan bersolat 5 kali sehari semalam dapat meyakinkan kita bahawa Allah SWT menerimanya? Mungkin Allah SWT menerimanya, tapi adakah menerimanya dengan markah 100%? Atau hanya 70%, 50% atau 10%? Kualiti solat kita itu yang bakal dinilai 'markah'nya. Dan markahnya itu berkadaran dengan pahala yang boleh diberikan.  Betapa kerdilnya kita disisi Allah SWT. Sedarilah, kita hanya hambanya yang tidak berdaya hatta untuk bernafas sekalipun jika tidak dengan keizinannya. Ilmuwan Islam pernah menukilkan perumpamaan tentang solat:


'Solat adalah seperti hamba perempuan untuk ditawarkan kepada seorang raja yang berkuasa. Apakah kita fikir sekiranya raja tersebut ditawarkan dengan seorang hamba perempuan yang cacat, buta mata ataupun hodoh dan sakit? Jadi, bagaimana pula solat kita yang kita cuba sempurnakan untuk Allah SWT selaku hambanya? Sedangkan solat itu adalah peluang untuk seorang hamba mendekati Sang Penciptanya. Demi Allah, hanya yang terbaik akan diterima, solat yang tiada jiwa bukanlah ibadah yang baik.  Ianya umpama tiada kebaikan langsung memerdekakan seorang hamba yang tiada jiwa di dalam sanubarinya'

Kemanakah hilangnya kusyuk kita wahai sahabat?

Adakah kita begitu malas untuk menjelmakan kusyuk itu atau adakah kita memang tidak tahu langsung cara untuk menjelmakan kusyuk tersebut? Hinanya kita menggelarkan diri kita Islam namun tiada usaha untuk membangkitkan kualiti dalam setiap ibadah yang kita kerjakan.

Ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk kembalikan kusyuk ketika solat. Antaranya ialah:

1.  Bersiap-siap untuk mengerjakan solat dengan sempurna.
     Boleh dilakukan dengan langkah berikut:
     a) Mengulangi/menjawab sebutan perkataan-perkataan di dalam azan selepas muazzin.
     b) Membaca doa-doa selepas azan.
     c) Menggunakan 'miswak' untuk menyucikan mulut.
     d) Mengambil wuduk dengan sempurna.
     e) Bersiap sedia dengan memastikan aurat ditutup dengan sempurna sebelum solat.

2. Mengingati mati ketika solat.
  'Ingatilah mati ketika solat, kerana manusia yang mengingati mati ketika bersolat akan tergerak untuk      bersolat dengan sempurna'

3.  Memikirkan tentang makna dan maksud surah yang dibacakan.
4. Mengetahui bahawa Allah membalas setiap doa yang dibacakan.
5.  Bersolat dengan 'sutrah' didepan.
6. Melihat atau menumpukan penglihatan pada tempat bersujud.
7. Mempelbagaikan bacaan-bacaan dalam sembahyang.
8. Memohon keampunan dari Allah SWT dan memohon perlindungan Allah daripada tipu daya Syaitan.
9. Memikirkan bagaimana golongan-golongan alim terdahulu bersembahyang.
10. Mengetahui kelebihan kusyuk ketika sembahyang.
11. Mengasingkan sesuatu yang mengganggu konsentrasi ketika sembahyang.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi kita semangat untuk memperkukuhkan kusyuk ketika sembahyang. InsyaAllah.
    

Subhanallah




1 comment:

  1. Salam, untuk tahu bagaimana solat dan ibadat diterima atau tidak perlu menuntut ilmu. Di situ kita akan dapat belajar bagaimana supaya ibadat diterima Allah S.W.T.

    ReplyDelete